FSO Cendor

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
FSO Cendor. Kredit MISC.

FSO Cendor adalah merupakan sebuah kemudahan Penyimpanan dan Pemindahan Terapung (bahasa Inggeris: Floating, Storage and Offloading atau FSO) milik MISC Berhad. Akan tetapi, operasi dan penyelengaraannya telah diberikan kepada FPSO Ventures Sdn Bhd sebuah anak syarikat MISC. FSO Cendor terletak kira-kira 140 kilometer di luar pantai Terengganu pada kedalaman 72 meter. Ia menerima dan menyimpan minyak mentah daripada medan minyak Cendor yang terlebih dahulu diproses oleh Unit Pengeluaran Mudah Alih Luar Pantai (bahasa Inggeris:Mobile Offshore Production Unit atau MOPU) yang dimiliki oleh Petrofac Malaysia Limited.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

FSO Cendor berasal daripada sebuah kapal tangki. Kerja-kerja pengubahsuaiannya telah dilakukan oleh Malaysia Marine and Heavy Industry (MMHE) pada Oktober 2005 sehingga September 2006. Ia telah ditarik dan dipasang di kedudukannya sekarang pada awal September 2006.

FSO Cendor memiliki keupayaan untuk menerima 30,000 tong minyak mentah sehari. FSO Cendor memiliki tujuh buah tangki penyimpanan dengan kapasiti sebanyak 75,000 meter padu. Kadar pemindahan minyakmentah daripada tangki penyimpanan kepada kapal tangki yang lain adalah 14,000 tong sejam.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]


Jika anda melihat rencana yang menggunakan templat {{tunas}} ini, gantikanlah ia dengan templat tunas yang lebih spesifik.