Salvador Laurel

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Salvador H. Laurel
Salvador Laurel

Tempoh berjawat
25 Februari, 1986 – 30 Jun, 1992
Presiden Corazon Aquino
Didahului oleh Arturo Tolentino
Digantikan oleh Joseph Estrada

Tempoh berjawat
25 Februari, 1986 – 25 Mac, 1986
Presiden Corazon Aquino
Didahului oleh Cesar Virata
Digantikan oleh Jawatan dihapuskan

Tarikh lahir 18 November 1928(1928-11-18)
Tempat lahir San Juan, Philippines
Meninggal 27 Januari 2004 (umur 75)
Atherton, Amerika Syarikat
Parti politik Parti Nacionalista (1989–2004)
Pasangan Celia Diaz
Alma mater Universiti Filipina
Universiti Yale
Agama Katolik

Salvador Roman Hidalgo Laurel[1] (November 18, 1928January 27, 2004), juga dikenali sebagai Doy Laurel, adalah Bekas Naib Presiden Filipina yang berkhidmat dari tahun 1986 hingga tahun 1992 dalam kabinet Presiden Corazon Aquino. Sebelum itu, Laurel juga pernah berkhidmat sebagai Perdana Menteri Republik Filipina dari 25 Februari hingga 25 Mac 1986. Beliau adalah Ketua United Nationalist Democratic Organization (UNIDO), parti politik yang menggulingkan Diktator Ferdinand Marcos dan mengembalikan demokrasi dalam Filipina semasa Revolusi Kuasa Rakyat tahun 1986.

Isi kandungan

Kehidupan Awal [sunting]

Laurel adalah anak kelima Mendiang Presiden José P. Laurel. Beliau dilahirkan dalam keluarga yang dihormati dan disegani. Datuknya, Hakim Sotero Remoquillo Laurel adalah salah seorang delegasi ke Konvensi Malolos and Setiausaha Hal Ehwal Dalam Negeri dalam pentadbiran Presiden pertama, Emilio Aguinaldo.

Surat kepada Ayah [sunting]

Sambutan Krismas tahun 1945 tidak bermakna buat Doy apabila ayahnya ditangkap dan dipenjarakan di Penjara Sugamo, di Jepun. Doy menulis syair yang ditujukan kepada ayahnya untuk menaikkan semangatnya dan sebagai hadiah krismas:

TO MY BELOVED FATHER Trudge on, noble leader And with thy dauntless Courage Swerve not in thy glorious, tho’ thankless path, And heed not their threats and wrath; Forgive them who are nescient And With their perennial Discontent Thy goals impend; Assuage thy bitter struggle and with thy Sapient calm, O Sage! The glorious and the great Have always been exalted late And in the midst of great work condemned.

Perkahwinan [sunting]

Doy Laurel telah berkahwin dengan Celia Diaz.

Kematian [sunting]

Kubur Salvador Laurel di Libingan ng mga Bayani.

Doy Laurel menghabiskan sisa sisa hidupnya di Amerika Syarikat. Beliau akhirnya meninggal dunia akibat lymphoma pada 27 Januari, 2004 di Atherton, California. Salvador Laurel telah dikebumikan di Libingan ng mga Bayani.

Pada 29 Januari, Presiden Gloria Macapagal Arroyo mengeluarkan Arahan Presidential Proclamation No. 544 menigisytiharkan perkabungan seluruh negara berikutan dengan kematian Salvador H. Laurel, Bekas Naib Presiden Republik Filipina.

Nota [sunting]

Rujukan [sunting]

  • Zaide, Sonia M. (1999). The Philippines: A Unique Nation. All Nations Publishing. 

Pautan luar [sunting]

Jawatan politik
Didahului oleh
Arturo Tolentino
Vice President of the Philippines
February 25, 1986 – June 30, 1992
Diikuti oleh:
Joseph Estrada
Didahului oleh
Cesar Virata
Prime Minister of the Philippines
1986
Office abolished
Didahului oleh
Pacifico Castro
Acting
Secretary of Foreign Affairs
1986–1987
Diikuti oleh:
Manuel Yan
Naib Presiden Filipina
Seal of the Vice President of the Philippines

Osmeña | Quirino | Lopez | Garcia | Macapagal | Pelaez | Lopez | Tolentino | Laurel | Estrada | Arroyo | Guingona | De Castro

Templat:Philippine Prime Ministers