15 Disember
Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
| << | Disember 2012 | >> | ||||
| Ah | Is | Se | Ra | Kh | Ju | Sa |
| 1 | ||||||
| 2 | 3 | 4 | 5 | 6 | 7 | 8 |
| 9 | 10 | 11 | 12 | 13 | 14 | 15 |
| 16 | 17 | 18 | 19 | 20 | 21 | 22 |
| 23 | 24 | 25 | 26 | 27 | 28 | 29 |
| 30 | 31 | |||||
| MMXII | ||||||
15 Disember merupakan hari ke-349 (hari ke-350 dalam tahun lompat) dalam kalendar Gregory. Tinggal 16 hari sebelum memasuki tahun selepasnya.
Hari ini juga merupakan Hari Kesusasteraan Esperanto.
[sunting] Peristiwa
- 533 - Angkatan pimpinan Belisarius menewaskan Gelimer dan angkatan Vandal dalam Pertempuran Tricamarum, menyempurnakan "Penaklukan Semula Afrika Utara" di bawah Maharaja Byzantine Justinian I.
- 1256 - Kubu Hashshashin di Alamut (gambar) - di Iran kini - ditawan dan dimusnahkan oleh Hulagu Khan dan askar-askar Mongol.
- 1791 - Sepuluh pindaan yang pertama terhadap Perlembagaan Amerika Syarikat, dikenali secara kolektif sebagai Perakuan Hak Amerika Syarikat (gambar), disahkan.
- 1891 - Guru pendidikan jasmani James Naismith memperkenalkan permainan bola keranjang.
- 1964 - Perdebatan selama enam bulan mengenai bendera kebangsaan Kanada berakhir apabila Dewan Rakyat Kanada mengundi menggantikan bendera de facto Panji Merah Kanada, dengan Bendera Daun Mapel kini.
- 1965 - Pertemuan angkasa lepas pertama terjadi apabila kapal angkasa lepas NASA Gemini 6A menghampiri Gemini 7 sedekat 30 cm.
- 1994 - Pelayar web Netscape Navigator 1.0 mula diterbitkan.
- 2006 - BadVista dimulakan oleh Yayasan Perisian Bebas untuk menentang pengambilan sistem pengendalian baru dari Microsoft, Windows Vista.
- 2007 - Presiden Pervez Musharraf mengisytiharkan bahawa darurat di Pakistan telah berakhir.
- 2008 - Parlimen Thailand melantik Abhisit Vejjajiva daripada Parti Demokrat sebagai Perdana Menteri yang baharu.
- 2009 - Kapal terbang penumpang berbadan lebar Boeing 787 Dreamliner (gambar), menjalankan penerbangan sulungnya.
- 2010 - Kepala Raja Henri IV dari Perancis yang hilang selepas kuburnya dicemarkan, diumumkan dijumpai.
|
|||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||