Kesatuan Negara-Negara Amerika Selatan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari


Keahlian

Kesatuan Negara-Negara Amerika Selatan (Bahasa Inggeris: Union of South American Nations, Bahasa Belanda: Unie van Zuid-Amerikaanse Naties, Bahasa Portugis: União de Nações Sul-Americanas, Sepanyol: Unión de Naciones Suramericanas, singkatan: UNASUR dan UNASUL) ialah sebuah kesatuan supranasional dan antara kerajaan yang bakal menggabungkan dua kesatuan perdagangan serantau Amerika sedia ada, iaitu Mercosur dan Komuniti Andes, sebagai sebahagian proses integrasi Amerika Selatan yang berterusan berteraskan Kesatuan Eropah.

Perjanjian Konstitutif UNASUR ditandatangani pada 23 Mei 2008 pada Sidang Kemuncak Ketua-ketua Negara Ketiga di Brasília, Brazil. [1] Menurut perjanjian berkenaan, ibu pejabat Kesatuan terletak di Quito, Ecuador. Parlimen Amerika Selatan pula terletak di Cochabamba, Bolivia, sementara banknya, iaitu Bank Selatan (Bahasa Inggeris: Bank of the South, Bahasa Belanda: Bank van het Zuiden, Bahasa Portugis: Banco do Sul, Sepanyol: Banco del Sur), terletak di Bogota, Colombia.[2] Nama asal Kesatuan ini, iaitu Komuniti Negara-negara Amerika Selatan (Bahasa Inggeris: South American Community of Nations, Bahasa Belanda: Zuid-Amerikaanse Statengemeenschap, Bahasa Portugis: Comunidade Sul-Americana de Nações, Sepanyol: Comunidad de Naciones Sudamericanas), atau singkatannya CSN, digugurkan pada Sidang Kemuncak Tenaga Amerika Selatan Pertama pada 16 April 2007.[3]

Negara-negara yang mangambil bahagian[sunting | sunting sumber]

Anggota penuh[sunting | sunting sumber]

Negara anggota SACN

¹ Negara-negara ini juga dianggap sebagai anggota sekutu Mercosur
² Negara-negara ini juga dianggap sebagai anggota sekutu Komuniti Andes.
³ Guyana dan Suriname kini merupakan anggota CARICOM dan menyertai pasaran tunggalnya pada tahun 2006. Tidak diketahui sama ada keahlian UNASUR dan CARICOM sekaligus boleh dikekalkan untuk mencapai dan mungkin sekali negara-negara ini kekal sebagai anggota sekutu UNASUR sahaja.

Negara-negara pemerhati[sunting | sunting sumber]

Wilayah yang tidak mengambil bahagian[sunting | sunting sumber]

Kawasan-kawasan Amerika Selatan berikut merupakan kebergantungan jajahan dan oleh itu tidak turut serta:

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

Wikiquote-logo.svg
Wikiquote mempunyai koleksi petikan mengenai: