Saiful Bukhari Azlan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Saiful Bukhari Azlan bersama Khairil Annas Jusoh, pembantu khas kepada Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Najib Razak
Saiful Bukhari Azlan bersama Shahrir Abdul Samad

Saiful Bukhari Azlan merupakan bekas pembantu peribadi Anwar Ibrahim yang membuat laporan polis bahawa dia diliwat oleh Anwar pada 29 Jun 2008.

Isi kandungan

[sunting] Biodata

Saiful seorang pelajar yang aktif berpersatuan sejak menuntut di Universiti Tenaga Nasional (Uniten) di Bangi dan pernah bertanding dalam MPP (Majlis Perwakilan Pelajar), sesi 2006/07 dan beliau didakwa satu-satunya calon MPP yang pro-Aspirasi yang dilihat berpihak kepada kerajaan.

Bekas pelajar jurusan kejuruteraan elektrik, yang tidak menamatkan pengajiannya 2007. Dalam Pilihan Raya Umum Malaysia 2008 Saiful dilihat mempamerkan sokongan kepada perdana menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan BN di laman sosialnya di Friendster.

"Walaupun dia mengiringi Anwar untuk kempennya, tetapi di laman maya, dia berkempen untuk BN," kata sumber yang dipetik daripada Malaysiakini dan beliau juga didakwa merupakan sukarelawan kempen KeADILan sewaktu pilihan raya umum yang lalu. [1]

Timbalan Perdana Menteri Dato' Seri Najib Tun Razak mengakui gambar Saiful bersamanya diambil ketika Saiful datang ke pejabatnya pada 12 Februari 2008 bersama seorang rakan untuk berjumpa dengan pegawainya bagi mendapatkan sokongan untuk mendapatkan biasiswa dari kerajaan melanjutkan pelajaran. Dia mengaku tidak menamatkan pengajiannya walaupun pernah dilantik sebagai Timbalan Presiden Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) di universiti itu, setelah berasa malu apabila mendapat keputusan peperiksaan yang teruk.[2]

[sunting] Pembantu khas Anwar Ibrahim

Selepas berhenti belajar di Uniten, Saiful menjadi sukarelawan di pejabat PKR di Petaling Jaya membantu (pembantu khas) Datuk Seri Anwar Ibrahim. Antara tugasnya ialah mengatur pertemuan sulit dengan Ahli Parlimen yang ingin melompat parti. Pertemuan diadakan di Kondominium Desa Damansara.

Pasport antarabangsa Saiful membuktikan beliau pernah mengikut Anwar Ibrahim ke luar negara termasuk ke Hong Kong (awal Mei 2008), Bangkok (hujung Mei 2008) dan Singapura (16 dan 18 Jun 2008). Saiful juga membantu ketua staff , Ibrahim Yaacob menguruskan jadual Anwar .

Saiful rajin menulis blog iaitu di blog percuma [Saiful] dan artikel "Saiful Dakwa Atur Pertemuan Anwar Dengan Anggota Parlimen Yang Ingin Lompat Parti" ditulis pada 1 Ogos 2008.[3]

[sunting] Dakwaan di mahkamah

Pada 7 Ogos 2008, majikan Saiful iaitu Dato Seri Anwar Ibrahim telah didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur atas tuduhan melakukan seks luar tabii suka sama suka terhadap Mohd Saiful termasuk yang terakhir pada 26 Jun 2008 di unit 11-5-1 Desa Damansara Condominium, No 99, Jalan Setiakasih , Bukit Damansara. Anwar Ibrahim yang hadir telah mengaku tidak bersalah. Pertuduhan itu mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebat jika sabit kesalahan. Malangnya laporan polis oleh Saiful tidak diberikan kepada Anwar Ibrahim untuk tugas pembelaan. Ini memungkinkan laporan tersebut terdedah kepada diubahsuai menurut keterangan yang diambil darinya nanti. [4] Syed Hamid Albar menyatakan laporan tidak diberi kerana pendakwaan belum dimulakan secara rasmi tidak masuk akal, walaupun Anwar telah diambil keterangan oleh polis. Saiful pula dicari oleh media untuk mendapatkan kenyataan media darinya tetapi tidak muncul-muncul sehinggalah pada 15 Ogos 2008.

Seksyen 377A KK memberikan definisi kesalahan tersebut:
“Any person who has sexual connection with another person by the introduction of the penis into the anus or mouth of the other person is said to commit carnal intercourse against the order of nature.“
Seksyen 377B KK menyatakan:
“Whoever voluntarily commits carnal intercourse against the order of nature shall be punished with imprisonment for a term which may extend to twenty years, and shall also be liable to whipping.“
Manakala Seksyen 377C KK menyatakan:
“Whoever voluntarily commits carnal intercourse against the order of nature on another person without the consent, or against the will, of the other person, or by putting the other person in fear of death or hurt to the person or any other person, shall be punished with imprisonment for a term of not less than five years and not more than twenty years, and shall also be liable to whipping.“

[sunting] Sumpah laknat

Pada 6.15 petang Jumaat, 15 Ogos 2008 di dewan utama, Masjid Wilayah Persekutuan, Jalan Duta, Kuala Lumpur, Saiful telah mengangkat sumpah mubahalah mengikut syariat Islam bahawa beliau bercakap benar. Upacara itu selama 15 minit disaksikan kira-kira 30 orang termasuk jurugambar dan juruvideo. Wartawan dari TV3 dilarang membuat rakaman tetapi rakaman dilakukan oleh 'unit media' yang tidak dikenali. Saiful membaca beberapa ayat al Quran termasuk Surah Al-Fatihah . [5] [6]

Teks sumpah beliau ialah :

" Saya, Mohd Saiful Bukhari Azlan dengan nama Allah saya bersumpah saya telah diliwat oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 26 Jun 2008 iaitu pada tarikh tersebut Datuk Seri Anwar Ibrahim telah memasukkan zakarnya ke dalam dubur saya.

"Jika saya berdusta atas pengakuan ini, maka saya berdusta terhadap Allah S.W.T dan sanggup menerima azab, laknat dan kutukan daripada Allah hingga ke kiamat, wallahullam."

Antara saksi sumpah tersebut ialah bapa beliau sendiri , Azlan Mohd Lazim dan imam masjid tersebut Ramlang Porigi. Sidang media telah diadakan selepas itu di Hotel Dinasti, Kuala Lumpur.[7]

Bekas Presiden Indonesia, Abdurrahman Wahid atau Gus Dur pula menyatakan bahawa sumpah al-Quran yang dibuat Mohd Saiful Bukhari Azlan tidak selaras dengan hukum Islam dan tidak pernah diamalkan di mana-mana, termasuk di Indonesia. Ini kerana orang yang menuduh tidak harus melakukan sumpah menggunakan nama Allah. [8]

Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin pula menyatakan bahawa lafaz sumpah Mohd Saiful Bukhari Azlan, bahawa beliau diliwat oleh Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu sah mengikut lunas Islam kerana beliau mengucapkan lafaz Wallahi, Wabillahi dan Watallahi.[9]

Timbalan Ketua Pergerakan Pemuda UMNO , Khairy Jamaluddin berkata bahawa sumpah Mohd Saiful tidak patut dipersoalkan kerana mereka yang mengangkat sumpah tersebut akan ditanggung bebannya ke seluruh keturunannya. Dengan itu sumpah Mohd Saiful akan turut ditanggung oleh anak dan zuriatnya. [10]

[sunting] Lihat juga

[sunting] Rujukan

  1. Saiful Bukhari Azlan tinggal di kondominium mewah RM2.2 juta? Harakah Daily.Net.
  2. Berhenti kerana tidak mahu diliwat lagi.
  3. Saiful Dakwa Atur Pertemuan Anwar Dengan Anggota Parlimen Yang Ingin Lompat Parti
  4. MalaysiaKini
  5. [Buletin Utama TV3 jam 8.00 malam 15 Ogos 2008]
  6. Saiful Bukhari Azlan bersumpah di youtube.
  7. Saiful Mengangkat Sumpah Di Masjid Wilayah Persekutuan
  8. Gus Dur dakwa sumpah Saiful tak ikut hukum Islam.
  9. Mufti Perlis: Lafaz sumpah Saiful sah, cara pegang Al Quran salah.
  10. [http://www.malaysianbar.org.my/legal/general_news/anwar_asked_to_explain.html Anwar asked to explain

[sunting] Pautan luar

Alatan peribadi
Ruang nama

Kelainan
Tindakan
Pandu arah
Perhubungan
Cetak/eksport
Alatan
Bahasa lain