Fernando Lugo

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Fernando Lugo
Presiden Paraguay
Dalam jawatan
15 Ogos 2008 – 22 Jun 2012
Naib PresidenFederico Franco
Didahului olehNicanor Duarte
Digantikan olehFederico Franco
President pro tempore UNASUR
Dalam jawatan
29 Oktober 2011 – 22 Jun 2012
Didahului olehBharrat Jagdeo
Digantikan olehFederico Franco
Butiran peribadi
LahirFernando Armindo Lugo Méndez
(1951-05-30) 30 Mei 1951 (umur 72)
San Solano, Paraguay
Parti politikPerikatan Patriotik untuk Perubahan (APC)
Anak-anakGuillermo Armindo Lugo Carrillo
Alma materUniversidad Católica Nuestra Señora de la Asunción
Tandatangan

Fernando Armindo Lugo Méndez (Sebutan Sepanyol: [ferˈnando arˈmindo ˈluɣo ˈmendes]; lahir 30 Mei 1951) ialah seorang ahli politik Paraguay yang menjadi Presiden Paraguay dari Ogos 2008 hingga Jun 2012. Beliau sebelum itu merupakan biskop Katolik Rom di kawasan uskup San Pedro.

Presiden[sunting | sunting sumber]

Pada 20 April 2008, Lugo memenangi pilihan raya presiden dengan margin 10 titik peratusan, walaupun tanpa majoriti. Pelantikan Lugo menandakan kali pertama dalam sejarah Paraguay (sejak merdeka pada 1811) parti memerintah menyerahkan kuasa secara aman kepada pihak lawan.[1] Beliau menjadi presiden berhaluan kiri kedua Paraguay (Rafael Franco yang pertama), dan yang pertama dilantik secara bebas.

Lugo mengangkat sumpah pada 15 Ogos 2008, seterusnya menyatakan yang beliau tidak akan menerima gaji presiden kerana ia "milik orang yang lebih daif" dan menggalakkan ahli politik lain menolak gaji mereka juga.[2]

Pendakwaan[sunting | sunting sumber]

Pada 15 Jun 2012, 17 orang maut dalam pertelingkahan antara petani tak bertanah dengan polis yang cuba mengusir mereka.[3] Dewan Rakyat memetik peristiwa ini selain keadaan tidak terjamin, nepotisme dan kontroversi pembeliaan tanah untuk mengundi 76 kepada 1 mendakwa Lugo pada 21 Jun.[4] Senat mengundi kes ini keesokan harinya,[5] dengan 39 berbalas empat menyokong penyingkiran Lugo. Ini mengakhiri mandat beliau dan menjadikan naibnya Federico Franco sebagai presiden baharu Paraguay.[6]

Lugo menganggap penyingkiran ini sebagai tidak menurut perlembagaan, menyatakan beliau hanya mendapat dua jam untuk bersedia membela dirinya.[7] Presiden negara jiran Paraguay turut menolak penyingkiran ini dan membandingkannya dengan rampasan kuasa. Antaranya Dilma Rousseff dari Brazil, Cristina Fernández de Kirchner dari Argentina, Rafael Correa dari Ecuador dan Leonel Fernández dari Republik Dominican.[8]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Nicanor reconoce la derrota del Partido Colorado UltimaHora.com
  2. ^ "Latin America's left wing swells with new Paraguay president", AFP, 15 Ogos 2008.
  3. ^ "The announced coup" (dalam bahasa Sepanyol). Brecha (Montevideo). 22-6-2012. Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-06-30. Dicapai pada 2012-06-25. Check date values in: |date= (bantuan)
  4. ^ Paraguay president faces impeachment after deadly clash, Mariano Castillo, CNN, 21 Jun 2012
  5. ^ Paraguay's President Fernando Lugo faces impeachment, BBC, 21 Jun 2012
  6. ^ ""Institutional coup" removes Paraguayan president Lugo from office". Merco Press. 22 Jun 2012. Dicapai pada 23 Jun 2012.
  7. ^ "Paraguay: el Congreso destituyó al presidente Lugo" (dalam bahasa Sepanyol). La Nación. 22 Jun 2012. Dicapai pada 23 June 2012. Unknown parameter |trans_title= ignored (bantuan)
  8. ^ "Argentina "no convalidará el golpe en Paraguay" mientras que Brasil sugirió que quedaría fuera de la Unasur y el Mercosur" (dalam bahasa Sepanyol). La Nación. 22 Jun 2012. Dicapai pada 23 Jun 2012. Unknown parameter |trans_title= ignored (bantuan)
Gelaran Gereja Roman Katolik
Didahului oleh
Oscar Páez Garcete
Biskop San Pedro
1994–2005
Diikuti oleh:
Adalberto Martínez Flores
Jawatan politik
Didahului oleh
Nicanor Duarte
Presiden Paraguay
2008–2012
Diikuti oleh:
Federico Franco
Jawatan diplomatik
Didahului oleh
Bharrat Jagdeo
Presiden pro tempore UNASUR
2011–2012
Diikuti oleh:
Federico Franco