Joseph Estrada

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Joseph Ejercito Estrada
Josephestradapentagon.jpg

Presiden Filipina ke-13
Presiden ke-3 Republik ke-5
Tempoh jawatan
30 Jun 1998 – 20 Januari 2001
Naib Presiden Gloria Macapagal-Arroyo
Didahului oleh Fidel V. Ramos
Diganti oleh Gloria Macapagal-Arroyo

Naib Presiden Filipina ke-11
Naib Presiden Ke-2 Republik ke-5
Tempoh jawatan
30 Jun 1992 – 30 Jun 1998
Didahului oleh Salvador H. Laurel
Diganti oleh Gloria Macapagal-Arroyo

Lahir 19 April 1937 (77 tahun)
Tondo, Manila
Parti politik Partido ng Masang Pilipino (PMP)
Pasangan Luisa Pimentel
Pekerjaan Pelakon
Religion Katolik Rom
Tandatangan

Jose Marcelo Ejercito (lahir 19 April 1937), lebih dikenali sebagai Joseph Ejercito Estrada atau Erap (kawan), ialah seorang pelakon filem di Filipina dan Presiden Filipina ke-13 dari 30 Jun 1998 hingga 20 Januari 2001. Beliau digulingkan oleh Revolusi Kuasa Rakyat Kedua selepas menjalani perbicaraan pencabaran kedua di Senat yang menyaksikan sebelas orang senator Filipina enggan memeriksa sampul kedua akaun bank Jose Velarde yang dipercayai membuktikan beliau mengamalkan rasuah.

Beliau turut bertanding dalam Pilihan raya Filipina 2010 pada 10 Mei 2010 tetapi tewas ditangan Senator Benigno Aquino III.

Kerjaya : Pelakon[sunting | sunting sumber]

Estrada terkenal sebagai pelakon / hero dalam filem-filem rakyat di Filipina. Popularitinya menyamai Presiden Amerika Syarikat Ronald Reagan yang menjadi pelakon koboi Hollywood.


Presiden Filipina ke-13[sunting | sunting sumber]

Estrada bermula sebagai datuk bandar San Juan pada 1969, kerusi senator (1987), naib presiden (1992) dan kemuncaknya sebagai presiden (1998). Pada 1998, slogan kempen beliau 'Erap Para sa Mahirap (Erap untuk rakyat miskin), membolot undi tertinggi di 12 daripada 15 wilayah dan seterusnya menewaskan pencabarnya, bekas Speaker Parlimen, Jose de Venecia dengan kelebihan undi sebanyak 6 juta.

Beliau menjadi Presiden Filipina selepas menang dalam Pilihan raya Filipina 1998. Pada 1 Julai 1998, beliau mengangkat sumpah sebagai presiden ke-13.

Beliau berikrar akan membaiki kehidupan rakyat miskin . Malangnya dia digulingkan daripada Istana Malacanang atas tuduhan rasuah.

Semasa memerintah, Estrada bertindak menyerang pemberontak Barisan Pembebasan Islam Moro (MILF) di Mindanao terutama di Jolo

Menyokong Anwar Ibrahim[sunting | sunting sumber]

Estrada menghadiri sidang APEC di Kuala Lumpur pada 1998 dan simpati dengan pemecatan Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Datu seri Anwar Ibrahim. Tindakan ini dikecam oleh kerajaan Malaysia kerana mencampuri urusan dalaman Malaysia. Puteri reformfasi Nurul Izzah Anwar turut bertemu beliau bagi membebaskan bapanya.

Kesalahan rasuah[sunting | sunting sumber]

Pada 4 April 2001, perbicaraan Estrada bermula semasa Ombudsman Aniano Desierto memfailkan dakwaan rasuah 4 bilion peso Filipina .Beliau turut dituduh bersumpah bohong kerana mengisytiharkan nilai palsu aset dan menyalahgunakan identiti Jose Velarde, kepada mahkamah anti-rasuah Sandiganbayan.

Pada 12 September 2007, beliau menjadi Presiden Filipina pertama yang disabitkan kesalahan setelah mahkamah Sandiganbayan mendapatinya bersalah atas tuduhan menjarah yang boleh dihukum melalui reclusión perpetua.[1] Beliau ditahan di rumah rehatnya di Tanay, Rizal tetapi akhirnya diampunkan oleh Presiden Gloria Macapagal-Arroyo pada 25 Oktober 2007.[2]

Pada Oktober 2007, Presiden Arroyo bersetuju memberi pengampunan kepada Estrada. Beliau menjelajah seluruh Filipina dan menyampaikan barang makanan, ubat-ubatan dan pakaian sebagai tanda terima kasih di atas sokongan rakyat jelata.

Bertanding presiden kali kedua[sunting | sunting sumber]

Joseph Estrada mencuba nasib di kawasan kelahirannya Manila dalam Pilihan raya Filipina 2010 pada 10 mei 2010. Perlembagaan Filipina 1987 jelas menyatakan presiden yang pernah memang dilarang bertanding buat kali kedua.Mahkamah Agung Filipina akan menentukan kesahihan pencalonan beliau. Alasannya Estrada tidak bersara tetapi dilucutkan jawatan, maka dia tidak tertakluk kepadanya.

Imej Estrada sebagai hero orang msikin sudah tercalar. Kesalahan rasuah memang terbukti, bukan direka-reka.[3]

Tewas[sunting | sunting sumber]

Dalam Pilihan raya Filipina 2010, Joseph Estrada telah tewas ditangan Senator Benigno Aquino III yang dinobatkan sebagai Presiden Republik Filipina yang baru pada 30 Jun 2010.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Jawatan politik
Didahului oleh
Salvador H. Laurel
Naib Presiden Filipina
1992–1998
Diikuti oleh:
Gloria Macapagal-Arroyo
Didahului oleh
Fidel V. Ramos
Presiden Filipina
1998–2001
Diikuti oleh:
Gloria Macapagal-Arroyo
Senarai Presiden Filipina
Cap Presiden Filipina
Aguinaldo | Quezon | Osmeña | Laurel | Roxas | Quirino | Magsaysay | Garcia | Macapagal | Marcos | Aquino | Ramos | Estrada | Arroyo | Aquino
Naib Presiden Filipina
Seal of the Vice President of the Philippines

Osmeña | Quirino | Lopez | Garcia | Macapagal | Pelaez | Lopez | Tolentino | Laurel | Estrada | Arroyo | Guingona | De Castro