Gemersik Kalbu (novel)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Gemersik Kalbu
Umum
PengarangAnis Ayuni
NegaraMalaysia
BahasaMelayu
GenreRomantik
Penerbitan
PenerbitAlaf 21
Tarikh penerbitan
2005
Jenis media
Cetakan (kulit keras)
Halaman688
Kawalan kewibawaan
ISBNISBN 9831241878

Gemersik Kalbu ialah novel 2005 oleh penulis novel Malaysia, Anis Ayuni, diterbitkan oleh Alaf 21. Ia telah diadaptasikan sebagai sebuah siri drama oleh TV3 pada 2012.[1]

Sinopsis[sunting | sunting sumber]

Raihana... pertama kali kutatap wajahmu, ada getar yang menusuk di kalbu. Saat itu, hanya suaramu yang bisa melunakkan mimpiku. Meskipun tawamu nampak bahagia, mengapa bening mata itu bersalut duka? Andainya kau pernah terluka, izinkan aku mengubatinya. Namun, jawapanmu sering menyongsang makna. Tinggal harapanku tergapai-gapai, kau biarkan begitu sahaja .

Puas kukikis namamu. Lelah jasadku dek tipu helahmu. Berkali-kali kuulang; aku lelaki yang tak tahu malu. Sayangnya... bayangmu jua yang hadir mengocak tenangku. Belajarlah menerima hakikat, aku adalah kenyataan dan dia adalah kenangan! Sekali lagi kutunggu lafaz cintamu kerana aku bukan lelaki yang tewas!

Sufian... cinta bukan paksaan. Cinta juga bukan simpati. Ikrar kasih kami dulu ibarat tugu di hati ini. Janji setia itu tak mungkin diingkari hanya kerana kamu. Mengertilah... semuanya bukan kemahuan fikiran. Impian dan ingatan terhadapnya sukar diusir pergi. Biarpun bayang duka merantai hidup ini, tapi aku tetap rela.

Bukankah sudah berkali-kali kubilang; belajarlah jadi lelaki yang waras. Sekelumitpun tiada namamu di ruang hati ini. Tapi godaanmu mengekoriku walau di mana. Kau terus memburu, sedangkan dalam mimpi pun aku tak inginkan wajahmu. Biar didera ataupun dipaksa, namun hatiku tidak serapuh salju. Akhirnya, Raihana begini dan Sufian begitu. Di manakah titik pertemuan mereka?

Keluaran dan legasi[sunting | sunting sumber]

Gemersik Kalbu dikeluarkan pada 2005 oleh Alaf 21. Pada tahun 2012, novel ini telah diadaptasikan ke siaran TV melalui drama waktu perdana di Slot Akasia bermula 2 Januari di TV3, dibintangi oleh Aqasha, Ayu Raudhah dan Fazren Rafi, Zain Saidin. [2]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Gemersik Kalbu by Anis Ayuni Goodreads. Dicapai pada 10 Mac 2018.
  2. ^ Gemersik Kalbu, Slot Akasia terbaru Selebriti Online (3 Januari 2012). Dicapai pada 10 Mac 2012.