Fighting Fantasy

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Fighting Fantasy
Warlock 25th.jpg
Edisi 25th Anniversary judul The Warlock of Firetop Mountain, buku Fighting Fantasy berkala yang pertama
Pereka Ian Livingstone, Steve Jackson
Penerbit Puffin, Wizard Books
Tarikh terbitan 1980
Genre Fantasi
Sistem Permainan buku

Fighting Fantasy (secara literal dalam bahasa Melayu: Fantasi Berlawan) merupakan sebuah siri permainan buku seorang pemain dengan elemen fantasi ciptaan Steve Jackson dan Ian Livingstone, asalnya diterbitkan oleh Puffin Books dan kini oleh Wizard Books. Meskipun bukan siri buku pertama yang menggunakan format permainan buku ataupun gamebook, Fighting Fantasy memperkenalkan format tersebut dan kini menjemput banyak terbitan yang serupa dengannya. Populariti siri ini telah menyebabnya penciptaan beberapa permainan papan, permainan video, sistem permainan video berperanan, novel dan juga majalah. Dalam sebuah buku Fighting Fantasy yang biasa, pembaca akan mengambil peranan protagonis penceritaan ataupun plot, memilih keputusan yang dibuat oleh watak tersebut serta menyertai mereka dalam perjalanan mereka sendiri yang unik. Siri ini berbeza daripada siri yang hampir serupa dengannya disebabkan oleh penggunaan sistem dadu yang menambah sebuah elemen RPG. Kebanyakan daripada buku Fighting Fantasi ini berlatarkan sebuah dunia fantasi Titan, meskipun sesetengah daripada mereka bertemakan cereka sains, seram dan latar belakang fantasi yang lain.

Terdapat tiga buah buku yang diterbitkan oleh seseorang yang berkongsi nama Steve Jackson yang berasal daripada Amerika Syarikat, juga pemilik kepada Steve Jackson Games. Ketiga-tiga buah buku ini berjudul Scorpion Swamp terbitan tahun 1984, Demons of the Deep dan Robot Commando pada tahun 1986. Disebabkan kekeliruan ini ramai penggemar permainan video mempercayai bahawa kedua-dua Steve Jackson ini ialah individu yang sama.[1][2]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]



Wiki letter w.svg

 Rencana ini merupakan rencana tunas. Anda boleh membantu Wikipedia dengan mengembangkannya.