Gempa bumi Lisbon 1755

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Lokasi gempa bumi Lisbon tahun 1755. Bintang merah menandakan pusat gempa].

Gempa bumi Lisbon tahun 1755, juga dikenali sebagai Gempa bumi Besar Lisbon, berlaku di Kerajaan Beraja Portugal pada hari Sabtu, 1 November 1755, Hari Para Orang Kudus (All Saints' Day) pada lebih kurang jam 09:40 waktu tempatan.[1] Bersama-sama dengan kebakaran dan tsunami berikutnya, gempa bumi ini hampir memusnahkan seluruh Lisbon dan kawasan-kawasan berhampiran kota itu. Ahli seismologi pada hari ini menganggarkan yang gempa bumi Lisbon berlaku dengan julat magnitud 8.5–9.0[2][3] pada skala moment magnitude, dengan pusat gempa di Lautan Atlantik lebih kurang 200 km di barat-barat daya Cape St. Vincent. Jumlah kematian di Lisbon sahaja dianggarkan seramai antara 10,000 dan 100,000 orang,[4] yang membuatkan gempa bumi ini satu daripada gempa bumi yang paling teruk.

Gempa bumi ini meningkatkan lagi ketegangan politik di Portugal dan mengendalakan cita-cita kolonial Portugal. Kejadian juga luas dibincangkan dan diperiksa ahli falsafah Zaman Kesedaran Eropah. Ia mengilhamkan perkembangan besar dalam konsep teodisi (Keadilan Tuhan) dan falsafah perkara sublim. Sebagai sebuah gempa bumi yang kesannya pada kawasan luas dikaji secara saintifik, peristiwa ini membawa kepada pengasasan seismologi dan kejuruteraan gempa bumi moden.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]


Rujukan[sunting | sunting sumber]

Koordinat: 36°N 11°W / 36°U 11°B / 36; -11


Wiki letter w.svg

 Rencana ini merupakan rencana tunas. Anda boleh membantu Wikipedia dengan mengembangkannya.