Eropah Tengah

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Eropah Tengah merujuk kepada satu wilayah di Eropah yang terbentang di antara Eropah Timur, Barat, Selatan dan Utara. Penggunaan istilah ini walau bagaimanapun tidak mempunyai takrif yang jitu kerana pengelasan wilayah-wilayah Eropah itu sendiri tidak dilakukan secara teratur dan jelas. Malah, konsep ini hanya mula mendapat perhatian meluas selepas Perang Dingin yang telah membahagikan Eropah secara politik kepada Timur dan Barat, melalui Tirai Besi yang memecahkan "Eropah Tengah" kepada dua.

Peta yang menunjukkan negara-negara Eropah Tengah (merah).

Pemahaman konsep "Eropah Tengah" masih menjadi perdebatan yang berlaku pada tahap yang berbeza-beza mengikut negara dan waktu. Wilayah ini lazimnya meliputi:

Kadangkala, ia boleh diperluas untuk meliputi Bendera Croatia Croatia dan Bendera Romania Romania.

Dalam sesetengah keadaan, Vojvodina (Serbia), bahagian barat Ukraine, Kaliningrad Oblast, Lorraine-Alsace dan bahagian barat laut Itali turut dianggap sebagai sebagai sebahagian daripada Eropah Tengah.



Wiki letter w.svg

 Rencana ini merupakan rencana tunas. Anda boleh membantu Wikipedia dengan mengembangkannya.