Geng Bonding

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Geng Bonding kumpulan penjenayah pecah rumah yang beroperasi Kota Tinggi, Simpang Renggam dan Johor Bharu sejak Januari 2009. Mereka terdiri daripada 4 lelaki dan 3 wanita warga asing. Pada 13 Mei 2009 , mereka ditahan di Kampung Semangat, Tampoi dan Taman Mawar, Pasir Gudang yang dijadikan tempat persembunyian dan 5 berjaya ditembak mati. Berusia antara 20 - 48 tahun itu tidak mempunyai dokumen perjalanan yang sah. Turut ditemui ialah pelbagai peralatan memecah masuk rumah.

5 ditembak mati[sunting | sunting sumber]

Pada 13 Mei 2009, jam 2.00 pagi, Geng Bonding memecah masuk rumah Ustaz Syahrin Mohd Jamaluddin di Kampung Sinaran Baru, Kempas . Isteri Syahrin, Huzaimah Yahya, 33, telah diikat penjenayah menggunakan tali leher manakala tiga anak kecilnya sedang nyenyak tidur. Huzaimah melepaskan dirinya selepas penjenayah beredar dan pergi ke rumah bapa mentuanya untuk mendapatkan bantuan.

Suspek melarikan Proton Waja milik mangsa selepas menggeledah rumahnya selama satu jam. Penjenayah itu bertindak agresif dengan melanggar sekatan jalan raya yang dibuat pihak polis kira-kira satu kilometer dari rumah mangsa.[1]

Lima penjenayah warga asing berjaya ditembak setelah menyerang polis dengan sepucuk pistol jenis Colt Super, tiga bilah parang dan dua bilah pisau. Ketika itu Syahrin berada di Putrajaya. Syahrin adalah juga setiausaha politik kepada Menteri Pelajaran Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Malam itu juga polis mengesan mereka di susur keluar Jalan Seelong ke Lebuhraya Pasir Gudang menaiki kereta milik Exco Pemuda UMNO Polis menjumpai pemain DVD, dua utas gelang emas, tiga telefon bimbit, tujuh jam tangan, empat bentuk cincin, wang tunai RM1,146, dua thumbdrive dan beberapa barangan perhiasan diri.

Ketua Polis Johor Datuk Mohd Mokhtar Mohd Sharif menyatakan Geng Bonding telah melakukan 22 kes samun secara ganas dan kejam. Taktik mereka ialah mencederakan dan mengikat mangsa ,merampas barang-barang merogol merogol mangsa .[2]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]