Utusan Malaysia

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Utusan Malaysia
http://www.utusangroup.com.my/images/koperatbaru.png
Jenis Surat khabar harian
Format Pencetakan
Pemilik Utusan Melayu (M) Berhad
Penerbit Utusan Melayu (M) Berhad
Penyunting <900
Diasaskan 29 Mei 1939
Kecenderungan politik Pro-kerajaaan
Bahasa Melayu
Ibu pejabat 46M, Jalan Lima off Jalan Chan Sow Lin, 55200 Kuala Lumpur,  Malaysia (as of 2005).
Edaran Tahun 2004 - 256,247
Tahun 2009 - 169,548
*Sumber: Audit Bureau of Circulations
Laman web utusan.com.my

Utusan Malaysia merupakan sebuah akhbar berbahasa Melayu terbitan Utusan Melayu (M) Berhad.Menurut laporan Audit Bureau of Circulations pada 2004 jualan harian akhbar utusan adalah sebanyak 256,247 naskhah tetapi pada 2009 jualan harian akhbar menjunam ke 169,548 naskhah.

Pada awal penerbitannya, Utusan Malaysia merupakan saluran utama penduduk Semenanjung Tanah Melayu untuk menyuarakan pendapat mereka terhadap penjajah British dan ditulis menggunakan tulisan Jawi. [1]Kini ia telah dicetak menggunakan huruf Rumi dan merupakan "saluran rasmi"[perlu rujukan] kerajaan Malaysia.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Kumpulan Utusan telah diperbadankan pada tahun 1938 di Singapura sebagai Utusan Melayu Press Limited. Akhbar sulungnya, Utusan Melayu, telah dilancarkan pada 29 Mei 1939. Dengan menggunakan Jawi, iaitu tulisan Arab, akhbar tersebut dicetak di Singapura dan memenuhi kehendak para pembaca yang celik Jawi di Tanah Melayu jajahan British.

Pada tahun yang sama edisi Ahad, Utusan Zaman telah diterbitkan. Utusan Melayu dan Utusan Zaman berada di barisan hadapan pembangunan intelek-intelek nasionalis Melayu yang kemudiannya telah melahirkan kepemimpinan politik yang berkesedaran tentang persediaan untuk mencapai kemerdekaan.

Pada bulan Februari 1958, lima bulan selepas Tanah Melayu mencapai kemerdekaan pada tahun 1957, ibu pejabat Utusan Melayu telah dipindahkan ke ibu negara Kuala Lumpur. Di Kuala Lumpur, Utusan Melayu telah memperkukuhkan kedudukannya dan terus memainkan peranan utama sebagai penyumbang aktif dalam pembangunan ekonomi, sosial dan politik Tanah Melayu, yang pada tahun 1963 diperluaskan untuk merangkumi wilayah yang lebih besar untuk menubuhkan negara Malaysia.

Pada tahun 1967, Utusan Melayu telah diperbadankan sebagai sebuah syarikat berhad awam di bawah Akta Syarikat, bernama Utusan Melayu (Malaysia) Berhad. Sejak itu, syarikat ini telah berkembang maju dengan amat pesat sehingga mencapai puncaknya dengan penyenaraian di Papan Utama Bursa Saham Kuala Lumpur pada 1994.

Sehingga kini Kumpulan Utusan bukan sahaja memberi tumpuan dalam penerbitan akhbar Utusan Malaysia, tetapi juga Mingguan Malaysia, Kosmo! dan Kosmo! Ahad di samping beberapa perniagaan media lain melalui anak-anak syarikatnya. Antaranya ialah pengiklanan melalui Utusan Media Sales (UMES) dan Utusan Airtime, penerbitan majalah (Utusan Karya), penerbitan buku (Utusan Publications & Distributions - UP&D), percetakan (Utusan Printcorp) dan perkhidmatan Online (Perfisio).

Kejayaan dicapai[sunting | sunting sumber]

Acara dan pencapaian[sunting | sunting sumber]

Tarikh Pencapaian
9 Feb 1965 (Bangunan tambahan baru Ibu Pejabat Utusan Melayu di Jalan Chan Sow Lin dirasmikan oleh Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj, Perdana Menteri pertama Malaysia.
22 Jun 1972 Perdana Menteri kedua Malaysia, Allahyarham Tun Abdul Razak merasmikan blok tambahan pejabat baru di Ibu Pejabat Utusan Melayu di Jalan Chan Sow Lin.
30 Mei 1982 Allahyarham Tun Hussein Onn, Perdana Menteri Malaysia ketiga merasmikan kilang percetakan baru di Ibu Pejabat Utusan Melayu Jalan Chan Sow Lin, dan juga mesin cetak baru, Goss Urbanite Web Offset.
5 Dis 1988 Pelancaran Kejohanan Sepak Takraw Antarabangsa yang dengan megahnya dianjurkan bersama oleh Utusan, RTM dan MAS. Sukan tradisional ini telah menerima pengiktirafan di peringkat dunia dalam arena sukan sebagai setaraf dengan sesetengah sukan antarabangsa lain.
21 Mei 1989 Mini Maraton Utusan yang dianjurkan sempena sambutan ulang tahun Kumpulan yang ke-50 berjaya menarik lebih daripada 11,000 penyertaan, dengan itu mencatatkan bilangan peserta yang tertinggi pernah terdapat dalam mana-mana marathon dalam negara.

Trivia[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]