Escherichia coli O104:H21

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Escherichia coli
Pengelasan saintifik
Superdomain: Phylogenetica
Filum: Proteobacteria
Kelas: Gamma Proteobacteria
Order: Enterobacteriales
Keluarga: Enterobacteriaceae
Genus: Escherichia
Spesies: E. coli
Nama binomial
Escherichia coli
T. Escherich, 1885

Escherichia coli O104:H21 adalah suatu serotip bagi Escherichia coli, satu spesies bakteria yang hidup di dalam usus bawah mamalia.[1] Kewujudian banyak many serotip bagi E. coli di dalam haiwan adalah bermanfaat atau tidak menyebabkan penyakit bagi haiwan. Walaupun begitu, beberapa serotip E. coli sudah dikenalpasti sebagai patogen kepada manusia, e.g. E. coli O157:H7, E. coli O121 dan E. coli O104:H21.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

E. coli O104:H21 telah dijumpai pada tahun 1982, apabila ia menyebabkan satu wabak ceret-beret yang teruk. Ia berada di dalam hamburger yang dijangkiti, dan mereka yang dijangkiti telah memakan hamburger yang tidak masak sepenuhnya.[2]

Suatu wabak E. coli yang bertanggungjawab sekurang-kurangnya 14 kematian di Eropah Utara pada bulan Mei 2011 telah dilaporkan disebabkan oleh strain O104 yang lain, Escherichia coli O104:H4.

Kesan[sunting | sunting sumber]

E. coli O104:H21 boleh menyebabkan wabak jangkitan yang seupa dengan apa yang disebabkan oleh E. coli O157:H7, jenis E. coli bertoksin seperti shiga (shiga-like toxin-producing/SLTEC) yang paling biasa. SLTEC adalah penyebab penyakit gastrousus dan ceret-beret yang paling dikenali .[3]

Rawatan[sunting | sunting sumber]

Jasad akan membuang sendiri E. coli O104:H21 yang merbahaya oleh dirinya sendiri di dalam 5 hingga 10 hari. Antibiotik atau agen-agen antidiarrheal seharusnya tidak boleh digunakan seperti loperamide.[2]

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. http://www.cdc.gov/mmwr/preview/mmwrhtml/mm5602a2.htm Laboratory-Confirmed Non-O157 Shiga Toxin Producing E. Coli, Centers for Disease Control and Prevention, accessed March 16, 2007
  2. 2.0 2.1 http://www.cdc.gov/ncidod/dbmd/diseaseinfo/escherichiacoli_g.htm#What%20is%20Escherichia%20coli%20O157:H7 Centers for Disease Control and Prevention, Last Accessed August 1, 2007
  3. http://www.cdc.gov/mmwr/preview/mmwrhtml/00038146.htm Outbreak of Acute Gastroenteritis Attributable to Escherichia coli Serotype O104:H21, Centers for Disease Control and Prevention, accessed July 31, 2007