Gasing pacitan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Gasing Pacitan merupakan sejenis gasing yang berunsur Jawa. Di Johor, gasing ini hanya boleh diperoleh di kalangan pemain Jawa dari Pacitan. Di negeri Selangor pula, gasing ini banyak terdapat di kawasan Lembah Kelang, tetapi di sini ia dikenali sebagai gasing bunut.

Gasing pacitan agak tinggi berbentuk berembang dengan berat 0.8 kg. Gasing pacitan mempunyai lilitan sekitar 40 cm dengan ketinggian 10 cm.

Gasing jenis ini selalu dimainkan oleh tekong kerana bentuknya agak tinggi, mudah mencelah dan melindungi gasing lain. Oleh sebab gasing ini mempunyai binaan yang kukuh dan agak melengkung, ia mampu menahan pangkahan. Di Pahang, gasing jenis ini banyak didapati di Kuala Lipis, terutama di mukim – mukim pedalaman di sepanjang Sungai Jelai.