Frigat kelas Brandenburg

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
F217 Bayern pada tahun 2008
F218 Mecklenburg-Vorpommern
Ringkasan kelas
Nama: Kelas-Brandenburg
Pembina:
Pengguna: Bendera tentera laut Jerman Tentera Laut Jerman
Didahului oleh: frigat kelas-Bremen
Diganti oleh: frigat kelas-Sachsen
Dibina: 1992–1995
Ditauliahkan: 1994–kini
Disiapkan: 4
Aktif:
  • Brandenburg
  • Schleswig-Holstein
  • Bayern
  • Mecklenburg-Vorpommern
Ciri-ciri umum
Jenis: Frigat
Sesaran: 3,600 tan (4,490t muatan penuh)[1]
Panjang: 138.85 meter (455.5 ka)[1]
Lunas: 16.7 meter (55 ka)[1]
Draught: 4.35 meter (14.3 ka) (6.3 meter (21 ka) over sonar)[1]
Jana kuasa:
Halaju: >29 knot (54 km/j; 33 mph)[1]
Jarak: 4,000 batu nautika (7,400 km; 4,600 bt) pada 18 knot (33 km/j; 21 mph)[1]
Anak kapal: 26 pegawai, 193 lain-lain pangkat[1]
Sistem penderia dan
pemprosesan:
  • 1 x radar pencari udara Thales LW08 band D
  • 1 x radar pengawasan permukaaan/udara Thales SMART-S band-F
  • 2 x radar kawalan tembakan Thales STIR 180
  • 2 x radar navigasi Raytheon Redpath band-I
  • 1 x sonar pemasangan badan STN Atlas DSQS-23BZ
  • 1 x sonar jujukan ditunda STN Atlas TASS 6-3 (LFTASS) (Bayern sahaja)
Peperangan elektronik
& pengumpan:
Persenjataan:
Pesawat yang dibawa: 2 x helikopter Sea Lynx yang dilengkapi dengan torpedo ASW, atau peluru berpandu udara ke permukaan Sea Skua, dan sebuah mesingan berat.

Kelas F123 Brandenburg adalah sebuah kelas kapal frigat buatan Jerman. Ia telah dipesan oleh Tentera Laut Jerman pada bulan Jun 1989, dan kemudian disiapkan dan ditauliahkan antara tahun 1994 hingga 1996 bagi mengantikan kelas-Hamburg. Tugas utama frigat ini adalah untuk melaksanakan peranan peperangan anti kapal selam, selain berperanan pertahanan peperangan anti pesawat, markas taktikal skuadron, dan operasi peperangan permukaan. Rekabentuknya termasuk gabungan ciri-ciri halimunan.

Kini, kelas F123 sedang dinaik taraf di bawah projek Fähigkeitsanpassung FüWES (FAF). Antara komponen utama yang dinaik taraf adalah Sistem Pengurusan Tempur, yang mana merupakan sebuah versi bagi sistem Thales Nederland TACTICOS. Kapal ini juga akan menaik taraf sistem IFF, kepada sebuah sistem radar sekunder EADS MSSR 2000 I. Bagaimanapun, radar utamanya, iaitu radar pencari 2D jarak jauh, Thales Nederland LW08, dan radar pengawasan 3D jarak sederhana, Thales Nederland SMART-S, akan dikekalkan. Kapal ini juga akan dipasang dengan sonar-sonar aktif frekuensi rendah di bawah program LFTASS usaha sama Perancis-Jerman tetapi pihak Perancis telah menarik diri pada tahun 2000[2] dan kini menggunakan sebuah terbitan daripada Sonar 2087 buatan Britain; Bayern menerima prototaip saonar TASS 6-3 tetapi kemungkinan besar unit ini tidak akan dipesan berdasarkan keadaaan belanjawan semasa.

Kapal-kapal dalam kelas[sunting | sunting sumber]

Kesemua kapal dalam kelas ini dinamakan bersempena dengan nama Bundesländer (negeri) di Jerman dan berpangkalan di Wilhelmshaven membentuk 2. Fregattengeschwader (Skuadron Frigat ke-2) dalam Tentera Laut Jerman.

Pennant Name Call
Sign
Dibaringkan Limbungan Dilancarkan Ditauliahkan
F215 Brandenburg DRAH 11 Februari 1992 Blohm + Voss 28 Ogos 1992 14 Oktober 1994
F216 Schleswig-Holstein DRAI 1 Julai 1993 Howaldtswerke 8 Jun 1994 24 November 1995
F217 Bayern DRAJ 16 Disember 1993 Nordseewerke 30 Jun 1994 15 Jun 1996
F218 Mecklenburg-Vorpommern DRAK 23 November 1993 Bremer Vulkan 23 Februari 1995 6 Disember 1996

Kemalangan Terusan Kiel[sunting | sunting sumber]

Pada pagi Rabu 9 Disember 2015, Mecklenburg-Vorpommern sedang melintasi Terusan Kiel apabila ia kemudian terlibat dalam satu perlanggaran dengan sebuah kapal kontena Nordic Bremen yang menyebabkan kerosakan pada kedua-dua kapal.[3] Mecklenburg-Vorpommern mengalamai satu lekukan sepanjang 4 meter (13 ka) haluan di aras dek utama, sementara Nordic Bremen hanya mengalami sedikit kerosakan, hanya terpaksa memindahkan dua buah kontena yang rosak sebelum menyambung pelayarannya.[4] Sebab akan terjadinya kemalangan ini kini masih disiasat [bila?], meskipun beberapa laporan mencadangkan bahawa ia diakibatkan oleh keadaan angin.[5]

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b c d e f g Wertheim, Eric (2007). The Naval Institute Guide to Combat Fleets of the World: Their Ships, Aircraft, and Systems. Naval Institute Press. m/s. 246. ISBN 9781591149552.
  2. ^ "German LFTAS programme moves ahead". Jane's Navy International. 13 December 2001.
  3. ^ "VIDEO: German Warship Mecklenburg-Vorpommern Collided With Container ship Nordic Bremen in Kiel Canal - Vesselfinder". www.vesselfinder.com.
  4. ^ ""Minor damage" after clash". 10 December 2015.
  5. ^ "Boxship and frigate collide". 9 December 2015.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]