Seismologi

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Seismologi merupakan kajian gempa bumi dan gelombang anjal [1] di bumi. Bidang ini jugaa termasuk kajian kesan gempa bumi, tsunami, gunung berapi, tektonik, lautan dan atmosfera.

Gempa bumi menghasilkan gelombang seismik yang bergerak melalui batuan bawah tanah. Seismologi mengkategorikan gelombang-gelombang ini kepada gelombang P (gelombang tekanan) dan gelombang S (gelombang ricih).

Antara pengaplikasian ilmu ini adalah dalam sistem ramalan gempa bumi. Namun, ahli seismologi masih sedang cuba menghasilkan satu sistem yang lebih mantap.