Firmicutes

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Firmicutes
Bacillus subtilis, (Pewarnaan Gram)
Pengelasan saintifik
Alam: Bakteria
Divisi: Firmicutes
Kelas

Bacilli
Clostridia
Mollicutes

Firmicutes (daripada bahasa Latin: firmus, keras , dan cutis, kulit, merujuk kepada dinding sel) adalah sebuah filum bakteria, di mana kebanyakkanya mempunyai struktur dinding sel yang Gram-positif.[1] Walau bagaimanapun, sesetengah ahli filum ini adalah Gram-negatif. Contohnya, Mollicutes atau mikooplasma, langsung tidak mempunyai dinding sel dan oleh itu tidak boleh diwarnakan oleh pewarnaan Gram, tetapi masih tidak mempunyai lapisan membran kedua yang terdapat didalam bakteria Gram-negatif yang sebenar. Megasphaera, Pectinatus, Selenomonas, dan Zymophilus pula, mempunyai membran luaran palsu yang telap yang juga menyebabkan ia Gram-negatif. Sebelum ini, saintis telah memasukkan semua bakteria Gram-positif kedalam filum Firmicutes, tetapi baru-baru ini, telah mendifinisikan ia sebagai sebuah kumpulan teras yang terdiri oleh bakteria GC-rendah, tidak seperti untuk Actinobacteria. Secara amnya, semua ahli filum Firmicutes mempunyai sel yang berbentuk bulat (kokkus), atau pun berbentuk seperti tongkat lurus (rod).

Banyak ahli Firmicutes menghasilkan endospora, yang tahan kepada keadaan kering dan mampu betahan didalam persekitaraan yang ekstrim. Firmicutes terdapat didalam pelbagai persekitaran dan kumpulan ini mempunyai beberapa patogen yang terkenal. Sebuah famili didalam filum ini, heliobacteria, boleh menjalani fotosintesis. Firmicutes juga terlibat didalam pembasian minuman keras seperti bir dan arak.

Kelas[sunting | sunting sumber]

Firmicutes dibahagikan kepada Clostridia, yang bersifat aerobik, Bacilli, yang bersifat obligat atau fakultatif aerobik, dan kumpulan Mollicutes.

Didalam graf pohon filogeni, kumpulan pertama dan kedua mempunyai perkaitan parafiletik atau polifiletik, seperti juga genera utamanya, Clostridium dan Bacillus.[2]

Besar kemungkinan, kumpulan-kumpulan ini akan dirombak dimasa akan datang.

Genus[sunting | sunting sumber]

Terdapat lebih daripada 274 genus di dalam filum Firmicutes dan di antaranya ialah:

Bacilli, order Bacillales

Bacilli, order Lactobacillales

Clostridia

Mollicutes

Implikasi perubatan[sunting | sunting sumber]

Filum Firmicutes adalah di dalam flora perut dan telah dibuktikan mempunyai peranan didalam penyerapan tenaga dan kegemukkan [3][4][5]

Pengesanan makmal[sunting | sunting sumber]

Buat masa ini, tiada teknik pengesanan makmal untuk mengkategorikan mana-mana bakteria secara mutlak kedalam filum Firmicutes kerana filum ini terdiri dari pelbagai sifat fenotaip dan juga kerana banyak berlaku pertukaran plasmid diantara spesis dan genera didalam filum ini. Walaubagaimanapun, kehadiran Firmicutes boleh dikesan dengan menggunakan PCR Masa Langsung seperti yang telah baru dipublikasikan.[6]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. Firmicutes di Kamus Perubatan Dorland
  2. Wolf M, Müller T, Dandekar T, Pollack JD (May 2004). "Phylogeny of Firmicutes with special reference to Mycoplasma (Mollicutes) as inferred from phosphoglycerate kinase amino acid sequence data". Int. J. Syst. Evol. Microbiol. 54 (Pt 3): 871–5. PMID 15143038. 
  3. Ley RE, Turnbaugh PJ, Klein S, Gordon JI. Microbial ecology: human gut microbes associated with obesity. Nature. 2006 Dec 21;444(7122):1022-3.
  4. Henig, Robin Marantz (2006-08-13). "Fat Factors". New York Times Magazine. Diperoleh pada 2008-09-28. 
  5. Ley RE, Bäckhed F, Turnbaugh P, Lozupone CA, Knight RD, Gordon JI (August 2005). "Obesity alters gut microbial ecology". Proc. Natl. Acad. Sci. U.S.A. 102 (31): 11070–5. doi:10.1073/pnas.0504978102. PMC 1176910. PMID 16033867. Diperoleh pada 2008-09-28. 
  6. Haakensen M, Dobson CM, Deneer H, Ziola B (July 2008). "Real-time PCR detection of bacteria belonging to the Firmicutes Phylum". Int. J. Food Microbiol. 125 (3): 236–41. doi:10.1016/j.ijfoodmicro.2008.04.002. PMID 18501458. Diperoleh pada 2008-09-28.