Fernando Lopez
Untuk pemain bolasepak Sepanyol yang dikenali sebagai Fernando López, sila lihat Fernando López Fernández.
| Fernando López | |
| Fernando Lopez Fernando López |
|
|
|
|
|---|---|
| Tempoh berjawat 30 Disember, 1965 – 17 Januari, 1973[1] |
|
| Presiden | Elpidio Quirino |
| Didahului oleh | Emmanuel Pelaez |
| Digantikan oleh | Jawatan dihapuskan[2] Jawatan selepas itu dipegang oleh Arturo Tolentino |
|
|
|
| Tempoh berjawat 30 Disember, 1949 – 30 Disember, 1953 |
|
| Didahului oleh | Jawatan kosong[3] Jawatan sebelum itu dipegang oleh Elpidio Quirino |
| Digantikan oleh | Carlos P. García |
|
|
|
| Tempoh berjawat 30 Disember, 1947 – 30 Disember, 1949 |
|
|
Datuk Bandar Iloilo
|
|
| Tempoh berjawat 1945 – Disember 30, 1947 |
|
|
|
|
| Tarikh lahir | 13 April 1904 |
| Tempat lahir | Iloilo, Iloilo |
| Meninggal | 26 Mei 1993 (umur 89) Iloilo, Iloilo |
| Kerakyatan | Filipina |
| Parti politik | Nacionalista, Parti Liberal |
| Pasangan | Mariquit Javellana |
| Agama | Katolik |
Fernando "JUNJIE" López (13 April, 1904 – 26 Mei, 1993) adalah Bekas Naib Presiden Republik Filipina yang dua kali berkhidmat sebagai Naib Presiden iaitu semasa pentadbiran Presiden Elpidio Quirino dari tahun 1949 hingga tahun 1953 dan semasa pentadbiran Presiden Ferdinand Marcos dari tahun 1965 hingga 1969 dan dari tahun 1969 hingga tahun 1972. Beliau berasal dari keluarga Lopez yang berpengaruh di daerah Iloilo.
Isi kandungan |
Kehidupan awal [sunting]
López dilahirkan pada 13 April, 1904 di Bandar Iloilo, Iloilo. Ayahnya, Benito López dan ibunya, Presentación Hofilena. Keluarga Lopez adalah keluarga yang terkaya dan mempunyai pengaruh di daerah itu.
López mendapat pendidikan di Kolej San Juan de Letran, dan menamatkan pembelajaran di sana pada tahun 1921. Lopez kemudiannya menuntut di Universiti Santo Tomas, dan memperolehi Ijazah Sarjana Muda Bahagian Undang Undang pada tahun 1925.
Pada tahun 1945, dengan tidak mempunyai pengalaman dalam dunia politik, López telah dipilih oleh Presiden Sergio Osmeña untuk menjadi Datuk Bandar Iloilo. Pada tahun 1947, Lopez bertanding untuk jawatan Senator dan beliau menang.
Naib Presiden [sunting]
Penggal Pertama [sunting]
Pada tahun 1949, Lopez menjadi Naib-presiden dibawah pentadbiran Presiden Elpidio Quirino dan juga berkhidmat sebagai Setiausaha Pertanian dan berkhidmat sehingga tahun 1953.
Penggal kedua dan ketiga [sunting]
Pada tahun 1965, Lopez bertanding bersama Presiden Ferdinand Marcos dan dipilih menjadi naib presiden. Semasa undang-undang tentera diistiharkan pada tahun 1972, keluarga López telah menentang rejim Marcos kerana mereka tidak bersetuju dengan cara pemerintahan diktator yang dijalankan oleh Marcos. Akibatnya, Lopez dilucutkan jawatan sebagai Naib Presiden dan segala aset, jawatan politik dan ekonomi keluarga Lopez ditarik balik.
Kematian [sunting]
Selepas persaraannya, dari 1986 hingga 1993, Lopez menjadi Pengerusi First Philippine Holdings dan Pengerusi kehormat ABS-CBN dan FHL Holdings.
Lopez meninggal dunia pada 26 Mei, 1993 meninggalkan seorang isteri, Mariquit Javellana dan enam anaknya, Yolanda, Fernando "Henry Jr"., Albertito, Emmanuele, Benito dan Mita. Lopez mempunyai 24 cucu. Diantaranya; Kerk ,Dondi, Butch (MONTELIBANO), Albert III, Rk, Danica, Cj, Jc, Adriana, Bettina, Alberto Jr., Loren, Melissa, Regine, Roxanne, Rolenda, Rowena, Raphaela, Rebecca, Benjamin all LÓPEZ, dan Celine (LÓPEZ), dan Panchito Puckett.
Rujukan [sunting]
- ↑ Ratifikasi Perlembagaan 1973, sepertimana yang Peristiharan Presiden No. 1102 dikeluarkan oleh Presiden Ferdinand E. Marcos
- ↑ (Marcos mengosongkan pejabat naib presiden apabila Perlembagaan 1973 diistiharkan)
- ↑ Tiada naib presiden dilantik selepas Quirino menjadi presiden selepas Roxas, setelah ia tidak diperlukan oleh Perlembagaan 1935
| Jawatan politik | ||
|---|---|---|
| Kosong Gelaran dipegang dahulu oleh Elpidio Quirino |
Naib Presiden Filipina 30 Disember, 1949 – 30 Disember, 1953 |
Diikuti oleh: Carlos P. Garcia |
| Didahului oleh Emmanuel Pelaez |
Naib Presiden Filipina 30 Disember, 1965 – 17 Januari, 1973 |
Kosong Jawatan dibubarkan; di sebabkan undang-undang tentera Gelaran dipegang kemudian oleh Arturo Tolentino |
| Naib Presiden Filipina |
|
|
Osmeña | Quirino | Lopez | Garcia | Macapagal | Pelaez | Lopez | Tolentino | Laurel | Estrada | Arroyo | Guingona | De Castro |