Slovenia

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Republik Slovenia
Republika Slovenija
Bendera
Moto: tiada
Lagu: Zdravljica
Lokasi Slovenia  (jingga tua)– dalam Kesatuan Eropah  (jingga muda)– di Eropah  (EU) — (Legenda)
Lokasi Slovenia  (jingga tua)

– dalam Kesatuan Eropah  (jingga muda)
– di Eropah  (EU) — (Legenda)

Ibu negara
dan bandar terbesar
Ljubljana
46°03′U 14°30′T / 46.05°U 14.5°T / 46.05; 14.5
Bahasa rasmi Bahasa Slovenia, Bahasa Itali1, Bahasa Hungary1
Kerajaan Republik sistem berparlimen
 -  Presiden Borut Pahor
 -  Perdana Menteri Janez Janša
Kemerdekaan daripada Yugoslavia
 -  Diisytihar 25 Jun 1991 
 -  Diiktiraf 1992 
 -  Perairan (%) 0.6
Populasi
 -  Sep 2006 (anggaran) 2,011,6142 (145)
 -  2002 (anggaran) 1,964,036
KDNK (PPP) 2005 anggaran
 -  Jumlah $43.690 bilion (81)
 -  Per kapita $23,250 (anggaran 2006) (29)
HDI (2004) 0.910 (tinggi / 27)
Mata wang Euro (€)3 (EUR)
Zon waktu CET (UTC+1)
 -  Musim panas (DST) CEST (UTC+2)
Kod panggilan 386
Internet TLD .si4
1 Di kawasan komuniti Itali dan Hungary.
2 Sumber: Pejabat Statistik Republik Slovenia: Populasi, Slovenia, 30 September 2006
3 Sebelum tahun 2007: Tolar Slovenia
4 Domain .eu, dikongsi bersama dengan negara anggota Kesatuan Eropah yang lain.

Republik Slovenia atau dalam bahasa tempatan, Slovenija ialah sebuah negara yang terletak di Eropah Tengah dan bersempadankan Itali di barat, Laut Adriatik di barat daya, Crotia di selatan dan timur, Hungary di timur laut dan Austria di utara. Dahulunya sebahagian daripada republik Yugoslavia, Slovenia mengumumkan kemerdekaannya pada 1991 dan menjadi anggota Kesatuan Eropah pada 1 Mei 2004.

Slovenia juga menyertai Majlis Eropah dan NATO serta menjadi pemerhati dalam La Francophine.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Rencana utama: Sejarah Slovenia

Nenek moyang berketurunan Bangsa Slavik untuk Bangsa Slovenia pada hari ini telah menduduki negara ini sejak kurun ke-6. Kerajaan Duchy Slavik Carantania telah ditubuhkan pada kurun ke-7.

Pada tahun 745, Carantania telah pun hilang kemerdekaannya di mana kebanyakkan wilayahnya telah dimasukkan ke dalam Empayar Frankish. Pada waktu ini ramai Bangsa Slavik telah dikristiankan beramai-ramai.

Pada kurun ke-14, kebanyakkan wilayah Slovania telah dimasukkan ke dalam Empayar Austria-Hungary, di mana bangsa Slovenia bermaustatin di wilayah-wilayah seperti Carniola, Gorizia, Gradisca, Istria, Carinthia dan Styria.

Pada tahun 1848, satu pergerakkan yang dikenali sebagai Slovenia Bersatu telah diwujudkan di Austria.

Selepas kejatuhan Empayar Austria-Hungary pada tahun 1918, orang-orang Slovenia telah menyertai sebagai sebahagian daripada Negara Orang-Orang Slovenia, Croatia dan Serb yang kemudiannya dikenali sebagai Kerajaan Orang-Orang Serb, Croatia dan Slovenia. Pada tahun 1929, ia dikenali sebaga Kerajaan Yugoslavia

Selepas Perang Dunia Kedua, Slovenia menjadi sebahagian daripada Republik Persekutuan Sosialis Yugoslavia yang diisytihar secara rasmi pada 29 haribulan November 1945.

Negara Slovenia yang wujud pada hari ini telah mendapatkan kemerdekaan pada 25 haribulan Jun 1991 daripada Yugoslavia selepas tamatnya Perang Sepuluh Hari.

Slovenia telah menyertai pertubuhan NATO pada 29 haribulan Mac 2004 dan Kesatuan Eropah pada 1 haribulan Mei 2004. Slovenia akan memegang jawatan Presiden Majlis Kesatuan Eropah pada tahun 2008.

Politik[sunting | sunting sumber]

Rencana utama: Politik Slovenia

Presiden Slovenia merupakan Ketua Negara di mana dilantik oleh rakyat melalui pilihan raya untuk setiap lima tahun.

Cabang Eksekutif diketuai oleh Perdana Menteri Slovenia dan Majlis Kabinet Slovenia yang dianggotai Menteri-Menteri Slovenia yang dilantik oleh Parlimen Slovenia.

Parlimen Slovenia dibahagikan kepada dua tingkat iaitu Perhimpunan Nasional (Državni zbor) dan Majlis Nasional (Državni svet). Pilihanraya Parlimen Slovenia diadakan untuk setiap empat tahun.

Perhimpunan Nasional mempunyai 90 kerusi, di mana sebahagiannya diisi secara langsung menerusi proses pilihanraya, dan sebahagian lagi oleh kerusi-kerusi yang dikhaskan untuk golongan-golongan tertentu (dua kerusi dikhaskan untuk golongan minoriti di kalangan Bangsa Hungary dan Bangsa Itali)

Majlis Nasional pula mempunyai 40 kerusi, yang diwakili perwakilan-perwakilan daripada kumpulan-kumpulan sosial, ekonomi, profesional dan lain-lain.

Pada pilihan raya umum 2004, Parti Demokratik Slovenia (Slovenska demokratska stranka - SDS) telah memperolehi 29.1% undi dan diikuti Demokrasi Liberal Slovenia (Liberalna demokracija Slovenije) sebanyak 22.8% undi.

Berikut adalah parti-parti politik yang terdapat di Slovenia:-

Daerah[sunting | sunting sumber]

Rencana utama: Daerah di Slovenia

Geografi[sunting | sunting sumber]

Rencana utama: Geografi Slovenia

Kawasan-kawasan geografi Eropah bertemu di Slovenia: Banjaran Alps, Pergunungan Dinarides, Dataran Pannonia dan pesisiran pantai Mediterranean.

Puncak yang tertinggi di Slovenia ialah Triglav (2,864 meter; 9,396 kaki); secara puratanya ketinggian negara ini ialah sebanyak 557 meter (1,827 kaki) dari aras laut. Separuh daripada negara ini dilitupi hutan (11,691 km persegi; 4,514 batu persegi) menjadikan Slovenia sebagai negara ketiga paling banyak dilitupi kawasan hutan di benua Eropah selepas Finland dan Sweden. Kawasan berumput meliputi 5,593 km persegi (2,159 batu persegi) manakala kawasan perladangan meliputi 2,471 km persegi (954 batu persegi). Terdapat juga kawasan perkebunan yang meliputi 363 km persegi (140 batu persegi) dan kebun anggur yang meliputi 216 km persegi (83 batu persegi).

Kadar suhu puratanya ialah -2 darjah Celcius (28 darjah Fahrenheit) pada bulan Januari dan 21 darjah Celcius (70 darjah Fahrenheit) pada bulan Julai. Kadar purata hujan adalah sebanyak 1,000 milimeter (39.4 inci) setahun di kawasan pesisiran pantai, sebanyak 3,500 milimeter (137.8 inci) di pergunungan Alps, sebanyak 800 milimeter (31.5 inci) di bahagian tenggara Slovenia dan sebanyak 1,400 milimeter (55.1 inci) di bahagian tengah Slovenia.

Ekonomi[sunting | sunting sumber]

Rencana utama: Ekonomi Slovenia

Slovenia mempunyai kadar pendapatan yang tinggi di kalangan negara-negara yang baru menganggotai Kesatuan Eropah. Kadar Pendapatan Tahunan per Kapita adalah setinggi USD $25,266 pada tahun 2007.

Kadar inflasi di Slovenia telah turun secara mendadaknya kepada 2.3% pada tahun 2006.

Pertumbuhan ekonomi slovenia telah meningkat secara mendadak pada tahun-tahun yang lepas (7.2% pada separuh yang pertama untuk tahun 2007, 5.2% pada tahun 2006 dan 4.0% pada tahun 2005).

Pada tahun 2000, penswastaan telah kelihatan dalam sektor perbankan, telekomunikasi dan utiliti awam.

Pelaburan asing secara langsung dijangkakan akan meningkat pada beberapa tahun yang akan datang.

Slovenia telahpun menggunakan mata wang Euro sebagai matawang negara pada 1 haribulan Januari 2007.

Demografi[sunting | sunting sumber]

Rencana utama: Demografi Slovenia

Menurut bancian negara pada tahun 2002, terdapat seramai 1,964,036 orang penduduk di Slovenia. Dengan kepadatan sebanyak 99 orang untuk setiap kilometer persegi.

Komposisi Etnik di Slovenia (Bancian 2002)

Majoriti penduduk Slovenia beragama Kristian yang beraliran Katolik. Sebelum era Komunis, 88% penduduk Slovenia merupakan pengikut Gereja Roman Katolik. Pada tahun 1991, peratusan penganut Kristian Katolik jatuh kepada 71.6% dan terus jatuh sehingga 57.8% pada tahun 2002.

Komposisi agama di Slovenia (bancian 2002)

Kadar purata hidup adalah 72.2 tahun untuk lelaki dan 80 tahun untuk wanita.

Bahasa Rasmi untuk negara ini adalah Bahasa Slovenia. Bahasa Hungary dan Bahasa Itali juga mendapat pengiktirafan sebagai bahasa rasmi di kawasan-kawasan yang mempunyai ramai penduduk berbangsa Hungary dan Itali.

Kebudayaan[sunting | sunting sumber]

Rencana utama: Kebudayaan Slovenia

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

Koordinat: 46°03° N 14°30° ERalat ungkapan: Aksara tanda baca "�" tidak dikenali