Stesen Angkasa Antarabangsa

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Stesen Angkasa Antarabangsa
ISS Aug2005.jpg

Stesen Angkasa Antarabangsa pada 7 Ogos 2005

InternationalSpaceStationPatch.png

Jata ISS

Statistik ISS
Anak Kapal: 2 As of
Mac 5, 2006
Perigee: 352.8 km "
Apogi: 354.2 km "
Tempoh Orbit: 91.61 minit "
Kesendengan: 51.64 darjah "
Orbit sehari: 15.72 "
Hari dalam orbit: 2,473 28 Ogos, 2005
Jumlah hari: 1,759 "
Jumlah orbit: 38,694 "
Jarak dilalui: ≈1,400,000,000 km Jun 17, 2005
Purata kelajuan: 27,685.7 km/j "
Jisim: 183,283 kg Ogos 28, 2005
Isipadu kehidupan: 425 m³ "
Stesen Angkasa Antarabangsa
ISS elements (NASA)

Stesen Angkasa Antarabangsa March 2006.
Klik untuk pembesaran.

Rajah ISS

Stesen Angkasa Antarabangsa (B. Inggeris: International Space Station ISS) ialah sebuah stesen kemudahan penyelidikan antarabangsa yang sekarang ini masih lagi dipasang di dalam orbit rendah bumi. ISS berada pada ketinggian 360km dari permukaan bumi. Stesen ini mengorbit(mengelilingi) Bumi setiap 92 minit dengan kelajuan 27,744 km/j Dalam sehari, Stesen Angkasa Antarabangsa mengelilingi Bumi lebih kurang 15.7 orbit.

Stesen ini telah dilancarkan pada 20 November 1998. Seramai tiga orang angkasawan bertugas di stesen ini pada satu-satu masa. Angkasawan yang akan dihantar ke angkasa lepas harus menjalani latihan di ISS terlebih dahulu.

ISS dibina dari gabungan kepakaran, teknologi, dan kos beberapa agensi angkasa dunia seperti Amerika Syarikat, Rusia, China, Jepun, Kanada, dan Eropah.

ISS boleh memuatkan tiga orang angkasawan. Buat masa ini, angkasawan yang bertugas di ISS ialah daripada Amerika Syarikat dan Rusia.[1].

Fungsi Stesesn Angkasa Antarabangsa adalah untuk menjalankan ujikaji serta penyelidikan dalam angkasa lepas serta memantau angkasa lepas.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Selepas Perang Dingin, Amerika Syarikat telah bersetuju membina satu stesen angkasa dengan pihak Eropah, Rusia, Jepun dan Kanada. Stesen ini menggabungkan Stesen Angkasa Freedom (Amerika Syarikat), Mir-2 (Rusia) dan Columbus (Eropah). Namun, pembinaan stesen angkasa ini sering dilambatkan oleh kos yang semakin meningkat. Sehingga hari ini, bahagian-bahagian Stesen Angkasa Antarabangsa masih dibina dan dipasang oleh angkasawan-angkasawan Amerika Syarikat, Rusia dan pihak lain setiap tahun. Pembinaan stesen ini dijangka akan disiapkan pada tahun 2010.

Pembinaan[sunting | sunting sumber]

Bahan-bahan pembinaan dihantar ke stesen lalu dipasang oleh angkasawan-angkasawan. Bahan ini dihantar oleh Kapal Angkasa Amerika Syarikat, kapal-kapal angkasa Soyuz dan Progress Rusia, dan lain-lain.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. 10 daripada negara-negara ahli sedang melibatkan diri. [1]; Austria, Finland, Ireland, Portugal, dan United Kingdom memilih untuk tidak terlibat; Greece dan Luxembourg turut sama dengan ESA kemudiannya.