Geografi Slovenia

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Peta Slovenia

Slovenia terletak di Eropah Tengah. Kawasan-kawasan geografi Eropah bertemu di Slovenia: Banjaran Alps, Pergunungan Dinarides, Dataran Pannonia dan pesisiran pantai Mediterranean.

Puncak yang tertinggi di Slovenia ialah Triglav (2,864 meter; 9,396 kaki); secara puratanya ketinggian negara ini ialah sebanyak 557 meter (1,827 kaki) dari aras laut. Separuh daripada negara ini dilitupi hutan (11,691 km persegi; 4,514 batu persegi) menjadikan Slovenia sebagai negara ketiga paling banyak dilitupi kawasan hutan di benua Eropah selepas Finland dan Sweden. Kawasan berumput meliputi 5,593 km persegi (2,159 batu persegi) manakala kawasan perladangan meliputi 2,471 km persegi (954 batu persegi). Terdapat juga kawasan perkebunan yang meliputi 363 km persegi (140 batu persegi) dan kebun anggur yang meliputi 216 km persegi (83 batu persegi).

Kadar suhu puratanya ialah -2 darjah Celcius (28 darjah Fahrenheit) pada bulan Januari dan 21 darjah Celcius (70 darjah Fahrenheit) pada bulan Julai. Kadar purata hujan adalah sebanyak 1,000 milimeter (39.4 inci) setahun di kawasan pesisiran pantai, sebanyak 3,500 milimeter (137.8 inci) di pergunungan Alps, sebanyak 800 milimeter (31.5 inci) di bahagian tenggara Slovenia dan sebanyak 1,400 milimeter (55.1 inci) di bahagian tengah Slovenia.