Fitna (filem)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Fitna
Fitnathemovie.jpg
Kad tajuk untuk Fitna
Pengarah Geert Wilders
Penerbit Geert Wilders
Pengarang Geert Wilders
Mula ditayang 27 Mac, 2008
Tempoh ditayang 16:48
Negara Belanda
Bahasa Bahasa Belanda, Bahasa Inggeris, Bahasa Arab, Bahasa Parsi, lain-lain
Laman web rasmi
Rujukan IMDb

Fitna adalah filem karya ahli politik Belanda, Geert Wilders, seorang pemimpin Party for Freedom (PPV) di Parlimen Belanda bersama Arnoud van Doorn, vice-chairman dari Parti tersebut.[1] Filem yang memaparkan pandangan Wilders mengenai Islam dan Quran ini dikutuk oleh masyarakat Islam antarabangsa termasuk Perdana Menteri Belanda sendiri, Jan Peter, kerana bersifat anti-Islam[2].

Filem selama 16.48 minit ini ditayangkan di Internet pada 27 Mac 2008.


Tayangan filem[sunting | sunting sumber]

Wilders pertama kali menayangkan filemnya pada 27 Mac, 7 pm waktu Belanda, di laman video Liveleak. Semenjak itu pekerja Liveleak menerima ancaman dan mengambil keputusan untuk membuang video tersebut. Versi Belanda bagaimanapun sudah dilihat 1.6 juta kali dalam masa 2 jam sementara versi Inggeris lebih 1.2 juta dalam 5 jam.

Wilders pada mulanya mahu menayangkan filem tersebut di televisyen tetapi tiada satu pun syarikat Belanda yang mahu menayangkannya tanpa disunting. Wilders kemudiannya berkata dia lebih rela menayangkan kesemua filemnya (tanpa disunting) di Internet dari di TV dengan suntingan.

Walaupun ada pihak yang akhirnya bersetuju untuk menayangkan filem tersebut dengan beberapa syarat seperti bayaran yang lebih untuk keselamatan, Wilders menolak tawaran mereka.

Reaksi[sunting | sunting sumber]

Beberapa negara termasuk Malaysia mengharamkan pengedaran dan penayangan Fitna kerana ia amat menyentuh sensitiviti di mana ia benar- benar menyinggung perasaan umat Islam[3].

Majlis Fatwa Kebangsaan Malaysia, dalam satu kenyataannya, memutuskan Fitna sebagai satu sendaan terhadap Islam dan menyeru supaya memboikot barangan Belanda. Pengerusinya, Prof Datuk Dr Abdul Shukor Husin, berkata tindakan tidak menghormati sensitiviti umat Islam akan merenggangkan lagi hubungan antara Islam dan dunia barat[4]. Reaksi yang sama disuarakan oleh Mahathir Mohamad, bekas Perdana Menteri Malaysia.

Filem tersebut juga mendapat kutukan dari negara-negara lain di dunia termasuk Australia dan Kesatuan Eropah. Dalam pada masa menolak paparan Fitna mengenai Islam, Kesatuan Eropah bagaimanapun mempertahankan hak untuk bersuara dan meminta masyarakat Islam bertindak rasional[5].

Filem Fitna adalah beberapa siri insiden karya seni dari Eropah yang dilihat sebagai menghina Islam dan umat Islam. Ia benar- benar tidak memaparkan tentang Islam yang sebenarnya dan mungkin ia akan menyebabkan orang memandang serong terhadap agama ini. Kontroversi lain sebelum ini termasuk penyiaran karikatur yang dianggap menghina Nabi Muhammad oleh akhbar di Denmark selain dari novel The Satanic Verses oleh Salman Rushdie pada tahun 1988.

Ramai pemerhati berpendapat, kelahiran filem ini adalah sebagai manifestani sikap prejudis dan Islamofobia kepada Islam dan umat Islam yang meningkat sejak kejadian serangan 11 September 2001[6].

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

  • Tangenfilm, sebuah filem anti-Fitna yang mengkritik hasil karya Wilders. Filem ini dihasilkan oleh Ersin Kiris dan Vincent van der Lem.

Nota kaki[sunting | sunting sumber]

  1. "From Wilders to Muhammad: Former Freedom Party vice-chairman converts to Islam". The Amsterdam Herald. 1 Maret 2013. Diperolehi pada 22 April 2014. 
  2. World Outrage of Anti-Quran Film, Islam-Online.net, 28 Mac 2008
  3. Malaysia haramkan Fitna, Utusan Malaysia, 31 Mac 2008
  4. Fatwa Council rules "Fitna" an insult to Islam, Bernama, 31 Mac 2008
  5. Muslims urged to boycott Dutch products, CNN, 30 Mac 2008
  6. Tiada unsur keganasan dalam al-Quran, Utusan Malaysia, 4 April 2008

Pautan luar[sunting | sunting sumber]