Fungsi cincangan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Fungsi cincangan yang memetakan nama kepada integer dari 0 hingga 15. Ada pertentangan antara kunci "John Smith" dan "Sandra Dee".

Fungsi cincangan atau fungsi hash ialah mana-mana algoritma atau subrutin yang memetakan set data besar dengan panjang berbeza-beza kepada set data yang lebih kecil dengan panjang yang tetap. Contohnya, nama orang yang panjangnya berbeza-beza, boleh dicincang kepada satu integer tunggal. Nilai-nilai yang dipulangkan oleh fungsi cincangan disebut nilai cincangan, kod cincangan, hasil tambah cincangan, hasil tambah semak atau hanya hash.