Anwar Ibrahim

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Yang Berhormat Datuk Seri

Anwar Ibrahim
Anwar Ibrahim.jpg

Tempoh jawatan
26 Ogos 2008 – kini
Didahului oleh DAP-100px.jpgLim Kit Siang

Tempoh jawatan
1 Disember 1993 – 2 September 1998
Didahului oleh Tun Ghafar Baba
Diganti oleh Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi

Penyandang
Tempoh jawatan 
1982-1999
28 Ogos 2008- sekarang
Didahului oleh PAS logo.svg Zabidi Ali (pertama)
Lambang keadilan.png Wan Azizah Wan Ismail (ke-2)

Lahir 10 Ogos 1947 (67 tahun)
Cherok Tok Kun, Pulau Pinang
Parti politik UMNO (Malaysia).svg (1982-1999)
Lambang keadilan.png (1999-)
Pasangan Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail
Pekerjaan Ahli politik
Religion Islam

Datuk Seri Anwar bin Datuk Ibrahim Abdul Rahman (lahir 10 Ogos 1947) adalah seorang ahli politik Malaysia berbangsa Melayu, bertindak sebagai ketua Pembangkang di Parlimen Malaysia, di atas kapasitinya sebagai Ahli Parlimen Permatang Pauh. Di peringkat akar umbi, Datuk Seri Anwar merupakan penasihat Parti Keadilan Rakyat dan ketua umum Pakatan Rakyat. Semasa awal kerjaya politiknya, beliau merupakan 'anak didik' Tun Dr. Mahathir bin Mohamad, tetapi kemudiannya tampil sebagai seorang pengkritik Tun Dr. Mahathir yang lantang.

Dalam tahun 1999, beliau telah dijatuhi hukuman penjara selama enam tahun kerana didapati bersalah di atas kesalahan penyalahgunaan kuasa. Pada tahun 2000, iaitu selama sembilan tahun kerana didakwa melakukan kesalahan di luar tabii (liwat). Walau bagaimanapun, pada tahun 2004, mahkamah, Mahkamah Persekutuan Malaysia telah mengugurkan sabitan kesalahan liwat kerana pihak pendakwa raya gagal mengemukakan bukti yang kukuh tanpa sebarang keraguan bahawa perbuatan meliwat tersebut telah berlaku. Oleh itu beliau telah dibebaskan. Pada Julai 2008, beliau telah ditahan sekali lagi atas tuduhan dakwaan bahawa beliau telah meliwat pembantu peribadinya iaitu Mohd Saiful Bukhari Azlan. Namun pada tanggal 9 Januari 2012, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membuat ketetapan bahawa Dato Seri Anwar Ibrahim tidak bersalah atas kes liwat 2 yang dihadapi oleh beliau, dan melepaskan beliau sebarang pertuduhan liwat.[1].

Pada 26 Ogos 2008, Anwar telah berjaya memenangi pilihan raya kecil Permatang Pauh dengan menewaskan calon BN yang juga ADUN Seberang Jaya, Arif Shah Omar Shah bersama-sama calon AKIM Hanafi Mamat seterusnya kembali ke parlimen sebagai ketua pembangkang Malaysia. Beliau telah menyatakan perlunya liberalisasi, termasuklah satu kehakiman dan media, untuk melawan rasuah endemik yang beliau mendakwa ia menjadi sebab penolakan negara menjadi status sebuah negara yang gagal.[2]

Anwar merupakan satu-satunya warga Malaysia yang pernah tersenarai di dalam 100 orang yang dikatakan paling berpengaruh di dunia oleh majalah Time iaitu pada 2008.[3][4]

Biodata

Beliau dilahirkan pada 10 Ogos 1947 di Ceruk Tok Kun, Bukit Mertajam, Pulau Pinang.[5] Anwar bermaksud 'bercahaya'. Ayahnya Datuk Haji Ibrahim bin Abdul Rahman adalah bekas ahli Parlimen dan Setiausaha Parlimen Kementerian Kesihatan Malaysia. Manakala ibunya Che Yan Hussein adalah ahli pidato Pergerakan Wanita UMNO. Semasa kecil, beliau sering dibawa ke majlis-majlis ceramah wanita.Pada tahun 1978, beliau berkahwin dengan Datin Seri Dr Wan Azizah Datuk Ismail seorang penuntut Royal College of Surgeons, Dublin, Ireland yang kemudiannya bertugas di klinik mata di Hospital Universiti, Petaling Jaya. Perkahwinannya dengan Datin Seri Azizah dikurniakan seramai 6 orang cahaya mata. Anak sulungnya, Nurul Izzah kini merupakan Ahli Parlimen Lembah Pantai, Kuala Lumpur.

Pendidikan

Semasa kecil, beliau bersekolah rendah di Sekolah Kebangsaan Stowell, Bukit Mertajam, Pulau Pinang. Kemudian, beliau meneruskan pengajian persekolahan menengahnya di Maktab Melayu Kuala Kangsar (MCKK) dari tahun 1960 hingga 1966. Semasa di MCKK, beliau aktif dalam Persatuan Bahasa Melayu dan wakil pemidato sekolahnya. Beliau juga pernah dilantik sebagai Ketua Pengawas MCKK. Semasa di MCKK, Anwar mengenali Sanusi Junid, Kamaruddin Jaafar dan Yahaya Ahmad. Selepas itu pada tahun 1967, beliau melanjutkan pelajaran tinggi di Universiti Malaya dalam Pengajian Melayu (Sastera).

Politik

Zaman belia

Semenjak dari zaman belia, Datuk Seri Anwar merupakan seorang individu yang popular. Beliau dikenali sebagai salah seorang daripada pengasas badan bukan kerajaan iaitu Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia, Angkatan Belia Islam Belia Malaysia. Beliau pernah ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri,ISA selama 3 tahun (1974-1976) kerana demonstrasi jalanan di Universiti Malaya berhubung kemiskinan tragis di Baling, Kedah. Penduduk pedalaman Baling dibiarkan 'reput' kerana dipercayai tempat persembunyian komunis. Anwar pernah berada di pentas PAS dan mengkritik Tunku Abdul Rahman berhubung Akta Keselamatan Dalam Negeri, Akta Pertubuhan, kemiskinan, ekonomi dan lain-lain. Berikut adalah catatan ringkas Dato' Seri Anwar semasa zaman belia:-


Meninggalkan ABIM

Tidak menyertai PAS

Anwar pernah dikatakan akan menyertai Parti Islam SeMalaysia (PAS).

Malahan Datuk Asri sanggup mengundurkan diri dari jawatan Yang diPertua PAS untuk memberi laluan kepada Anwar Ibrahim. Tindakan Anwar ini dianggap tidak syar'ie.

Penglibatan dengan politik UMNO

Anwar terjun ke dunia politik dan bertanding di kerusi parlimen Permatang Pauh di atas tiket UMNO dalam dalam tahun 1982. Beliau menang dengan majoriti yang besar. Beliau kemudian dilantik sebagai timbalan menteri di Jabatan Perdana Menteri. Dalam tahun yang sama Anwar menewaskan Haji Suhaimi Kamarudin, penyandang, untuk menjadi ketua Pergerakan Pemuda UMNO. Anwar kemudiannya dilantik menjadi menteri penuh sebagai Menteri Belia, Kebudayaan dan Sukan. Dua tahun kemudian Anwar dilantik ke portfolio Kementerian Pertanian. Pada tahun 1987, beliau telah memenangi jawatan Naib Presiden UMNO dan kemudiannya dilantik sebagai Menteri Pendidikan. Beliau dilantik sebagai Menteri Kewangan pada 1991. Pada 1993 Anwar telah memperolehi pencalonan yang terbanyak untuk kerusi Timbalan Presiden UMNO. Penyandang jawatan pada ketika itu ialah Tun Ghafar Baba telah gagal mendapatkan kuota yang mencukupi bagi mempertahankan kerusi. Oleh yang demikian, Anwar telah memenangi jawatan Timbalan Presiden UMNO tanpa bertanding. Susulan dari itu, sebagai memenuhi tradisi BN, Tun Dr. Mahathir telah melantik Anwar sebagai Timbalan Perdana Menteri.

Diantara jawatan-jawatan lain Datuk Seri Anwar ialah, beliau pernah dipilih menjadi Presiden Persidangan Tahunan UNESCO dan Pengerusi Jawatakuasa Pembangunan dalam mesyuarat bersama Bank Dunia dan Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF). Di atas sumbangannya terhadap kesefahaman antara kebudayaan beliau telah dianugerahi ijazah Doktor Kehormat oleh Ateneo de Manila University dan anugerah Presiden oleh Georgetown University.

Jawatan dalam kerajaan

Peristiwa-peristiwa di dalam UMNO

Kementerian Kewangan

  • Ramai[nyatakan menurut siapa?] yang meragui kemampuannya kerana tiada asas kewangan.
  • Kadar pertumbuhan ekonomi naik 8% setahun selama 8 tahun berturut-turut.[perlu rujukan]
  • Dilantik Pengerusi Jawatankuasa Bank Dunia / Tabung Kewangan Antarabangsa pada 1 April 1998. Beliau mula berkenalan dengan Presiden Bank Dunia, James Wolfenson dan Ketua Pengarah Dana Kewangan Antarabangsa (IMF), Michael Camdessus.
  • Bekas Setiausaha Sulit Anwar, Anuar Shaari menyatakan bahawa Anwar Ibrahim selaku Menteri Kewangan ingin meminta bantuan IMF bagi menangani kemelesetan ekonomi dan jatuhnya mata wang 1997, tetapi Tun Dr Mahathir telah bertegas menolak pinjaman IMF dan menetapkan kadar pertukaran wang asing RM3.80 bagi setiap dollar Amerika. [7]

Terlalu pantas

  • Semasa pemimpin ABIM , Anwar dikatakan pernah memijak bendera UMNO tetapi segera dinafikan.
  • Beliau tidak hanya ditentang oleh Tengku Razaleigh Hamzah, Abdullah bin Ahmad Badawi dan Mohd Najib bin Abdul Razak kerana bergerak terlalu pantas dalam kepimpinan UMNO.
  • 1993 Anwar Ibrahim bertanding jawatan Timbalan Presiden UMNO menentang Ghafar Baba kerana Ghafar hanyalah tokoh sementara yang dilantik oleh Dr Mahathir selepas 'kekosongan' yang ditinggalkan oleh Datuk Musa Hitam. Ghafar Baba bukanlah calon yang sesuai untuk dilantik sebagai Perdana Menteri Malaysia. Golongan muda mahu Anwar berbanding Ghafar sebagai tokoh veteran sahaja. Anwar telah menguasai setiap sendi. Ghafar tidak jadi bertanding kerana tidak bersedia dan kemenangan percuma diberikan kepada Anwar Ibrahim.
  • Malah beliau ditentang oleh Dr Mahathir Mohamad sendiri yang dilihat terperangkap antara sayang dan benci dengan Anwar Ibrahim. Anwar dilihat boleh menguatkan kedudukan Dr Mahathir dan UMNO tapi pada akhirnya boleh menjahanamkan visi Dr Mahathir yang belum kesampaian.
  • Dalam Perhimpunan Agung UMNO 1997 tersebar surat layang setebal 30 halaman yang memfitnah Anwar Ibrahim. Kononnya mempunyai skandal dengan isteri orang dan homoseks. Anwar Buat laporan polis pada 15 Ogos 1997.
  • Kemasukan semula Tengku Razaleigh Hamzah selaku pemimpin Parti Melayu Semangat 46 ke dalam UMNO dilihat menggugat peluang Anwar Ibrahim untuk menjadi Perdana Menteri.
  • Pada 1997 golongan anti Anwar menganggap golongan yang cenderung kepada Anwar yang dikenali sebagai Anwarisme sudah menguasai setiap sendi UMNO dan bila-bila masa boleh menjatuhkan Dr Mahathir Mohamad yang dilihat tidak cukup Islamik.
  • Anwar sering mengadakan usrah, sembahyang jemaah di rumahnya dan memberi jamuan makan para wartawan Malaysia. Kegiatan ini dilihat sebagai kempen dan politik wang. Para pegawai kerajaan, ahli akademik dan rakyat bawahan menyokong Anwar yang tertarik dengan wawasan Islamnya.
  • Ada di antara golongan profesional merupakan rakan seangkatan dengan Anwar dan sama sekolah dengan Anwar di Maktab Melayu Kuala Kangsar, contohnya Tan Sri Yahya Ahmad.
  • Presiden Pas ketika itu iaitu Datuk Fadzil Mohd Noor menyokong Anwar . Anwar selaku Menteri Kewangan banyak meluluskan peruntukan di Kelantan.
  • Zahid Hamidi selaku Ketua Pemuda UMNO dan Datin Siti Zaharah Sulaiman selalu Ketua Wanita UMNO / Timbalan Menteri Kesihatan dilihat menyokong Anwar.
  • Pada tahun 1993, 95 % ahli UMNO menyokong Anwar semasa pencalonan Timbalan Presiden UMNO sebelum berlangsungnya Perhimpunan Agung UMNO pada waktu itu. 137 daripada 145 bahagian telah mencalonkan Anwar manakala Ghafar hanya 7 bahagian sahaja.

Penyingkiran

Penyingkiran Anwar dari UMNO dan Kerajaan Persekutuan berkait rapat dengan krisis kewangan yang dialami oleh Malaysia dan negara-negara rantau Asia yang lain pada 1997. Anwar yang juga Menteri Kewangan dilihat telah gagal mengangani krisis tersebut. Dengan mengamalkan pelan-pelan tindakan yang digariskan oleh Bank Dunia dan IMF, negara telah terjerumus kedalam krisis kewangan yang lebih teruk. Oleh itu, Dr. Mahathir Mohamed telah membawa masuk bekas menteri kewangan sebelum ini, iaitu Tun Daim Zainuddin ke dalam barisan kabinet. Anwar melihat hal tersebut sebagai kehilangan kepercayaan dari Dr. Mahathir, lalu berusaha untuk terus relevan dalam UMNO. Usaha tersebut, termasuk menjatuhkan Dr. Mahathir dari kerusi Presiden UMNO. Gerakan telah dimulakan oleh Ketua Pemuda UMNO pada ketika itu, iaitu Ahmad Zahid Hamidi, yang dengan lantang membidas Dr. Mahathir yang dikatakan mengamalkan Nepotisma dan Kronisma.

Pada masa yang sama, buku 50 Dalil Mengapa Anwar Tidak Boleh Jadi PM" oleh Khalid Jafri telah tersebar. Buku tersebut menyebut tentang aktiviti homoseksual Anwar.

Pada 1998, Anwar Ibrahim telah dipecat dari jawatan Timbalan Perdana Menteri Malaysia dan kemudian dari Timbalan Presiden UMNO serta keahlian dalam UMNO. Dr. Mahathir yang juga merupakan "mentor" kepada Anwar telah mengambil tindakan yang drastik tersebut setelah beliau mempunyai bukti kukuh untuk mempercayai bahawa Anwar terlibat dalam aktiviti homoseksual. Dr. Mahathir merasakan bahawa aktiviti tersebut boleh dijadikan "bahan ugutan" oleh anasir-anasir luar negara untuk mempengaruhi Malaysia seandainya Anwar dipilih sebagai Perdana Menteri suatu hari nanti.

Krisis politik, pemecatan keluar dari UMNO, reformasi dan penubuhan Parti Keadilan Rakyat

Anwar dipecat pada 1998 atas dakwaan rasuah dan liwat, dan beberapa bulan selepas itu, ditahan atas tuduhan perbuatan homoseksual. Setelah 3 kali pihak pendakwa memindah tuduhan, barulah Anwar disabitkan kesalahan berdasarkan satu saksi. Saksi tersebut menjadi pertikaian kerana telah beberapa kali menukar pengakuan.

Datuk Seri Anwar Ibrahim kemudiannya disabitkan kesalahan di atas empat tuduhan rasuah berhubung penyalahgunaan kuasa dengan campur tangan dalam penyiasatan polis terhadap dakwaan salah laku seksual. Beliau menjalani hukuman enam tahun penjara sebelum dibebaskan oleh Mahkamah Persekutuan di sini apabila rayuannya dibenarkan bagi mengetepikan sabitan kesalahan meliwat berhubung pensabitannya dalam kes, iaitu genap enam tahun beliau dipecat daripada Kabinet.

Anwar Ibrahim ditahan oleh polis pada 7 Februari 2002.

Keputusan itu bermakna Anwar telah bebas daripada hukuman penjara sembilan tahun yang dijatuhkan oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada tahun 2000 atas kesalahan tersebut.

Beliau akhirnya dipenjarakan dibawah tuduhan lain, diatas tuduhan beliau cuba mempengaruhi penyiasatan polis ke dalam tuduhan beliau seorang homoseksual. Isteri beliau menubuhkan Parti Keadilan Rakyat untuk memperjuangkan Anwar dan politiknya.

Dalam tahun 2004 Mahkamah Persekutuan menerima rayuan Anwar terhadap pensabitan atas tuduhan liwat dan beliau seterusnya dibebaskan. Selepas dibebaskan beliau pergi ke Munich, Jerman untuk menjalani pembedahan dan rawatan. Beliau kemudiannya dilantik sebagai Ahli Bersekutu Kanan di Kolej Santo Anthony, Universiti Oxford. Selepas tamat tugasnya di Oxford beliau pergi ke Washington untuk mengambil jawatan sebagai profesor pelawat di School of Advanced International Studies (SAIS) dan kemudiannya di Universiti Georgetown.

Pandangan bukan Melayu

  • Segelintir kaum Cina dan India dan Melayu sendiri tidak senang dengan idealisme yang mungkin menjejaskan perpaduan kaum. Sebenarnya Dr Mahathir pernah dianggap sebagai 'Ultra Malay' oleh Lee Kuan Yew.
  • Anwar Ibrahim dilihat terlalu Islamik yang mungkin akan melaksanakan perlembagaan dan Undang-Undang Islam seperti 'potong tangan'.
  • Sebenarnya Anwar tidak menolak integriti sejagat. Anwar sering menghadiri pada majlis perayaan Tahun Baru Cina dan Deepavali.

Sukan

Sumbangan

Buku beliau semasa menjadi Timbalan Perdana Menteri Malaysia
  • Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Bank Dunia / Dana Kewangan Antarabangsa (IMF).
  • Mencetuskan idea / istilah seperti Masyarakat madani, generasi rabbani, waima, nawaitu ,
  • Anwar Ibrahim berjaya meredakan ketegangan antara penganut Hindu dan Islam berikutan pembinaan Masjid dan kuil sebelah-menyebelah di Kampung Rawa, Pulau Pinang 1996.

Buku mengenai Anwar Ibrahim

  1. Anwar Ibrahim - Mimpi Dan Realiti, Mohd Sayuti Omar, Tinta Merah, 1990
  2. Anwar di Zalimi, Siapa TPM Baru?, Mohd Sayuti Omar, Tinta Merah, 1998
  3. Mahatir Konspirasi Anwar Reformasi S.H Al-Attas 1998
  4. Anwar Terjerat oleh Ahmad Lufti Othman
  5. 50 Dalil Mengapa Anwar Tidak Boleh Jadi PM oleh Khalid Jafri.

Lihat juga

Pautan luar

Rujukan


Penyandang Terdahulu Ketua Pemuda UMNO
19821984
Penyandang Kemudian
Suhaimi Kamaruddin
Tan Sri Rahim Thamby Chik


Penyandang Terdahulu Menteri Pendidikan
19861991
Penyandang Kemudian
Tun Abdul Rahman Yakub
Datuk Amar Dr. Sulaiman bin Hj. Daud


Penyandang Terdahulu Menteri Kewangan
19912 September 1998
Penyandang Kemudian
Tun Daim Zainuddin
Tun Dr. Mahathir Mohamad


Penyandang Terdahulu Timbalan Perdana Menteri Malaysia
1 Disember 19932 September 1998
Penyandang Kemudian
Tun Ghafar Baba
Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi


Penyandang Terdahulu Ketua Pembangkang Malaysia
26 Ogos 2008 – kini
Penyandang Kemudian
Wan Azizah Wan Ismail
penyandang