Gabungan Barat

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Gabungan atau Konfederasi Barat, juga dikenali sebagai Gabungan Indian Barat, ialah sebuah konfederasi orang Natif Amerika Utara di wilayah Tasik-Tasik Besar di Amerika Utara berikutan Perang Revolusi Amerika. Gabungan ini, yang berakar dengan pergerakan suku-suku natif mulai tahun 1740-an, muncul berikutan percubaan pihak Orang Natif (Indian Amerika) untuk menentang pengembangan Amerika Syarikat ke wilayah Northwest Territory (Wilayah Barat Laut) selepas Great Britain menyerahkan wilayah tersebut kepada Amerika Syarikat dalam triti Keamanan Paris (1783). Penentangan ini berkesudahan dengan Perang Indian Barat Laut (1785–1795), yang dimenangi AS pada Pertempuran Fallen Timbers.


Jika anda melihat rencana yang menggunakan templat {{tunas}} ini, gantikanlah ia dengan templat tunas yang lebih spesifik.