Faiz Khaleed

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Faiz bin Khaleed
Angkasawan ANGKASA
Kewarganegaraan Malaysia
Status Aktif
Pekerjaan lain Doktor gigi tentera
Pangkat Mejar
Pemilihan 2006 Angkasawan program
Misi Tiada
Dr. Faiz bin Khaleed (kanan sekali) bersama anggota Soyuz TMA-11

Mejar Dr. Faiz bin Khaleed (lahir 15 September 1980 di Kuala Lumpur, Malaysia) merupakan angkasawan Malaysia dan juga doktor gigi tentera bersama Pasukan Tentera Bersenjata Diraja Malaysia. Beliau akan melanjutkan pelajaran di Peringkat Sarjana dalam bidang aeroangkasa di Rusia melalui Biasiswa Sains Negara serta terus menjalani latihan tertentu bagi misi kedua itu.[1]

Perihal[sunting | sunting sumber]

Pemilihan Angkasawan[sunting | sunting sumber]

Pada September 2006, beliau dipilih sebagai salah seorang daripada dua calon untuk menjalani latihan di Star City, Russia sebagai sebahagian daripada Program Angkasawan Malaysia. Calon lain adalah Sheikh Muszaphar Shukor.

Pada 2007, Sheikh Muszhaphar Shukor dipilih mengikuti penerbangan ke Stesen Angkasa Antarabangsa melalui Ekspedisi 16 dengan menaiki Soyuz TMA-11 pada Oktober 2007. [2]

Faiz Khaleed bersedia untuk ke angkasa lepas pada 2008 atau 2009 jika Malaysia membuat keputusan untuk meneruskan penerokaan angkasa lepas yang kedua. [3]

Kerjaya[sunting | sunting sumber]

Pada 22 Oktober 2007, Faiz bin Khaleed dilantik sebagai Mejar.

Malaysia membuat keputusan untuk meneruskan penerokaan angkasa lepas kedua yang mana akan dilakukan pada 2010.

Peribadi[sunting | sunting sumber]

Dengan misi kedua Malaysia untuk menghantar pada tahun 2011, Faiz Khaleed telah bersetuju untuk hidup membujang sehingga selesai misi penghantaran Angkasawan Malaysia kedua.[4] Saranan untuk tidak mendirikan rumahtangga ini telah dicadangkan oleh Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Malaysia, Datuk Seri Dr. Jamaluddin Jarjis.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]