Farah Azlina Latif

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

DPP Farah Azlina Latif merupakan Timbalan Pendakwa Raya dan bekas ahli pasukan pendakwaan kes Anwar Ibrahim .Pejabat Peguam Negara (AGC) menyatakan peranan Farah hanya mengambil nota prosiding mahkamah bagi perbicaraan kes Saiful Bukhari Azlan - saksi utama perbicaraan kes liwat terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim.

[1]

Kontroversi[sunting | sunting sumber]

Laman web Malaysia Today menyiarkan hubungan Farah Azlina dan Mohd Saiful. Surat yang dihantar oleh Peguamcara 11, Datuk Mohd Yusof Zainal Abiden kepada barisan peguam Anwar Ibrahim menyatakan hal itu disiasat oleh Peguam Negara (AG), Tan Sri Abdul Gani Patail. 'Hubungan romantik' dengan Mohd Saiful belum dapat ditentukan.[2]

Pada 27 Julai 2010, Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail mengesahkan Timbalan Pendakwa Raya, Farah Azlina Latif telah digugurkan daripada pasukan pendakwaan yang mengendalikan kes liwat Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim..Farah Azlina turut digugurkan daripada Bahagian Pendakwaan Jabatan Peguam Negara atas faktor yang sama. Beliau digugurkan bagi mengelakkan sebarang persepsi negatif daripada orang ramai terhadap pasukan pendakwa.[3]

Pada 12 November 2011, Karpal Singh mahu Farah Azlina disiasat oleh badan bebas dan siasatan terbuka. Ini kerana dia sebahagian daripada Pejabat Peguam Negara. Logik dan alasan lain tidak boleh dipakai. Ia perlu menjadi iktibar kepada semua.Kiranya hubungan sulit itu wujud, ia termasuk dalam jenayah di Mahkamah Syariah. Langkah mengeluarkan dia dilihat sebagai hukuman, sedangkan dia belum pun dituduh bersalah.Saiful dan Farah dikatakan belum menafikan dakwaan itu.[4]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Peguam Negara: Farah Azlina digugur daripada pasukan pendakwaan kes Anwar
  2. ^ Yusof: Kami tak dapat sahkan dakwaan terhadap Farah
  3. ^ "Nazri: Tiada hubungan intim antara Saiful, DPP Farah Azlina". Diarkibkan daripada yang asal pada 2011-11-12. Dicapai pada 2011-11-10.
  4. ^ Peguam: Dakwaan hubungan Saiful-Farah patut disiasat badan bebas