Fitna (filem)
Dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas.
|
Fitna |
|
|---|---|
Kad tajuk untuk Fitna |
|
| Pengarah | Geert Wilders |
| Penerbit | Geert Wilders |
| Pengarang | Geert Wilders |
| Mula tayangan | 27 Mac, 2008 |
| Tempoh tayangan | 16:48 |
| Negara | Belanda |
| Bahasa | Bahasa Belanda, Bahasa Inggeris, Bahasa Arab, Bahasa Parsi, lain-lain |
| Laman web rasmi | |
| Rujukan IMDb | |
Fitna adalah filem karya ahli politik Belanda, Geert Wilders, seorang pemimpin Party for Freedom (PPV) di Parlimen Belanda. Filem yang memaparkan pandangan Wilders mengenai Islam dan Quran ini dikutuk oleh masyarakat Islam antarabangsa termasuk Perdana Menteri Belanda sendiri, Jan Peter, kerana bersifat anti-Islam[1].
Filem selama 16.48 minit ini ditayangkan di Internet pada 27 Mac 2008.
Senarai kandungan |
[sunting] Tayangan filem
Wilders pertama kali menayangkan filemnya pada 27 Mac, 7 pm waktu Belanda, di laman video Liveleak. Semenjak itu pekerja Liveleak menerima ancaman dan mengambil keputusan untuk membuang video tersebut. Versi Belanda bagaimanapun sudah dilihat 1.6 juta kali dalam masa 2 jam sementara versi Inggeris lebih 1.2 juta dalam 5 jam.
Wilders pada mulanya mahu menayangkan filem tersebut di televisyen tetapi tiada satu pun syarikat Belanda yang mahu menayangkannya tanpa disunting. Wilders kemudiannya berkata dia lebih rela menayangkan kesemua filemnya (tanpa disunting) di Internet dari di TV dengan suntingan.
Walaupun ada pihak yang akhirnya bersetuju untuk menayangkan filem tersebut dengan beberapa syarat seperti bayaran yang lebih untuk keselamatan, Wilders menolak tawaran mereka.
[sunting] Reaksi
Beberapa negara termasuk Malaysia mengharamkan pengedaran dan penayangan Fitna kerana ia menyinggung perasaan umat Islam[2].
Majlis Fatwa Kebangsaan Malaysia, dalam satu kenyataannya, memutuskan Fitna sebagai satu sendaan terhadap Islam dan menyeru supaya memboikot barangan Belanda. Pengerusinya, Prof Datuk Dr Abdul Shukor Husin, berkata tindakan tidak menghormati sensitiviti umat Islam akan merenggangkan lagi hubungan antara Islam dan dunia barat[3]. Reaksi yang sama disuarakan oleh Mahathir Mohamad, bekas Perdana Menteri Malaysia.
Filem tersebut juga mendapat kutukan dari negara-negara lain di dunia termasuk Australia dan Kesatuan Eropah. Dalam pada masa menolak paparan Fitna mengenai Islam, Kesatuan Eropah bagaimanapun mempertahankan hak untuk bersuara dan meminta masyarakat Islam bertindak rasional[4].
Filem Fitna adalah beberapa siri insiden karya seni dari Eropah yang dilihat sebagai menghina Islam dan umat Islam. Kontroversi lain sebelum ini termasuk penyiaran karikatur yang dianggap menghina Nabi Muhammad oleh akhbar di Denmark selain dari novel The Satanic Verses oleh Salman Rushdie pada tahun 1988.
Ramai pemerhati berpendapat, kelahiran filem ini adalah sebagai manifestani sikap prejudis dan Islamofobia kepada Islam dan umat Islam yang meningkat sejak kejadian serangan 11 September 2001[5].
[sunting] Lihat juga
- Tangenfilm, sebuah filem anti-Fitna yang mengkritik hasil karya Wilders. Filem ini dihasilkan oleh Ersin Kiris dan Vincent van der Lem.
[sunting] Nota kaki
- ↑ World Outrage of Anti-Quran Film, Islam-Online.net, 28 Mac 2008
- ↑ Malaysia haramkan Fitna, Utusan Malaysia, 31 Mac 2008
- ↑ Fatwa Council rules "Fitna" an insult to Islam, Bernama, 31 Mac 2008
- ↑ Muslims urged to boycott Dutch products, CNN, 30 Mac 2008
- ↑ Tiada unsur keganasan dalam al-Quran, Utusan Malaysia, 4 April 2008

