Fiona (lagu 4U2C)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
"Fiona"
Single oleh 4U2C
daripada album 4U2C
Dilancarkan pada1992
FormatSingle CD, Muat Turun Digital
GenrePop, balada
Panjang5:25
SyarikatBMG Pacific
PenulisJoe
Kronologi Kronologi single 4U2C
"Fiona" ""Kami Rappers"
(1993)"
"Fiona" di YouTube
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

"Fiona" ialah lagu yang dirakamkan dan dipersembahkan oleh kumpulan pop Malaysia, 4U2C.[1] Lagu ini ialah hasil ciptaan sepenuhnya oleh salah seorang ahli 4U2C, Joe dan merupakan salah satu lagu terkenal kumpulan ini dan menjadi siulan peminat sehingga kini.[1][2] Ia turut berperanan terhadap kejayaan album sulung 4U2C. Berikutan populariti lagu itu, album sulung senama 4U2C berjaya terjual sebanyak 70,000 unit.[3] Versi bahasa Inggeris lagu ini telah dirakamkan semula oleh Krash Kozz.[4]

Senarai runut[sunting | sunting sumber]

Versi 4U2C
No.TajukMasa
1."Fiona"5:25
Versi Krash Kozz
No.TajukMasa
1."Fiona" (English version) 4:19


Keluaran[sunting | sunting sumber]

"Fiona" dikeluarkan pada 1992 sebagai single sulung 4U2C untuk album sulung senama kumpulan ini sekaligus terletak di trek pertama album.[1] Versi adunan semula lagu ini telah dimuatkan dalam EP pertama 4U2C, ♥2CU. Ia menjadi kejayaan komersial sekaligus menjadi lagu terkenal 4U2C sehingga kini.[2] "Fiona" turut menyumbang kepada kejayaan album pertama 4U2C hingga berjaya terjual sebanyak 70,000 unit.[3]

Versi Krash Kozz[sunting | sunting sumber]

Pada tahun 1993, "Fiona" telah dirakamkan semula oleh kumpulan Krash Kozz dengan diberi nafas baru dan liriknya diterjemahkan ke bahasa Inggeris. Joe dari kumpulan 4U2C berkhidmat sebagai komposer dan penulis lirik. "Fiona" versi bahasa Inggeris terletak di trek ketiga dan dikeluarkan sebagai salah satu single utama untuk album ketiga Krash Kozz, New Jack The Street Beat yang dikeluarkan pada April 1993.[4]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b c Angelin Yeoh (7 Ogos 2017). "Datuk AC Mizal and the infamous Fiona dance moves" (dalam bahasa Inggeris). The Star Online. Dicapai pada 10 Januari 2018. Back in the early 1990s, local boy band 4U2C ruled the airwaves with catchy songs like ballad Fiona and pop number Kami Rappers.
  2. ^ a b Aliah Zainul (19 April 2019). "4U2C, ini kumpulan penyanyi lelaki pujaan ramai pada era 90-an". IAmLejen. Dicapai pada 26 Januari 2020. Lagu popular mereka "Fiona" dicipta dan ditulis lirik oleh Joe telah menjadi sebuah lagu yang mendapat sambutan paling hangat dalam kalangan pendengar dan dianggap sebagai lagu 'trademark' kumpulan 4U2C sehingga ke hari ini.
  3. ^ a b Rosmin Darus (14 November 1992). "Album sulung 4U2C berjaya". Berita Harian. Dicapai pada 19 Februari 2020.
  4. ^ a b Shaha Al-Fayed (18 Mac 2018). "Sejarah lagu 'diss track' dalam industri muzik negara". The Vocket. Dicapai pada 20 Disember 2018. Krash Kozz juga dilihat telah memberi penghargaan kepada kumpulan 4U2C apabila merakamkan semula lagu berhantu 4U2C iaitu Fiona dalam bahasa Inggeris [...] Dengan merekodkan lagu Fiona, pendengar membuat rumusan bahawa kumpulan Krash Kozz berpihak kepada kumpulan 4U2C.