Norway

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Kerajaan Norway
كراجان النرويج
Kongeriket Norge (Bokmål)
Kongeriket Noreg (Nynorsk)
Moto: Royal: Alt for Norge
("Everything for Norway")
1814 Eidsvoll oath: Enig og tro til Dovre faller
("United and loyal until the mountains of Dovre crumble")
Lagu: Ja, vi elsker dette landet
("Yes, we love this country")

Lagu kebangsaanKongesangen
("The King's Song")
Lokasi  Norway  (dark green)in Europe  (dark grey)  —  [Legend]
Lokasi  Norway  (dark green)

in Europe  (dark grey)  —  [Legend]

Ibu negara
dan bandar terbesar
Oslo
Bahasa rasmi Norway (Bokmål and Nynorsk)
Bahasa wilayah yang diiktiraf Sami Utara, Lule Sami, Kven and Southern Sami
Demonim Norwegian
Kerajaan Raja berperlembagaan, negeri dan demokrasi berparlimen
 -  Raja King Harald V
 -  Perdana Menteri Erna Solberg (H)
 -  Presiden Parlimen Olemic Thommessen (H)
 -  Ketua Hakim Negara Tore Schei
 -  Current coalition Red-Green Coalition
Perundangan Storting
Ditubuhkan
 -  Unification 872 
 -  Constitution 17 May 1814 
 -  Dissolution of union with Sweden 7 June 1905 
 -  Restoration from German occupation 8 May 1945 
Kawasan
 -  Jumlah 385,252 km2 (61st1)
148,746 sq mi 
 -  Perairan (%) 7.03
Populasi
 -  2011 (anggaran) 5,227,000 (116th)
 -  2001 (anggaran) 4,503,436
 -  Kepadatan 12.5/km2 (213th)
31/sq mi
KDNK (PPP) 2010 anggaran
 -  Jumlah $255.285 billion[1]
 -  Per kapita $52,012[1]
KDNK (nominal) 2010 anggaran
 -  Jumlah $414.462 billion[1]
 -  Per kapita $84,443[1]
Gini (2000) 25.8 (low / 5th)
HDI (2010) 0.938[2] (very high / 1st)
Mata wang Norwegian krone (NOK)
Zon waktu CET (UTC+1)
 -  Musim panas (DST) CEST (UTC+2)
Format tarikh dd.mm.yyyy
Memandu pada right
Kod panggilan 47
Internet TLD .no2
1. Includes Svalbard and Jan Mayen. (Without these two areas, the area of Norway is 323,802 km2, placing it 67th in the world.[3])
2. Two more TLDs have been assigned, but to date not used: .sj for Svalbard and Jan Mayen; .bv for Bouvet Island.
3. This percentage is for the mainland and also includes glaciers[4]

Norway adalah nama rasmi Kerajaan Beraja Norway .Nordic ialah Raja berperlembagaan yang menduduki bahagian barat Semenanjung Scandinavia , Jan Mayen , Artik, kepulauan Svalbard dan Pulau Bouvet (tidak tertakluk kepada Perjanjian Antartika).Norway seluas 385.252 kilometer persegi .Penduduk seramai 4.9 juta sahaja. Bersempadan dengan Sweden di Timur ; utara ialah Finland, Rusia di sebelah timur; di Norway selatan bersempadan dengan Selat Skagerrak , iaitu seberang Denmark. Ibu kota Norway ialah Oslo Pantainya menghadap Lautan Atlantik Utara dan Laut Barents dan banyak fiod.

Selama dua abad dikuasai Viking Kristian iaitu Raja Olav Tryggvason pada 994. Perang saudara berakhir pada abad ke-13 apabila Norway keluar dari gabungan Kepulauan British , Iceland dan Greenland. Pada 1380, Norway diserap ke dalam kesatuan Denmark selama empat abad. Pada 1814, Norway menentang diserahkan kepada Sweden dan membentuk Perlembagaan baru.Lalu Sweden menyerang Norway dan membenarkan Norway dengan janji menerima raja Sweden . Referendum 1905 membawa kepada kemerdekaan Norway .

Norway kekal berkecuali dalam Perang Dunia I dan Perang Dunia II kemudian menjadi ahli pengasas NATO . Penemuan minyak dan gas pada 1960-an meningkatkan kekayaan ekonomi Norway. Referandum 1972 dan 1994, Norway menolak menyertai Kesatuan Eropah (EU). Antara isu yang dibangkitkan ialah tentang imigresen dan integrasi etnik minoriti , jaminan warga tua dan mengekalkan daya saing ekonomi .

Dasar Norway adalah kesatuan demokrasi berparlimen dan raja berperlembagaan dengan Raja Harald V menjadi sebagai ketua negeri .Jens Stoltenberg dilantik menjadi Perdana Menteri Norway setelah memenangi pilihan raya.

Negara Norway terbahagi kepada daerah ( fylker) dan majlis perbandaran ( kommuner) .Walaupun menolak menjadi ahli Kesatuan Eropah menerusi dua referrandum tetapi Norway mengekalkan hubungan rapat dengan EU dan dan Amerika Syarikat . Norway meneruskan sumbangan kewangan kepada Pertubuhan Bangsa - Bangsa Bersatu (PBB) dan menghantar tentera kepada negara bergolak seperti Afghanistan , Kosovo , Sudan dan Libya . Norway adalah antara pengasas Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu ( PBB ) , NATO , Majlis Eropah , dan Majlis Nordic , Kawasan Ekonomi Eropah , WTO, OECD dan Kawasan Schengen.

Rezab Norway banyak dalam bentuk petroleum , gas asli , mineral , [[kayu] , makanan laut , air tawar , dan kuasa hidro . Norway adalah pengeluar terbesar minyak dan gas asli di luar Timur Tengah. Negara ini mengekalkan model negara kebajikan Nordic dengan penjagaan kesihatan sejagat , subsidi pendidikan tinggi , dan sistem keselamatan sosial yang komprehensif . Pada 2001 hingga 2007 , dan pada tahun 2009 dan 2010, Norway diletakkan pada ranking indeks pembangunan manusia tertinggi di dunia .

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Penduduk pertama ialah budaya Ahrensburg (11 hingga 10 milinia BC) . Kampung Ahrensburg, 25 km (15,53 km) di timur laut Hamburg, negara Jerman ditemui anak panah kayu dan penggali. Alat batu ditemui di Finnmark (budaya Komsa) di utara dan Rogaland (budaya Fosna) di barat daya .

Di bahagian selatan , ditemui alatan memburu dan memancing. Mereka memburu rusa ,beruang , burung , anjing laut , ikan paus , salmon dan halibut. Ukiran di Alta di Finnmark menandakan perkembangan kemajuan di Norway.

Zaman Gangsa[sunting | sunting sumber]

Antara 3000 dan 2500 BC, peneroka baru tiba di timur Norway . Mereka adalah petani Indo-Eropah yang memelihara lembu] dan biri - biri selain menjadi nelayan pantai.

Zaman Besi Pra-Rom[sunting | sunting sumber]

Zaman Besi (500 BC). ditemui alatan manusia mati dibakar, dan kubur mengandungi barang-barang perkuburan. 70 cauldrons gangsa Rom ditemui pada tempayan perkuburan. Inskripsi Norway bertarikh abad ke-3 telah ditemui .

Zaman Migrasi[sunting | sunting sumber]

Pemusnahan Empayar Rom Barat oleh suku-suku Jerman ditandai oleh penemuan kubur para pemimpin yang dilengkapisenjata yang mengagumkan dan objek emas .

Zaman Viking[sunting | sunting sumber]

Zaman pelaut Viking pada 872 Masihi selepas Pertempuran Hafrsfjord di Stavanger . Raja Harald Fairhair memerintah kawasan pantai . Kemudian menguasai Iceland , Kepulauan Faroe , Greenland , dan sebahagian Britain dan Ireland . Bandar moden kini seperti Dublin , Limerick , Waterford telah diasaskan oleh peneroka Norway (dan Denmark). Tradisi Norse perlahan-lahan digantikan dengan agama Kristian pada abad ke-10 dan 11 . Mubaligh raja-raja Olav Tryggvasson dan St . Olav giat di sini . Antara 963-969 AD, Raja Olav Tryggvasson menyerang England dengan 390 buah kapal. Beliau turut menyerang London dan kembali ke Norway pada tahun 995, Olav mendarat di Moster . Lalu beliau membina gereja Kristian pertama di Norway. Dari Moster, Olav belayar ke utara Trondheim dan diiktiraf 995 AD.

Sistem Feudalisme diamalkan di Norway dan Sweden . Liga Hanseatic memaksa kerajaan beraja menyerahkan konsesi perdagangan luar dan ekonomi kerana raja banyak berhutang.

Kalmar Union[sunting | sunting sumber]

Apabila berlaku kematian Haakon V, Raja Norway pada 1319, tiga tahun Magnus Erikson mewarisi takhta sebagai Raja Magnus VII Norway.Pada masa ini kedua-dua raja-raja di Sweden dan Denmark dipilih oleh golongan bangsawan. Maka Sweden dan Norway bersatu di bawah King Magnus VII.

Pada tahun 1349 , wabak penyakit membunuh 50% penduduk Norway.Banyak ladang-ladang terbiar.

King Magnus VII memerintah Norway sehingga 1350, apabila anaknya, Haakon menjadi raja sebagai Haakon VI . Pada 1363, Haakon VI berkahwin dengan Margaret, anak perempuan Raja Denmark ,Valdemar. Apabila Haakon VI mati pada 1379, anaknya, Olaf IV hanya berumur 10 tahun . Olaf dipilih menaiki takhta Denmark pada 3 Mei 1376 . Ibu Olaf dan balu Haakon, Queen Margaret, menguruskan hal ehwal luar negeri Denmark dan Norway .

Margaret berusaha menyatukan kesatuan Sweden dengan Denmark dan Norway dengan Olaf sebagai Sweden.Tetapi Olaf IV tiba-tiba mati.Pada 2 Februari, 1388, Margaret dinobat sebagai raja. Dalam mensyuarat Scandinavia di Kalmar, Erik Pomerania dinobatkan raja Semenanjung Scandinavia. Maka Norway , Denmark , dan Sweden dapat dikawal oleh Ratu Margrethe

Denmark-Norway[sunting | sunting sumber]

Selepas Sweden keluar dari Kesatuan Kalmar pada 1521, Norway kekal bersama dengan Denmark sehingga 1814, selama 436 tahun. Tempoh itu disebut sebagai "Malam 400 Tahun" kerana pusat pentadbiran dan intelek terletak di Copenhagen di Denmark . Apabila Protestantisme diperkenalkan pada 1536, archbishopric di Trondheim dibubarkan dan Norway menjadi sebahagian Denmark, dan pendapatan gereja dimasukkan ke Copenhagen. Selain itu, Norway kehilangan provinsi Båhuslen , Jemtland, dan Herjedalen Sweden, akibat peperangan antara Denmark-Norway dan Sweden.

Kebuluran pada 1695-1696 membunuh kira-kira 10% daripada penduduk Norway.

Kesatuan antara Sweden dan Norway[sunting | sunting sumber]

Selepas Denmark-Norway diserang oleh United Kingdom semasa Pertempuran Copenhagen Norway bersekutu dengan Napoleon . Menerusi Perjanjian Kiel , Denmark menyerahkan Norway kepada Raja Sweden. Iceland, Greenland dan Kepulauan Faroe kekal dikuasai oleh Denmark.

Norway mengambil kesempatan ini untuk mengisytiharkan kemerdekaan dan menerima pakai perlembagaan yang berdasarkan model Amerika dan Perancis, dan melantik putera mahkota Denmark- Norway Kristian Frederik sebagai raja pada 17 Mei 1814 . Hari itu disambut sebagai Syttende Mai dan dikenali sebagai Hari Perlembagaan Norway.

Perang Norway-Sweden berlaku . Sweden cuba menundukkan Norway . Tentera laut British dan Rusia mengepung pantai Norway dan dipaksa menandatangani Konvensyen Moss . Syaratnya Kristian Frederik melepaskan takhta Norway dan Parlimen Norway berkuasa meminda perlembagaan baru. Pada 4 November 1814, Parlimen memilih Charles XIII Sweden sebagai raja Norway dan dengan itu menubuhkan kesatuan dengan Sweden. Di bawah perjanjian ini, Norway mengamalkan perlembagaan liberal dan institusi bebas , berkecuali dan pengasingan perkhidmatan. Berikutan kemelesetan ekonomi ekoran Perang Napoleon, pembangunan ekonomi Norway kekal perlahan sehingga 1830.

Tempoh ini juga menyaksikan kebangkitan nasionalisme Norway. Antaranya dicirikan oleh Henrik Wergeland [1808-1845], Bjørnstjerne Bjørnson [1832-1910], Peter babtis Asbjørnsen [1812-1845], Jorgen Moe [1813-1882]), lukisan ( Hans Gude [ 1825-1903], Adolph Tidemand [1814-1876]), muzik ( Edvard Grieg [1843-1907]), dan juga dasar bahasa.

Raja Karl XIV dianggap sebagai raja yang liberal. Tetapi beliau kejam kerana menggunakan polis rahsia dan sekatan ke atas kebebasan akhbar dan menentang gerakan kemerdekaan Norway. Pada tahun 1854 wanita telah diberikan hak untuk mewarisi harta. Wanita boleh bekerja terutama sebagai guru sekolah.Namun Norway masih jauh dari demokrasi. Kuasa undi masih terhad kepada pegawai dan pemilik harta .

Kehidupan khususnya ekonomi dikuasai oleh golongan bangsawan lelaki profesional yang memenuhi sebahagian besar jawatan penting dalam kerajaan pusat. Pergerakan Thrane adalah satu-satunya "pemberontakan" yang berlaku di Norway pada tahun 1848.

Marcus Thrane adalah utopia sosialis . Beliau mendesak perubahan struktur sosial "dari bawah ke atas."Pada 1848, beliau menganjurkan masyarakat buruh di Drammen dan mempunyai keahlian seramai 500 dan menerbitkan akhbar sendiri. Ahli bertambah menjadi 20,000 orang.

Akhirnya, pemberontakan dapat diatasi. Thrane telah ditangkap dan dihukum penjara selama 3 tahun atas tuduhan jenayah terhadap keselamatan negara. Apabila beliau dibebaskan dari penjara Marcus Thrane berhijrah ke Amerika Syarikat.

Pada tahun 1898, semua rakyat diberi hak mengundi, diikuti oleh semua wanita pada tahun 1913.

Kemerdekaan Norway[sunting | sunting sumber]

Kristian Michelsen , hartawan perkapalan dan negarawan, Perdana Menteri Norway dari tahun 1905 hingga 1907, memainkan peranan utama memisahkan Norway dari Sweden pada 7 Jun tahun 1905. Selepas referendum, pemerintahan beraja ke atas sebuah republik, Parlimen sebulat suara melantik raja dan raja pertama Norway yang bebas sepenuhnya selepas 586 tahun. Beliau mengambil nama Haakon VII .

Perang Dunia I dan II[sunting | sunting sumber]

Semasa Perang Dunia I , Norway bersikap berkecuali, tidak memihak.Tetapi realitinya Norway ditekan oleh United Kingdom untuk menyerahkan angkatan kapal untuk menyertai sekatan perdagangan terhadap Jerman. Kapal marin Norway dengan kelasi Norway dikehendaki belayar di bawah bendera British dan risiko ditenggelam oleh kapal selam Jerman. Oleh itu, banyak kelasi Norway dan kapal telah hilang.

Norway juga berkecuali semasa Perang Dunia II , tetapi Norway telah diceroboh oleh tentera Jerman pada 9 April 1940. Selama dua bulan. tentera Norway menentang Jerman dalam Peperangan Narvik . Pada 10 Jun selepas tewas bantuan British berikut Kejatuhan Perancis .

King Haakon dan kerajaan Norway melarikan diri ke Rotherhithe , London, England dan menentang Nazi menerusi siaran radio. Sehingga 15,000 rakyat Norway menawarkan diri untuk berjuang menentang Jerman.

Setiap Disember,penduduk Norway memberikan pokok Krismas ke United Kingdom sebagai tanda terima kasih kerana bantuan British semasa Perang Dunia II.Mereka mendirikan pokok di Trafalgar Square, London.

Selepas perang[sunting | sunting sumber]

Dari 1945 hingga 1962, Parti Buruh Norway mendapat majoriti mutlak di Parlimen . Kerajaan dipimpin oleh Perdana Menteri Einar Gerhardsen memperkenalkan dasar ekonomi Keynes, menekankan pembiayaan perindustrian , kerjasama antara kesatuan sekerja dan pertubuhan majikan. Kawalan harga dan catuan perumahan dan kereta diteruskan sehingga 1960.

Perikatan zaman perang dengan United Kingdom dan Amerika Syarikat diteruskan. nWalaupun mengejar matlamat ekonomi sosialis, Parti Buruh menjauhkan diri dari komunis (terutamanya selepas penyitaan kuasa Soviet kuasa di Czechoslovakia pada tahun 1948).Hubungan pertahana antara Norway dengan AS diperluaskan .Norway menerima bantuan Rancangan Marshall dari Amerika Syarikat bermula pada tahun 1947, menyertai OEEC dan menjadi anggota pengasas Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) pada tahun 1949.

Pada tahun 1969, syarikat Phillips Petroleum menemui petroleum di Ekofisk, barat Norway. Pada tahun 1973, kerajaan Norway mengasaskan syarikat minyak, Statoil

Norway adalah ahli pengasas Kawasan Perdagangan Bebas Eropah (EFTA). Dua referendum untuk menyertai Kesatuan Eropah gagal dengan margin kecil pada tahun 1972 dan 1994 . Pada tahun 1981, kerajaan Konservatif yang diketuai oleh Kare Willoch menggantikan Parti Buruh dengan dasar merangsang ekonomi stagflated dengan potongan cukai, liberalisasi ekonomi, pembatalan kawal selia pasaran, dan langkah-langkah untuk membendung inflasi .

Perdana menteri wanita pertama Norway , Gro Harlem Brundtland dari parti Buruh meneruskan pembaharuan seperti keselamatan sosial, cukai yang tinggi, perindustrian alam, dan feminisme . Menjelang akhir 1990-an, Norway mampu membayar hutang asing dan telah mula mengumpul dana .

Pada tahun 2011, pusat pentadbiran Norway di Oslo telah diserang.Kem musim panas Parti Buruh di Pulau Utøya pulau turut diserang , membunuh 76 orang.

Geografi dan Geologi Norway[sunting | sunting sumber]

Norway terdiri daripada bahagian barat Scandinavia di Eropah Utara . Pantai dipecahkan oleh beribu- ribu fiod besar dan pulau-pulau. Terbentang 25.000 kilometer (16.000 km) dan 83.000 kilometer (52.000 km) termasuk fiod dan pulau-pulau . Norway bersempadan dengan Sweden , 727 kilometer dengan Finland dan 196 kilometer dengan Rusia di timur. Ke utara, barat dan selatan, Norway bersempadan dengan Laut Barents , Laut Norway , Laut Utara dan Skagerrak .

Biodiversiti[sunting | sunting sumber]

Terdapat 16.000 spesies serangga, 20,000 spesies alga , 1,800 spesis liken , 1050 spesies lumut , 2800 spesis tumbuhan vaskular , 7,000 spesies kulat , 450 spesis burung (250 spesis yang bersarang di Norway), 90 spesies mamalia, 45 spesies ikan air tawar, 150 spesies ikan air garam , 1,000 spesies invertebrata air tawar dan 3,500 spesies invertebrata air garam.

Haiwan pemangsa terbesar di perairan Norway ialah paus dan beruang kutub.

Alam sekitar[sunting | sunting sumber]

Pemandangan dan landskap Norway sangat menakjubkan dan dramatik.National Geographic menyenaraikan fiord di Norway sebagai tarikan pelancongan teratas di dunia. Indeks Prestasi Alam Sekitar 2004 meletakkan Norway di tempat kedua, selepas Switzerland.

Norway adalah bergunung-ganang, tetapi terdapat juga beberapa kawasan rata seperti Jæren , Toten dan Ørlandet.

Politik Norway[sunting | sunting sumber]

Menurut Perlembagaan Norway , yang diterima pada 16 Mei 1814 dan diilhamkan oleh Deklarasi Kemerdekaan Amerika Syarikat dan Revolusi Perancis 1776 dan 1789,Norway mengamalkan sistem raja berperlembagaan dan sistem parlimen. Raja Norway adalah ketua negara dan Perdana Menteri adalah ketua kerajaan . Kuasa dipisahkan antara cabang perundangan , eksekutif dan kehakiman kerajaan, seperti yang ditakrifkan oleh Perlembagaan. Perlembagaan Norway berfungsi sebagai dokumen undang-undang tertinggi di negara ini.

Tugas-tugas raja hanya sebagai wakil dan majlis istiadat seperti pelantikan dan pemecatan rasmi Perdana Menteri dan menteri-menteri lain dalam kerajaan eksekutif. Oleh itu, raja adalah panglima bersenjata Norway , pihak berkuasa tertinggi dalam Gereja Norway , dan berkhidmat sebagai ketua pegawai diplomatik di luar negara dan simbol perpaduan.

Praktiknya, Perdana Menteri yang bertanggungjawab bagi menjalankan kuasa eksekutif. Sejak 1991, Harald V House menjadi raja Norway, yang pertama sejak abad ke-14.

Terdapat 169 ahli Parlimen menerusi demokrasi perwakilan . Parlimen dipanggil Stortinget atau Perhimpunan Besar.

Jens Stoltenberg, Perdana Menteri semasa[sunting | sunting sumber]

Perdana Menteri , ketua kerajaan Norway mestilah mendapat kepercayaan majoriti di Parlimen, biasanya dari parti politik yang terbesar.Walau bagaimanapun, Norway sering diperintah oleh kerajaan minoriti .

Perdana Menteri mencalonkan barisan Kabinet. Bagaimanapun, lebih separuh daripada ahli Jemaah Menteri dari Gereja Norway. Pada masa ini, 10 daripada 19 kementerian dikuasai oleh gereja. Ini telah mencetuskan kontroversi berterusan berhubung pemisahan gereja dengan pentadbiran negara.

Istana Raja Norway di Oslo[sunting | sunting sumber]

Setelah rang undang-undang digubal parlimen, semua bil-bil kerajaan perlu kelulusan rasmi Raja norway.

Dari segi sejarah, kedua-dua Parti Buruh Norway dan Parti Konservatif Norway telah memainkan peranan penting dalam politik terutama sejak pilihan raya 2005.

Pada pilihan raya umum 2009, kerjasama yang lemah di antara parti-parti pembangkang , termasuk Parti Liberal dan Parti Demokratik Kristian. Oleh itu, Jens Stoltenberg , pemimpin Parti Buruh, kekal Perdana Menteri Norway

Pembahagian pentadbiran[sunting | sunting sumber]

Norway, sebuah negeri kesatuan , dibahagikan kepada 19 peringkat pentadbiran daerah (fylker). Daerah-daerah ditadbir melalui majlis-majlis daerah yang dipilih secara langsung yang memilih Gabenor County. Kerajaan terus diwakili di peringkat tempatan menerusi pejabat Gabenor County '. Daerah-daerah kemudian dibahagikan kepada 430 majlis perbandaran peringkat kedua (kommuner), yang ditadbir secara langsung oleh majlis perbandaran, yang diketuai oleh Datuk Bandar . Ibu kota Oslo dianggap sebagai daerah dan majlis perbandaran.

Norway juga mempunyai dua wilayah yang penting di luar negara iaitu Jan Mayen dan Svalbard . Di Antartika dan Subantarctic : Pulau Bouvet , Pulau Peter I dan Queen Maud Land .

Di samping itu, terdapat 96 penempatan dengan status bandar di Norway. Dalam kebanyakan kes, sempadan bandar adalah sama dengan sempadan majlis perbandaran .

Lihat juga[sunting | sunting sumber]


Rujukan[sunting | sunting sumber]

Koordinat: 59°56° N 10°41° ERalat ungkapan: Aksara tanda baca "�" tidak dikenali