Gabungan Nordik di Sukan Olimpik Musim Sejuk 2022

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Gabungan Nordik
di Sukan Olimpik Musim Sejuk XXIV
TempatPusat Lompat Ski Nasional dan Pusat Ski Rentas Desa Nasional
Tarikh9-17 Februari
Bil. acara3 (3 lelaki)
← 2018
2026 →

Gabungan Nordik di Sukan Olimpik Musim Sejuk 2022 akan diadakan di Pusat Lompat Ski Nasional dan Pusat Ski Rentas Desa Nasional dari 9 hingga 17 Februari 2022.[1]

Pengenalan[sunting | sunting sumber]

Gabungan Nordik merupakan sukan musim sejuk yang menggabungkan ski merentas desa dan lompat ski. Pertandingan bermula dengan satu pertandingan lompat ski dari bukit biasa atau besar. Kemudian pada hari yang sama, perlumbaan merentas desa sejauh 10 km (6.21 mi) akan berlangsung. Pemenang lompat ski akan bermula pada 00:00:00 dan masa atlet lain pula akan ditambah mengikut skor lompatan mereka. Atlet pertama yang sampai ke garisan penamat akan digelar pemenang.

Acara biatlon pertama kali dipertandingkan di Sukan Olimpik pada tahun 1960. Kategori perempuan pula pertama kali diwujudkan pada edisi 1992. Acara berpasukan merupakan acara yang baru diwujudkan pada Sochi 2014.

Norway merupakan negara yang paling berjaya dalam sukan ini dengan 31 pingat (termasuk 13 emas), diikuti dengan Finland (14 pingat, 4 emas) dan Jerman (14 pingat, 5 emas). Sehingga kini, Felix Gottwald (Austria) merupakan atlet yang paling berjaya dalam sukan ini, dengan memenangi 7 pingat (3 emas), namun rekod beliau bakat dicabar oleh Eric Frenzel dari Jerman (dengan 6 pingat) sekiranya beliau berjaya merangkul emas dalam Beijing 2022.[2]

Takwim[sunting | sunting sumber]

Masa mengikut (UTC+8).

Tarikh Masa Acara
9 Februari 16:00 Individu lelaki (bukit biasa/10 km) - lompat ski
19:00 Individu lelaki (bukit biasa/10 km) - ski rentas desa
15 Februari 16:00 Individu lelaki (bukit biasa/10 km) - lompat ski
19:00 Individu lelaki (bukit besar/10 km) - ski rentas desa
17 Februari 16:00 Pasukan lelaki (bukit besar/4 x 5 km berganti-ganti) - lompat ski
19:00 Pasukan lelaki (bukit besar/4 x 5 km berganti-ganti) - ski rentas desa

Keputusan[sunting | sunting sumber]

Jadual pingat[sunting | sunting sumber]

KedudukanNegaraEmasPerakGangsaJumlah
1 Norway (NOR)2204
2 Jerman (GER)1102
3 Jepun (JPN)0022
4 Austria (AUT)0011
Jumlah (4 negara)3339

Pemenang[sunting | sunting sumber]

Acara Emas Perak Gangsa
Individu lelaki (bukit biasa/10 km) Vinzenz Geiger
 Jerman
25:07.7 Jørgen Graabak
 Norway
25:08.5 Lukas Greiderer
 Austria
25:14.3
Individu lelaki (bukit besar/10 km) Vinzenz Geiger
 Jerman
25:07.7 Jørgen Graabak
 Norway
25:08.5 Lukas Greiderer
 Austria
25:14.3
Pasukan lelaki (bukit besar/4 x 5 km berganti-ganti )  Norway
Espen Bjørnstad
Espen Andersen
Jens Lurås Oftebro
Jørgen Graabak
50:45.1  Jerman
Manuel Faißt
Julian Schmid
Eric Frenzel
Vinzenz Geiger
51:40.0  Jepun
Yoshito Watabe
Hideaki Nagai
Akito Watabe
Ryota Yamamoto
51:40.3

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Nordic Combined". beijing2022.cn. Jawatankuasa Pengelola Sukan Olimpik dan Paralimpik Musim Sejuk 2022 Beijing. Dicapai pada 23 September 2021.
  2. ^ Imbo, Will (8 Mac 2021). "Olympic nordic combined at Beijing 2022: Top five things to know". olympics.com. Dicapai pada 24 September 2021.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]