Fu Lu Shou

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Fu Lu Shou

Fulushouqi.JPG

Patung tembikar dewa-dewa Fu, Lu, dan Shou (kanan ke kiri)
Nama Cina
Cina Tradisional:

祿

Cina Ringkas:

寿

Nama Jepun
Kanji:

福禄寿

Nama Vietnam
Bahasa Vietnam:

Phúc Lộc Thọ

Fu Lu Shou memaksudkan konsep Tuah (Fu), Kemakmuran (Lu), dan Kepanjangan Umur (Shou). Konsep Tao ini dipercayai berasal dari zaman Dinasti Ming[1], apabila tiga bintang iaitu Fu, Lu dan Shou dipersonifikasikan sebagai dewa-dewa yang masing-masing melambangkan tiga sifat tersebut. Istilah ini sering dsebut dalam kebudayaan Cina untuk melambangkan tiga ciri kehidupan yang sejahtera.

Tiga Bintang[sunting | sunting sumber]

Fu[sunting | sunting sumber]

Bintang Fu () ialah planet Musytari. Dalam astrologi tradisional, planet Musytari dipercayai amat bertuah. Selain itu, menurut legenda Tao, bintang Fu Star berkaitan dengan Yang Cheng 阳城, seorang pentadbir Daozhou 道州. Yang Cheng menggadai nyawanya dengan menulis satu peringatan kepada maharaja untuk menyelamatkan rakyat daripada penderitaan. Selepas kematian beliau, rakyat membina sebuah tokong untuk memperingati jasanya. Lama-kelamaan, beliau dianggap sebagai personifikasi tuah.

Dewa Fu biasanya digambarkan memakai jubah ilmuwan dan memegang segulung kertas yang bertulis aksara "Fu". Dia juga dilihat mendakap seorang kanak-kanak atau dikelilingi oleh kanak-kanak.

Lu[sunting | sunting sumber]

Bintang Lu () ialah buruj Ursa Major-ζ, ataupun dalam astrologi Cina tradisional, bintang keenam dalam gugusan Wenchang. Ia juga dipersonifikasikan seperti bintang Fu. Bintang Lu star dipercayai sebagai Zhang Xian yang hidup sewaktu dinasti Shu Akhir. Istilah lu sebenarnya memaksudkan gaji menteri kerajaan. Oleh itu, bintang Lu merupakan bintang kemakmuran, pangkat dan pengaruh.

Bintang Lu juga dipuja secara berasingan dengan dua bintang yang lain sebagai dewa yang menentukan kejayaan mereka yang mengambil Peperiksaan Diraja, dan oleh yang demikian kejayaan dalam memegang jawatan kerajaan. Bintang Lu selalunya digambarkan memakai jubah menteri.

Shou[sunting | sunting sumber]

Bintang Shou () ialah buruj Argo Navis-α (Canopus), ataupun bintang Kutub Selatan dalam astronomi Cina. Ia dipercayai menentukan jangka hayat manusia. Menurut legenda, dewa Shou berdiam dalam rahim ibundanya selama 10 tahun, kemudian lahir dalam bentuk orang tua. Dia dikenali dengan dahinya yang berjendul tinggi dan buah pic yang dibawanya sebagai lambang keabadian. Dewa Panjang Umur ini biasanya diperlihatkan dengan senyuman yang mesra, dan adakalanya dia juga membawa sebiji labu yang berisi air marga jiwa.


Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. (Cina) 福禄寿星
  • Seow, Jeffrey: Fu Lu Shou: Gods of Blessings, Prosperity and Longevity, Singapore, 1999.