The Star (Malaysia)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
The Star
Star Newspaper Malaysia.png
Jenis Surat khabar harian
Format Tabloid
Pemilik Star Publications (Malaysia) Berhad
Penyunting Datuk Wong Chun Wai
(Group Editor in Chief)
Diasaskan 9 September 1971
Kecenderungan politik Pro-kerajaan
Bahasa Inggeris
Ibu pejabat

Menara Star,

15 Jalan 16/11,
46350 Petaling Jaya, Selangor
 Malaysia.
Edaran 309,029 (Harian)
318,957 (Ahad)
*Sumber: Audit Bureau of Circulations, Malaysia - 1 Julai 2005 - 31 Dis 2005
Laman web The Star Online

The Star merupakan akhbar harian berbahasa Inggeris di Malaysia yang terkenal sebagai surat khabar Bahasa Inggeris yang terbesar di Malaysia dari segi jumlah pembaca, iaitu kira-kira 290,000-300,000 pembaca, menurut Audit Bureau of Circulations. The Star adalah ahli Asia News Network.

Saham majoriti The Star dimiliki oleh Persatuan Cina Malaysia (MCA), parti komponen kedua terbesar dalam Barisan Nasional. Saingannya ialah New Straits Times, dan The Sun.

Penerbitan akhbar ini pernah digantung dalam Operasi Lalang pada 1987 bersama akhbar Watan dan akhbar Sin Chew Daily. V.K Chin menjadi Ketua Pengarang The Star. C.C Liew menjadi Ketua Pengarang Sin Chew Daily. [1]

Edisi[sunting | sunting sumber]

The Star (harian) dan Sunday Star diterbit dalam empat edisi – dua edisi merangkumi negeri-negeri utara Semenanjung iaitu Pulau Pinang, Kedah, Perlis , Kelantan dan Perak utara, manakala dua edisi lain merangkumi negeri-negeri lain.

Terdapat dua buah premis pencetakan utama yang menerbitkan keempat-empat edisi The Star setiap hari. Edisi-edisi utara dicetak di Star Northern Hub di Bayan Lepas, Pulau Pinang, manakala edisi-edisi lain itu dicetak di Star Media Hub di Bukit Jelutong, Shah Alam, Selangor.

Ciri-ciri[sunting | sunting sumber]

The Star dipakejkan sebagai akhbar 4-dalam-1, merangkumi Main Paper, StarBiz (dahulunya The Star Business), StarTwo (dahulunya Section Two) dan Star Metro.

  • Main Paper merangkumi berita tempatan dan antarabangsa terkini.
  • StarBiz menawarkan liputan menyeluruh perkembangan dunia niaga, trend pasaran, laporan kewangan dan kemaskini pasaran saham.
  • StarTwo bercirikan rencana gaya hidup, hiburan, kesihatan, penjagaan anak, peradaban sosial, sains, alam sekitar, fesyen, makanan dan banyak lagi, serta terletaknya jadual tayangan panggung wayang dan intisari rancangan televisyen.
  • Star Metro berlainan kandungan mengikut edisi tempatan, memaparkan berita, hal ehwal dan kegiatan serantau.

Seksyen mingguan termasuk:

  • Star Maritime (setiap Isnin) – meliputi industri perkapalan dan perdagangan laut
  • Star-In.Tech (Selasa dan Khamis) – menumpu kepada komputer dan teknologi maklumat
  • Youth 2 (Khamis) – gaya hidup dan trend terkini remaja
  • StarWeekend – menggantikan StarTwo setiap hari Sabtu, menawarkan rencana hobi, percutian, istirahat dan kegiatan hujung minggu.
  • The Star BizWeek – majalah kewangan mingguan yang diterbit setiap Sabtu, menekankan hal-ehwal niaga, syarikat, personaliti, perkembangan, dan saham yang dijangka mengegarkan pasaran pada minggu akan datang.

Seksyen Sunday Star termasuk:

  • StarMag – memaparkan rencana gaya hidup, temubual personaliti, ulasan buku, ulasan kereta, surat dan sebagainya.
  • StarMag Fit4Life – rencana kesihatan, keselamatan dan khasiat
  • StarMag – hal-ehwal hiburan, ulasan fesyen (pemakaian selebriti), ulasan album muzik, sudut manga/anime OtakuZone, intisari rancangan panggung wayang dan televisyen.
  • theStar Education – hal ehwal dan ulasan berkaitan pendidikan semua peringkat

Kolumnis[sunting | sunting sumber]

Antara kolumnis utama yang bekerja di The Star adalah Marina Mahathir (anak sulung bekas Perdana Menteri Malaysia Tun Dr Mahathir bin Mohamad) yang mengendali sudut Musings yang muncul sekali dalam dua minggu, serta Wong Chun Wai, Naib Editor akhbar ini, yang mengendali sudut Ahad bertajuk "On The Beat." Kolumnis lain ialah Tan Sri Lin See Yan, bekas Timbalan Gabenor Bank Negara, Martin Khor (sejak1978), bekas ketua Third World Network, Shad Saleem Faruqi profesor undang-undang , Karim Raslan dan Azmi Sharom.

mStar[sunting | sunting sumber]

Pada 31 Oktober 2005 syarikat Star Publications turut memperkenalkan mSTAR Online, akhbar dalam talian berbahasa Melayu. Laman web Bahasa Malaysia mStar Online telah dirasmikan oleh Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak secara rasmi di pejabat beliau di Putrajaya.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

  1. C.C. Liew dari kacamata Zainuddin Maidin