Johor Bahru

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Johor Bharu)
Lompat ke: pandu arah, cari
Johor Bahru
جوهور بهرو
—  Bandar raya  —
Dari kiri atas: Pemandangan di waktu malam di Johor Bahru, Bangunan Sultan Ibrahim, Lebuhraya Tebrau, Tambak Johor

Lambang
Nama panggilan: JB, Bandar Raya Selatan
Moto: 'Berkhidmat, Berbudaya, Berwawasan'
(برخدمت٬ بربوداي٬ برواواسن)
Johor Bahru yang terletak di Semenanjung Malaysia
Johor Bahru
Lokasi di Semenanjung Malaysia
Johor Bahru yang terletak di Malaysia
Johor Bahru
Lokasi di Malaysia
Koordinat: 1°29′00″U 103°44′00″T / 1.4833333°U 103.7333333°T / 1.4833333; 103.7333333Koordinat: 1°29′00″U 103°44′00″T / 1.4833333°U 103.7333333°T / 1.4833333; 103.7333333
Negara Malaysia
Negeri Johor Darul Ta'zim
Diasaskan pada 1855
Status bandar raya 1994
Kerajaan
 • Datuk bandar Haji Mohd Jaffar Bin Awang
Kawasan
 • Bandar raya 185 km2 (72.27 sq mi)
Ketinggian 36.88 m (121 ft)
Populasi
 • Bandar raya 1,463,800 (Ke-2)
 • Kepadatan 7,409/km2 (18,967/sq mi)
 • Metro 2,374,778
Zon waktu MST (UTC+8)
 • Musim panas (DST) Tidak mengamalkan (UTC)
Laman web www.johordt.gov.my

Johor Bahru (tulisan Jawi: جوهور بهرو , juga dieja sebagai Johor Baru dan biasanya disingkatkan menjadi JB) ialah nama ibu negeri Johor dan nama daerah metropolitan yang terletaknya di selatan Semenanjung Malaysia. Johor Bahru juga merupakan bandaraya kedua terbesar di Malaysia yang mempunyai sekitar melebihi 1.4 juta orang di kawasan pusat bandar dan melebihi 2 juta orang di kawasan metropolitan.

Johor Bahru merupakan sebuah pusat perindustrian, perdagangan, dan pelancongan yang utama. Pelancongan adalah penyumbang yang besar dalam ekonomi Johor Bahru yang mana 60% daripada pelancong-pelancong yang melawati Malaysia setiap tahun berkunjung melalui negara Singapura. Walau bagaimanapun, perkembangan perindustrian di Johor Bahru yang begitu pesat telah menjadikannya sebagai salah satu pusat perindustrian yang terbesar di negara.

Isi kandungan

Geografi [sunting]

Johor Bahru terletak di selatan Semenanjung Malaysia merupakan bandaraya selatan di Malaysia. Daerah Johor Bahru ataupun daerah metropolitan Johor Bahru merupakan bandaraya kedua terbesar selepas Kuala Lumpur dengan mempunyai penduduk melebihi daripada 1.6 juta orang merupakan metropolitan kedua terbesar di Malaysia selepas Lembah Klang. Ia juga bersempadan dengan negara Singapura di selatan, daerah Kulaijaya di utara, daerah Pontian di barat dan daerah Kota Tinggi di timur. Terletak di koordinat 1°29'U 103°44'T, bandaraya Johor Bahru bertempat di pinggir Selat Tebrau yang memisahkan Malaysia dari Singapura. Keluasan sebanyak 185 km², daerah metropolitan Johor Bahru dikelilingi tanah pantai yang mengandungi paya dan sistem sungai yang penting seperti Sungai Johor, Sungai Pulai dan Sungai Tebrau.

Sejarah [sunting]

Tahun penubuhan (1855-1866) [sunting]

Masjid Sultan Abu Bakar pada waktu malam

Tanjung Puteri, nama asal Johor Bahru diasaskan pada tahun 1855 oleh Temenggong Daeng Ibrahim (Raja Temenggung Tun Daeng Ibrahim), bapa kepada Sultan Abu Bakar Daeng Ibrahim, seorang Sultan yang amat dikenangi. Pada permulaannya, ia merupakan sebuah kampung perikanan Melayu dan pada masa itu juga Johor Bahru dikenali sebagai Tanjung Puteri تنجوڠ ڤوتري. Temenggong Ibrahim menamakan Tanjung Puteri sebagai Iskandar Puteri إسكندر ڤوتري pada tahun 1858;[1]. Sultan Abu Bakar menamakannya sebagai "Johor Bahru" sewaktu baginda mengisytiharkannya sebagai ibu kota kerajaan pada tahun 1866, susulan daripada peralihan pusat kerajaannya dari Teluk Belanga di Singapura. Putera dan penggantinya, Puteri semasa pembukaan Istana Besar Johor pada 1 Januari 1866..[2][3]

Sultan Abu Bakar yang berketurunan daripada Temenggong Abdul Rahman merupakan seorang ketua tempatan yang telah menandatangani perjanjian penyewaan pulau Singapura dengan Sir Stamford Raffles dari pihak British pada tahun 1819. Sebahagian besar daripada kemakmuran Johor pada hari kini boleh dikesan secara langsung kepada kejayaan Sultan Abu Bakar memujukkan pengusaha-pengusaha British dan Cina untuk melaburkan dalam bidang pertanian di kawasan baginda. Sultan Abu Bakar menunjukkan kecenderungan yang tergiat dalam perancangan bandar kerajaannya. Oleh sebab itu, banyak daripada bandaraya pada hari kini mempunyai nama dan tanda-tanda baginda, seumpamanya Muzium Sultan Abu Bakar dan Masjid Sultan Abu Bakar.

Johor Bahru telah menyaksikan beberapa peristiwa kesejarahan negara terutamanya penubuhan Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO/PEKEMBAR), sebuah parti politik yang terbesar di Malaysia, pada tahun 1946. Sejak merdeka lagi, Johor Bahru telah mengalami kemajuan yang amat pesat dibawah pemerintahan kerajaan pusat Malaysia. Pada 1 Januari 1994, Johor Bahru diisytiharkan sebagai sebuah bandar raya, yang mana Dato' Hashim Yahya menjadi Datuk Bandar Johor Bahru yang pertama. Pada bulan April 2008, sebuah daerah baru iaitu Kulaijaya telah diwujudkan dan kawasan pentadbirannya telah diasingkan daripada daerah Johor Bahru. Daerah baru tersebut meliputi kawasan Kulai, Ayer Bemban, Bukit Batu, Kelapa Sawit, Saleng, Sedenak, Seelong, Senai, dan Sengkang.

Demografi [sunting]

Demografi bagi Johor Bahru
Kumpulan etnik Peratus
Melayu & Bumiputera
  
47.5%
Cina
  
34.2%
India
  
9.0%
Lain-lain
  
0.6%
Bukan warganegara
  
8.7%


Populasi bagi daerah Johor Bahru pada tahun 2010 ialah 1,386,569 orang.[nb 1] Jumlah penduduk bagi kaum Melayu di daerah Johor Bahru ialah 47.5%, jumlah penduduk bagi kaum Cina ialah 34.2%, jumlah penduduk kaum India ialah 9.0%, lain-lain minoriti ialah 0.6 dan bukan warganegara ialah 8.7.[4]

Kerajaan daerah [sunting]

Masjid Sultan Abu Bakar
Bangunan Sultan Ibrahim yang terletak di Johor Bahru.

Daerah metropolitan Johor Bahru dibahagikan dan diuruskan oleh majlis-majlis tempatan yang berikut:

Pada September 2005, kerajaan pusat telah mengumumkan penubuhan Iskandar Malaysia untuk menyeleraskan perancangan dan pembangunan kawasan tersebut. Perbadanan ini dipengerusikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan Menteri Besar Johor, Dato' Abdul Ghani Othman. Majlis Perbandaran Kulai tidak lagi berada dalam daerah Johor Bahru setelah daerah Kulaijaya diwujudkan.

Ekonomi [sunting]

Sebagai salah satu daripada dua pusat bandaraya yang utama di Semenanjung Malaysia (selain daripada Kuala Lumpur dan George Town), Johor Bahru adalah pusat perindustrian, logistik dan perdagangan yang penting. Industri-industri utamanya termasuk kilang-kilang elektronik, kilang-kilang membina kapal, dan juga kilang-kilang penapis bahan sumber semulajadi dan bahan kimia daripada petroleum.

Kehadiran syarikat milik Singapura serta rakyat Singapura adalah ketara. Pusat beli-belah yang banyak di Johor Bahru memenuhi keperluan pelancong Singapura yang melawat bandar raya ini untuk membeli-belah atau berhibur, mengambil kesempatan terhadap mata wang Singapura yang lebih kukuh. Hasilnya, pemandangan aktiviti beli-belah di Johor Bahru adalah sangat pesat bagi sebuah bandar raya yang mempunyai saiz sedemikian. Daerah beli-belah utama terletak di pusat bandar raya, manakala sebilangan pusat beli-belah besar terletak di pinggir bandar raya.[5]

Kawasan perindustrian berat ialah Pasir Gudang dan Tanjung Langsat, yang terletaknya di kawasan metropolitan timur. Ia mengandungi kelompok kilang penapis, kilang memproses kimia, dan kilang membina kapal. Kawasan perindustrian ringan dan sederhana khususnya terletak di Tebrau, Tampoi, Senai, Skudai dan Kulai, iaitu di daerah metropolitan utara dan barat laut.

Johor Bahru menikmati hubungan ekonomi yang rapat dengan Singapura. Ramai penduduk di Johor Bahru bekerja di Singapura berikutan kadar gaji yang lebih tinggi daripada di Malaysia bagi kerja yang sama, sebahagiannya disebabkan nilai Dolar Singapura yang lebih kukuh (secara kasarnya 1 Dolar Singapura bersamaan dengan 2.43 Ringgit Malaysia setakat September 2009). Atas sebab yang sama, ramai warga Singapura melawat Johor Bahru untuk membeli-belah, berhibur dan makan, atau tinggal di sana. Ramai warga Singapura yang memiliki hartanah, perniagaan serta kilang di Johor Bahru.[6][7] Dianggarkan seramai 300,000 warga Malaysia bekerja di republik itu dan seramai 150,000 orang menaiki kenderaan berulang-alik untuk bekerja di Singapura.

Di bawah pelan induk Wilayah Pembangunan Iskandar, Johor Bahru dijangka akan berkembang menjadi sebuah kawasan metropolitan besar dengan bilangan penduduk melebihi 3 juta orang menjelang tahun 2025, yang kedua terbesar di Malaysia selepas Lembah Klang. Pertumbuhan penduduk dijangka akan melimpah sehingga ke daerah berjiranan iaitu Pontian, Kulaijaya dan Kota Tinggi, menghasilkan satu kawasan perbandaran yang boleh jadi lebih besar daripada anggaran pelan induk tersebut, berkemungkinan lebih ganda lima kali saiz Singapura.[6]

Peruncitan [sunting]

Menara Pejabat City Square merupakan menara tertinggi di Johor Bahru

Di sekitar kawasan metropolitan Johor Bahru, terdapat banyak pusat membeli belah utama seperti Johor Bahru City Sqaure, Galleria @ Kota Raya, Landmark Mall, Plaza Pelangi, The ZON Duty Free, KSL City, Danga City Mall, Holiday Plaza, Pelangi Leisure Mall, Plaza Sentosa, Plaza Angsana dan sebagainya. Di kawasan metropolitan juga terdapat 4 buah pusat membeli-belah JUSCO seperti JUSCO Taman Universiti, JUSCO Bukit Indah, JUSCO Permas Jaya dan JUSCO Tebrau City.

AEON Tebrau City

  • merupakan pusat membeli-belah kedua terbesar selepas KSL City di pusat bandaraya. Pusat membeli belah ini mempunyai 3 tingkat yang merangkumi pelbagai kedai fesyen antarabangsa dan kedai makanan antarabangsa seperti Giordano, MNG, Esprit, Secret Recipe dan sebagainya. Terdapat juga sebuah panggung wayang yang terbesar di Johor Bahru iaitu berada di tingkat 2. Ia dibuka dari 9.30 pagi hingga 11.00 malam.

KSL City

  • merupakan pusat beli-belah yang terbesar di Johor Bahru yang terleatk di antara Jalan Seledang, Jalan Kijang, Jalan Serigala dan Jalan Beruang di Taman Century di pusat bandaraya. Dibuka pada Disember 2010, pusat membeli-belah yang mempunyai 4 tingkat ini yang mempunyai hotel bertaraf 5 bintang dan sebuah kondominium adalah yang terbesar di bandaraya ini. Ia dibuka dari 10.00 pagi hingga 10.00 malam.

City Square

  • yang terletak di antara Jalan Wong Ah Fook dengan Jalan Tun Abdul Razak (berhadapan dengan JB Sentral) merupakan pusat membeli-belah utama di bandaraya ini yang mempunyai 7 tingkat. Terdapat panggung wayang yang terletak di tingkat 5, 6 dan 7. Terdapat juga rangkaian WiFi percuma di semua tempat. Ia dibuka dari 10.00 pagi hingga 10.00 malam.

Pelangi Leisure Mall

  • yang terletak di Taman Pelangi merupakan pusat beli-belah utama yang mempunyai 2 tingkat sahaja. Di dalam juga mempunyai sebuah pasar raya besar iaitu pasar raya Giant dan sebuah panggung wayang yang dikenali sebagai Golden Screen Cinema. Ia dibuka dari 10.30 pagi hingga 10.00 malam.

Pelancongan [sunting]

Mercu tanda yang moden dan bersejarah [sunting]

Masjid Negeri Sultan Abu Bakar

Masjid Sultan Abu Bakar

  • Ia terletak di antara Jalan Abu Bakar, Jalan Masjid Abu Bakar dan Jalan Gertak Merah. Ia terletak di atas sebuah bukit yang menghadap Selat Johor. Bangunan ini mengambil masa lapan tahun untuk menyiapkannya (1892-1900). Bangunan ini diperbuat daripada batu marmar dan kombinasinya direka oleh arkitek Moorish dan Victorian.

Masjid India

  • Ia terletak di simpang antara Jalan Dhoby dan Jalan Duke. Rupa masjid yang moden ini diperbuat daripada dinding dengan berwarna putih dan kubah perak yang berwarna biru

Dataran Bandaraya Johor Bahru

  • Ia terletak 3km ke barat Tambak Johor. Ia dibina pada Januari 1994 semasa Johor Bahru diisytihar menjadi bandaraya

Bangunan Sultan Ibrahim

  • Ia terletak di Bukit Timbalan di pusat bandaraya. Bangunan ini dibina pada tahun 1940. Bangunan ini digunakan untuk rumah urus setia, pejabat bagi Menteri Besar, Dewan Undangan Negeri dan pejabat kerajaan negeri.

Istana Bukit Serene

  • Ia terletak di antara Jalan Kolam Air dan Jalan Strait Views, terletak 7km ke barat utara Tambak Johor. Bangunan yang mempunyai bumbung yang berwarna hijau dan berbatu merupakan kawasan kediaman rasmi bagi Sultan Johor. Istana ini mempunyai kebun yang besar yang mana merupakan tapak biasa bagi banyak perhimpunan dan sambutan diraja. Menara utama mempunyai ketinggian sebanyak 35m. Sebahagian daripada bangunan istana boleh dilihat dari Jalan Skudai.

Galeri Seni Johor

  • Ia terletak di Jalan Petrie (kira-kira 700m timur utara dari Hotel Thistle). Bangunan yang berwarna putih mempunyai 2 tingkat yang dibina pada 1910 mempamerkan kebanyakkannya lukisan Malaysia yang moden.
Danga World

Taman Rekreasi Hutan Bandar

  • Ia terletak di Jalan Tasek Utara iaitu di Ulu Ayer Molek (terletak 1.5km ke timur selatan dari Larkin Sentral dan juga terletak kira-kira 3km dari Bangunan Sultan Iskandar). Disitu terdapat kolam renang bagi kanak-kanak dan tujuh buah tasik yang dikelilingi oleh hutan hujan tropika.

Teluk Danga

  • Teluk Danga merupakan taman rekreasi yang terbesar di bandaraya iniyang menghadap Selat Johor. Ia terletak berhampiran dengan Istana Bukit Serene. Kawasan ini juga terletak kira-kira 7km dari pusat bandaraya.

Iklim [sunting]

Data iklim untuk Johor Bahru
Bulan Jan Feb Mac Apr Mei Jun Jul Ogo Sep Okt Nov Dis Tahun
Purata tinggi °C (°F) 31.0
(87.8)
32.0
(89.6)
32.5
(90.5)
32.8
(91)
32.5
(90.5)
32.1
(89.8)
32.1
(89.8)
31.5
(88.7)
31.5
(88.7)
31.8
(89.2)
31.3
(88.3)
30.6
(87.1)
31.81
(89.26)
Purata rendah °C (°F) 21.9
(71.4)
22.0
(71.6)
22.4
(72.3)
22.9
(73.2)
23.1
(73.6)
22.9
(73.2)
22.4
(72.3)
22.4
(72.3)
22.4
(72.3)
22.6
(72.7)
22.7
(72.9)
22.4
(72.3)
22.51
(72.52)
Kerpasan mm (inci) 162.6
(6.402)
139.8
(5.504)
203.4
(8.008)
232.8
(9.165)
215.3
(8.476)
148.1
(5.831)
177.0
(6.969)
185.9
(7.319)
190.8
(7.512)
217.7
(8.571)
237.6
(9.354)
244.5
(9.626)
2,355.5
(92.736)
Sumber: http://worldweather.wmo.int/020/c00078.htm


Pengangkutan [sunting]

Pengangkutan Darat [sunting]

Tambak Johor yang menghubungkan Malaysia dengan Singapura.
Pemandangan jambatan Linkedua Singapura

Daerah metropolitan Johor Bahru mempunyai pelbagai rangkaian lebuhraya yang bagus.

Daerah Sentral Johor Bahru di bahagian hujung selatan kawasan metropolitan mempunyai dua lebuhraya utama yang menghubungkannya dengan kawasan luar bandar, iaitu:

Lebuhraya Pasir Gudang dan Lebuhraya Taman Johor Bahru melintas Lebuhraya Tebrau dan Jalan Tun Abdul Razak di separuh jalan dan merupakan Jalan Lingkar Pertengahan kawasan metropolitan. Jalan Lingkaran Dalam Johor Bahru membantu dalam pengawalan trafik di Daerah Sentral dan sekelilingnya. Kemasukan ke sistem lebuhraya nasional boleh dibuat melalui Projek Lebuhraya Utara Selatan (PLUS), dengan jalan masuk dan keluar ditempatkan secara strategik di dalam kawasan metropolitan. Tambahan juga, tambak Johor Bahru yang dilengkapkan dengan landasan keretapi dan lebuhraya enam lorong menyambungkan Daerah Sentral dengan negara Singapura. Laluan Kedua Malaysia-Singapura yang terletaknya di bahagian barat kawasan metropolitan telah dibina pada tahun 1997 untuk mengatasi kesesakan tambak. Ia menyambungkan secara langsung dengan Lebuhraya Taman Johor Bahru dan PLUS. Mulai Mac 2008, kerja-kerja pembinaan lebuhraya baru iaitu Lebuhraya Skim Penyuraian Trafik Johor Bahru Timur (JB EDL) akan dimulakan. Lebuhraya tersebut akan dapat megurangkan masalah kesesakan lalulintas di Lebuhraya Tebrau.

Pengangkutan Udara [sunting]

Lapangan Terbang Antarabangsa Senai [sunting]

Pintu balai ketibaan Lapangan Terbang Antarabangsa Senai

Lapangan Terbang Antarabangsa Senai ataupun dikenali sebagai Lapangan Terbang Antarabangsa Sultan Ismail yang terletak di Senai adalah lapangan terbang utama yang terletak di daerah Kulaijaya yang memberi perkhidmatan, khususnya kepada penduduk Johor Bahru dan negeri Johor. Lapangan Terbang Antarabangsa Senai yang ditempatkan bahagian barat laut kawasan metropolitan dan memberi perkhidmatan kepada sistem penerbangan nasional dan wilayah. Lapangan terbang ini juga merupakan lapangan terbang swasta pertama di Malaysia dan satu-satunya lapangan terbang diluar seliaan Malaysia Airport Holdings Berhad (MAHB). Penerbangan domestik adalah disediakan oleh penerbangan yang berikut:

Syarikat penerbangan Destinasi
Penerbangan Malaysia pejabat utamanya yang terletak di Lapangan Terbang Antarabangsa Senai dan Pusat Konvensyen Antarabangsa Persada Johor yang terletak di pusat bandaraya), Kuala Lumpur-KLIA
Air Asia Kota Kinabalu, Kuala Lumpur-KLIA, Kuching, Miri, Pulau Pinang dan Sibu
Firefly Kuala Lumpur-Subang, Pulau Pinang

Lapangan Terbang Antarabangsa Changi, Singapura [sunting]

Menara kawalan berikon Lapangan Terbang Antarabangsa Changi Singapura

Lapangan Terbang Antarabangsa Changi yang terletak di negara Singapura iaitu terletak di Changi di bahagian timur Singapura merupakan penerbangan antarabangsa yang berdekatan dengan Johor Bahru. Berikut merupakan syarikat penerbangan dan destinasi ke luar negara

Syarikat penerbangan Destinasi
Air China Beijing, Chendu dan Xiamen
Air France Paris-Charles de Gaulle
Air India Express Chennai, Kolkata, Tiruchirapalli
Air Hong Kong Hong Kong
British Airways London-Heathrow, Sydney
Cathay Pacific Airways Bangkok-Suvarnabhumi, Colombo, Hong Kong
China Cargo Airlines Shanghai-Pudong
Garuda Indonesia Beijing, Denpasar/Bali, Ho Chi Minh City, Jakarta-Soekarno-Hatta, Shanghai-Pudong, Surabaya)
Northwest Airlines Tokyo-Narita
Royal Brunei Airlines Bandar Sri Begawan
Qantas Airways Adelaide, Brisbane, Melbourne, Perth, Sydney
Saudi Arabian Airlines Jeddah, Riyadh
Philippine Airlines Manila
Singapore Airlines Cape Town, Chennai, Colombo, Abu Dhabi, Bangkok-Suvarnabhumi, Johannesburg, Ho Chi Minh City, Dhaka, Dubai, Hanoi, Mumbai, Kuwait, Tokyo-Narita
Tiger Airways Bangalore, Chennai, Chiangmai, Guangzhou, Macau, Padang, Perth, Phuket, Shenzhen, Krabi)

Pengangkutan Kereta api [sunting]

Pintu masuk ke JB Sentral pada waktu malam

JB Sentral merupakan stesen kereta api antarabandar yang moden di negara Malaysia. Ia terletak di antara Jalan Tun Abdul Razak dengan Jalan Jim Quee. Ia telah digantikan dengan Stesen Kereta api Johor Bahru yang lama pada tahun 2010, iaitu terletak 200m dari JB Sentral. Stesen Kereta api Johor Bahru yang lama telah dijadi Muzium Keretapi Tanah Melayu KTM. JB Sentral juga menghubungkan pusat membeli belah City Square dengan Kompleks Kastam, Imagrasi dan Kuarantin Terdapat tujuh kereta api seharian melalui JB Sentral pada setiap arah. Kereta api jajaran selatan berasal di Butterworth, Gemas, Kuala Lumpur, Kuala Lipis dan Tumpat di Semenanjung Malaysia dan mengakhiri di Woodlands Train Checkpoint di Singapura. Kereta api yang menghala ke utara berasal dari Woodlands Train Checkpoint di Singapura dan mengakhiri di Butterworth, Gemas, Kuala Lumpur, Kuala Lipis dan Tumpat. Pada masa akan datang, JB Sentral akan menjadi hab pengangkutan utama di Johor Bahru dan bakal menjadi stesen utama bagi monorail (Johor Bahru Monorail), LRT (transit aliran ringan), MRT (Mass Rapid Transit), komuter (Komuter Selatan), bas dan teksi.

Pelabuhan [sunting]

Pelabuhan yang terdapat di dalam daerah metropolitan Johor Bahru ialah Pelabuhan Tanjung Pelepas, Pelabuhan Johor dan Pelabuhan Tanjung Langsat. Pelabuhan Johor merupakan pelabuhan pertama yang dibina di Negeri Johor. Ia terletak di Pasir Gudang iaitu terletak di tenggara negeri Johor dan terletak di timur kawasan metropolitan. Pelabuhan ini juga merupakan pelabuhan yang pertama mempunyai kawasan perdagangan bebas yang mana gudang-gudangnya dikecualikan daripada duti kastam. Berikut merupakan kegiatan utama bagi pelabuhan ini.

  • 7 buah kren gantri, salah lima daripadanya merupakan kren Post-Panamax.
  • 19 kren pemindahan yang beroda getah.
  • 46 buah penggerak utama (prime movers).
  • 4 buah mesin staker jangkaun (reach stacker) untuk mengendalikan bahan-bahan pukal.
  • Kedalaman semula jadi dermaganya yang berukuran 13.8 meter boleh melayankan kapal-kapal pukal kering sehingga 60,000 dwt dengan senang.
  • Dermaga yang berpanjangan hampir 2.4 kilometer pada keseluruhan.

Pelabuhan Tanjung Pelepas pula merupakan pelabuhan kedua yang dibina di negeri Johor. Ia juga merupakan pelabuhan muatan pindah kapal utama di Malaysia. Pelabuhan ini terletak di muara Sungai Pulai. Ia juga dapat dihubungkan dengan lebuhraya utama iaitu Lebuhraya Pelabuhan Tanjung Pelepas iaitu melalui Persimpangan Pelabuhan Tanjung Pelepas di Lebuhraya Link Kedua. Berikut merupakan kegiatan utama pelabuhan ini.

  • 8 dermaga yang berukuran 360 meter setiap satu, berjumlah sepanjang 2.88 kilometer barisan dermaga.
  • 27 buah kren tepian dermaga "Super Post Panamax" yang boleh mengangkat sebanyak 18 buah kargo, dengan tambahan 10 kargo dan 22 buah kotak.
  • 70 buah kren treler-treler menyimpan kargo berbahaya.
  • Bangunan simpanan kontena yang terbesar di negara dan boleh menyimpan dan menampung sebanyak 110,000 TEU,termasuk lebih daripada 2,100 "point reefer".
  • Sistem pintu gerbang automatik GCAM yang membolehkan pengurusan pengangkutan kotak yang lebih cepat.

Pelabuhan Tanjung Langsat pula merupakan pelabuhan ketiga yang dibina di negeri Johor. Ia terletak di muara Sungai Johor yang mempunyai lebar sepanjang 4.5 kilometer dan merupakan diri sebagai sebuah pelabuhan pengkhususan utama di Asia Tenggara yang mengendalikan gas cecair (LPG) dan bahan-bahan kimia yang berbahaya. Kegiatan utama-utama pelabuhan ini ialah

  • pengendalian petrokimia dan muatan cecair
  • pangkalan sokongan marin
  • terminal perikanan laut
  • pusat pesiaran antarabangsa
  • pemprosesan dan penyimpanan kargo petroleum dan muatan cecair

Sistem Pengangkutan Akan Datang [sunting]

Pemandangan Johor Bahru dari pantai Singapura

Serentak dengan pembangunan pesat dan pertambahan penduduk, Kerajaan Negeri sedang membina sebuah sistem monorel yang dikenali sebagai Monerel JB. Projek fasa satu akan menghubungkan Kompleks Imigresen dan Kastam dengan AEON Tebrau City di Desa Tebrau. Manakala fasa kedua masih dalam perancangan. Selain itu juga kerajaan negeri akan membangunkan sistem keretapi dalam bandar di Nusajaya yang dikenali sebagai Tram yang menghubungkan kawasan utama di sekitar Nusajaya seperti Medini, Educity, Cybercity, Puteri Habour, Kota Iskandar (Pusat Pentadbiran Baru Negeri Johor), Legoland, Pelabuhan Tanjung Pelepas, Ramsar dan tempat-tempat menarik lain atas inisiatif swasta dan pihak Iskandar Malaysia. Sistem komuter seperti di Lembah Klang yang dikenali sebagai Komuter Selatan juga bakal dibina di sini bagi mengurangkan kesesakan pada masa akan datang yang menghubungkan bandar-bandar besar di sekitar kawasan metropolitan, contohnya antara Kota Tinggi dengan Johor Bahru, Pontian dengan Johor Bahru, Kulaijaya dengan Johor Bahru, Skudai dengan Johor Bahru, Kempas/Pandan dengan Johor Bahru dan Pasir Gudang dengan Johor Bahru. Kerajaan negeri juga bercadang membangunkan sistem transit aliran ringan bagi menghubungkan kawasan Bandaraya Johor Bahru dengan sekitar kawasan metropolitan antaranya Singapura, Senai, Pasir Gudang, Nusajaya, Skudai, Kota Tinggi dan Gelang Patah. Berkaitan dengan kepesatan pembangunan di wilayah Iskandar Malaysia kerajaan Johor bersama kerajaan pusat serta kerajaan Singapura bercadang membina laluan MRT (Mass Rapid Transit) seperti di Singapura bagi menghubungkan Johor Bahru dengan Woodlands dan seterusnya tempat-tempat di sekitar Singapura yang telah sedia ada, bagaimanapun cadangan ini dalam peringkat perbincangan.

Penyiaran [sunting]

Dari sudut sejarah radio di Johor Bahru satu ketika dahulu stesen RTM Johor Bahru merupakan sebuah stesen peringkat siaran tempatan. Siarannya tidak disiarkan ke seluruh Johor hanya Johor Bahru, Batu Pahat dan Mersing sahaja yang mempunyai stesen pemancar radio. Pada thun 1971 RTM Johor Bahru telah dinaiktaraf menjadi Ibu Pejabat Penyiaran kawasan selatan yang diambil alih dari RTM Melaka. Berikutan dengan ini siaran RTM Johor Bahru dapat diperluaskan sehingga ke Melaka melalui siaran daerah kawasan selatan. Pada tahun 1981 stesen pemancar radio Segamat siap dibina sekali gus siaran RTM Johor bahru diperluaskan sehingga Segamat dan Gemas. Pada tahun 1985 stesen pemancar FM mula beroperasi. Kesannya seluruh daerah Utara Johor, Melaka, sebahagian besar Negeri Sembilan dan Pahang Tenggara dapat menerima siaran dari Johor Bahru. Pada ketika ini pemancar Medium Wave tidak relevan lagi. Stesen pemancar ini ditutup secara berperingkat. Pada hari ini semua siaran RTM menggunakan Pemancar FM Stereo.Johor Bahru mempunyai tiga stesen radio. Best 104 merupakan stesen radio swasta yang pertama di Malaysia. Johor FM ialah stesen radio wilayah hak milik kerajaaan, sedangkan FMJB adalah stesen radio kerajaan bagi kawasan Johor Bahru sahaja.

Pendidikan [sunting]

Universiti / Kolej [sunting]

Sekolah Tinggi Cina [sunting]

Bandar kembar [sunting]

Bibliografi [sunting]

  • Guinness, Patrick (1992). On the Margin of Capitalism: People and development in Mukim Plentong, Johor, Malaysia. South-East Asian social monographs. Singapore: Oxford University Press. m/s. 177. ISBN 978-0-19-588556-9. OCLC 231412873. 
  • Lim, Patricia Pui Huen (2002). Wong Ah Fook: Immigrant, Builder and Entrepreneur. Singapore: Times Editions. ISBN 978-981-232-369-9. OCLC 52054305. 
  • Oakley, Mat; Brown, Joshua Samuel (2009). Singapore: city guide. Footscray, Victoria, Australia: Lonely Planet. ISBN 978-1-74104-664-9. OCLC 440970648. 
  • Winstedt, Richard Olof; Kim, Khoo Kay (1992). A History of Johore, 1365–1941. M. B. R. A. S. Reprints (6) (Reprint ed.). Kuala Lumpur: Malaysian Branch of the Royal Asiatic Society. ISBN 978-983-99614-6-1. OCLC 255968795. 

Nota [sunting]

  1. bancian pada tahun 2000 termasuk bukan warganegara.

Rujukan [sunting]

  1. 文史杂话:谈新山名称的由来--(上), Teo Li Meng, 15 August 2010, 东南亚华文资料中心, retrieved 11 December 2012
  2. Lim (2002), p. 61
  3. Ismail, Fauziah (2009-02-08). "A Physical Symbol of Loyalty and Posterity". Johor Streets: Reaching Out. New Straits Times Press. http://www1.nst.com.my/Current_News/JohorBuzz/Monday/MyJohor/2474244/Article/. Capaian 2010-12-19. 
  4. Taburan dan Ciri-ciri Asas Demografi 2010 (Report). Department of Statistics, Malaysia. http://www.statistics.gov.my/portal/download_Population/files/census2010/Taburan_Penduduk_dan_Ciri-ciri_Asas_Demografi.pdf. 
  5. Rohani Ibrahim, Kuan Yew didesak tarik balik kenyataan, Utusan Malaysia, 09/07/2007
  6. 6.0 6.1 Shopping haven in Iskandar Malaysia Zazali Musa, February 2, 2009, The Star (Malaysia)
  7. Tough times in Johor Baru January 2, 2009, The Star (Malaysia)

Pautan luar [sunting]