Gerard Kuiper

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Gerard Kuiper, sekitar 1963

Gerard Peter Kuiper (/ˈkaɪpə˞/), dilahirkan Gerrit Pieter Kuiper (7 Disember 190523 Disember 1973) merupakan pakar kaji bintang astronomi kelahiran Belanda. Dilahirkan dan dididik di Belanda, dia berhijrah ke Amerika Syarikat pada tahun 1933 dan mendapat taraf warganegara pada 1937.

Kuiper menjumpai dua bulan bagi planet dalam sistem suria, iaitu bulan Uranus, Miranda dan bulan Neptun, Nereid. Dia juga mencadangkan kewujudan lingkaran di luar orbit Neptun, sekarang dinamakan Lingkaran Kuiper, yang kewujudannya disahkan (lihat objek trans-Neptun). Kuiper juga merintis pencerapan infra udara menggunakan pesawat Convair 990 pada tahun 1960-an.

Pada tahun 1959, Kuiper memenangi Pensyarahan Henry Norris Russell bagi Persatuan Astronomi Amerika.

Pada tahun 1960-an, Kuiper membantu mengenalpasti tapak pendaratan di bulan bagi program Apollo.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]


Jika anda melihat rencana yang menggunakan templat {{tunas}} ini, gantikanlah ia dengan templat tunas yang lebih spesifik.