FSO Angsi

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
FSO Angsi. Kredit MISC.

FSO Angsi adalah merupakan sebuah kemudahan Penyimpanan dan Pemindahan Terapung (bahasa Inggeris: Floating, Storage and Offloading atau FSO) milik MISC Berhad. Akan tetapi, operasi dan penyelengaraannya telah diberikan kepada FPSO Ventures Sdn Bhd sebuah anak syarikat MISC. FSO Angsi terletak kira-kira 135 kilometer di luar pantai Terengganu pada kedalaman 72 meter. Ia menerima dan menyimpan minyak mentah daripada medan minyak Angsi Selatan yang dimiliki oleh Talisman Malaysia Limited.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

FSO Angsi berasal daripada sebuah kapal tangki. Kerja-kerja pengubahsuaiannya telah dilakukan oleh Malaysia Marine and Heavy Industry (MMHE) pada September 2004 sehingga Ogos 2005. Ia telah ditarik dan dipasang di kedudukannya sekarang pada awal Ogos 2005.

FSO Angsi yang seberat 150,000 DWT ini memiliki keupayaan untuk menerima dan memproses 30,000 tong minyak mentah sehari. FSO Angsi memiliki tujuh buah tangki penyimpanan dengan kapasiti sebanyak 75,000 meter padu. Kadar pemindahan minyakmentah daripada tangki penyimpanan kepada kapal tangki yang lain adalah 14,000 tong sejam.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]


Jika anda melihat rencana yang menggunakan templat {{tunas}} ini, gantikanlah ia dengan templat tunas yang lebih spesifik.