Sistem Suria
Rencana ini adalah mengenai Matahari dan sistem planetarinya. Untuk sistem lain, lihat Sistem planetari dan Sistem bintang.
Sistem Suria[a] (B. Inggeris: Solar System) terdiri dari Matahari dan objek selestial yang terikat kepadanya dengan graviti. Objek ini adalah lapan planet dan 166 bulan mereka yang diketahui,[1] empat planet kerdil dan berbillion dari anggota kecil, termasuk asteroid, objek berais jalur Kuiper, komet, meteroid, dan debu Antaraplanetari.
Secara umum, rantau bercarta dari Sistem Suria ialah Matahari, empat planet terestrial dalaman, jalur asteroid, empat planet gas gergasi luaran, jalur Kuiper, cakera bertaburan, dan yang unggulnya kemungkinan hipotesisnya awan Oort.
Sealiran dari zarah bercas dari (angin suria) Matahari, mencipta heliosfera, sebuah buih yang menyerap Sistem Suria dan terhapus dalam heliopause, secara kasarnya pada tepian dari cakera bertaburan.
Mengikut susunan dari jarak mereka dari Matahari, lapan planet ialah:
Laksana pertgh-2008 empat objek yang lebih kecil dikelaskan sebagai planet kerdil. Ceres berada dalam jalur asteroid, manakala tiga yang lain (Pluto, Makemake dan Eris) semuanya melepasi Neptun.
Enam dari planet dan dua dari planet kerdil secara bergilir diorbit oleh satelit semulajadi, lazimnya diistilahkan "bulan" selepas Bulan Bumi, dan setiap dari planet luaran dikelilingi oleh cincin planetari dari debu dan zarah lain.
Isi kandungan |
[sunting] Pengistilahan
Secara tak rasmi, Sistem Suria kadangkala dibahagikan kepada zon berasingan. Sistem Suria dalaman termasuk empat planet terestrial dan jalur asteroid utama. Sesetengah menaksirkan Sistem Suria luaran sebagai terdiri dari segalanya melepasi asteroid.[2] Sejak penemuan jalur Kuiper, yang lain menaksirkannya sebagai rantau melepasi Neptun, dengan empat gas gergasi yang dianggap "zon pertengahan" berasingan.[3]
Pada 24 Ogos, 2006, Kesatuan Astronomikal Antarabangsa (IAU) menaksirkan istilah "planet" buat pertama kali, disegerakan oleh penemuan Eris dan perbincangan yang berikut atas pengelasannya. Penaksiran ini membahagikan objek yang mengorbit Matahari dibahagikan kepada tiga kelas: planet, planet kerdil, dan anggota Sistem Suria kecil.
Sebuah planet merupakan sebarang badan yang mengorbit mengelilingi Matahari yang mempunyai jisim yang mencukupi untuk membentuk dirinya kepada bentuk bersfera dan mempunyai membersihkan kejiranan segeranya dari semua objek yang lebih kecil. Mengikut penaksiran ini, Sistem Suria mempunyai lapan planet yang diketahui: Utarid, Zuhrah, Bumi, Marikh, Musytari, Zuhal, Uranus, dan Neptun. Pluto telah disingkirkan dari status planetari, laksana ia tidak dibersihkan orbitnya dari sekitar objek jalur Kuiper.
Sebuah planet kerdil merupakan badan selestial yang mengorbit Matahari yang cukup besar untuk dilingkarkan oleh gravitinya sendiri tetapi iaitu tidak membersihkan rantau kejiranannya dari planetesimal dan bukan satelit. Mengikut penaksiran ini, Sistem Suria mempunyai empat planet kerdil yang diketahui: Ceres, Pluto, Makemake, and Eris. Planet kerdil yang mengorbit dalam rantau trans-Neptunian dipanggil "plutoid."[4]
Saki-baki dari objek yang mengorbit mengelilingi Matahari adalah anggota Sistem Suria kecil.(ASSK).[5]
Satelit semulajadi, atau bulan, adalah objek yang mengorbit mengelilingi planet, planet kerdil dan ASSK, berbanding dari matahari itu sendiri.
Para astronomi biasanya mengukur jarak di dalam Sistem Suria dalam unit astronomikal (AU). Satu AU adalah kira-kira jarak purata antara Bumi dan Matahari, atau 149,598,000 km (92,956,000 bt). Pluto secara kasarnya 38 AU dari Matahari, manakala Musytari berada secara kasarnya 5.2 AU. Satu tahun cahaya ialah 63,240 AU. Sebuah jarak badan dari Matahari dalam kursus dari tahunnya. Pendekatan terdekat kepada Matahari dipanggil perihelion, manakala jarak terjauh dari Matahari dipanggil aphelion.
[sunting] Pembentukan
Hipotesis pembentukan SIstem Suria kini ialah hipotesis nebula, pertama kali diusulkan pada 1755 oleh Immanuel Kant dan dirumuskan oleh Pierre-Simon Laplace secara berasingan[6]. Teori nebula ini mengatakan bahawa Sistem Suria terjadi akibat kemusnahan graviti awan gas yang dipanggil nebula suria. Ia mempunyai diameter 100 AU dan berjisim 2-3 kali jisim Matahari. Kemudian, satu gangguan (mungkin supernova berhampiran) memampatkan nebula, menolak jirim ke dalam sehingga daya graviti mengatasi tekanan gas dalaman dan ia mula runtuh. Apabila nebula itu runtuh, keabadian momentum sudut bermakna ia berputar semakin laju dan semakin panas. Campuran daya-daya graviti, tekanan gas, medan magnet dan putaran menyebabkan nebula yang mengecut itu mula mendatar menjadi cakera protoplanet berputar dengan protobintang yang semakin mengecut di tengah.
Daripada awan serta gas dan debunya, pelbagai planet terjadi. Sistem suria dalaman terlalu panas untuk molekul mudah ruap seperti air dan metana untuk memeluwap, jadi planetesimal yang terbentuk di situ agak kecil (cuma 0.6% dari jisim cakera) dan terdiri dari sebatian dengan takat lebur tinggi seperti silikat dan logam. Badan berbatu ini kemudiannya menjadi planet terestrial. Lebih jauh, kesan graviti Musytari mengakibatkan objek protoplanet tidak boleh bersatu, dan ini menjadi lingkaran asteroid. Musytari dan Zuhal menjadi gergasi gas, manakala Uranus dan Neptun lebih kecil dan dikenali sebagai gergasi ais kerana teras keduanya dipercayai terdiri daripada ais, ataupun sebatian hidrogen.
Gergasi gas tersebut cukup besar untuk mengekalkan "atmosfera primer" yang terdiri daripada hidrogen dan helium yang ditarik dari nebula suria di sekeliling. Planet terestial pula akhirnya hilang atmosfera ini, dan kemudiannya menghasilkan "atmosfera sekunder" melalui aktiviti gunung berapi, hentaman komet, dan dalam kes Bumi, adanya kehidupan.
Selepas 100 juta tahun, tekanan dan ketumpatan hidrogen di tengah nebula runtuh menjadi cukup besar untuk protomatahari tersebut memulakan pelakuran termonuklear, yang akan berterusan sehinggalah keseimbangan hidrostatik diperolehi. Angin suria Matahari baru itu kemudiannya membersihkan semua gas dan debu dalam cakera protoplanet dengan meniupnya ke ruang antara najam, dan demikian mengakhiri pertumbuhan planet.
[sunting] Rujukan
- ↑ Scott S. Sheppard. "The Jupiter Satellite Page". Carnegie Institution for Science, Department of Terrestrial Magnetism. http://www.dtm.ciw.edu/sheppard/satellites/. Capaian 2008-04-02.
- ↑ nineplanets.org. "An Overview of the Solar System". http://www.nineplanets.org/overview.html. Capaian 2007-02-15.
- ↑ Amir Alexander (2006). "New Horizons Set to Launch on 9-Year Voyage to Pluto and the Kuiper Belt". The Planetary Society. http://www.planetary.org/news/2006/0116_New_Horizons_Set_to_Launch_on_9_Year.html. Capaian 2006-11-08.
- ↑ "Plutoid chosen as name for Solar System objects like Pluto". International Astronomical Union (News Release - IAU0804). Jun 11, 2008, Paris. http://www.iau.org/public_press/news/release/iau0804. Capaian 2008-06-11.
- ↑ "The Final IAU Resolution on the definition of "planet" ready for voting", IAU, 2006-08-24. Dicapai pada 2007-03-02.
- ↑ "The Past History of the Earth as Inferred from the Mode of Formation of the Solar System". American Philosophical Society. 1909. http://links.jstor.org/sici?sici=0003-049X%28190901%2F04%2948%3A191%3C119%3ATPHOTE%3E2.0.CO%3B2-U&size=LARGE. Capaian 2006-07-23.
[sunting] Pautan luar
| Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan: Sistem suria |
| Ketahui lebih lanjut tentang Sistem suria di projek saudara Wikipedia: | |
| Takrifan dari Wiktionary |
|
| Imej dan media dari Commons |
|
| Sumber pembelajaran dari Wikiversity |
|
| Berita dari Wikinews |
|
| Petikan dari Wikiquote |
|
| Teks sumber dari Wikisource |
|
| Buku teks dari Wikibooks |
|
- (Inggeris) Solar System Profile by NASA's Solar System Exploration
- (Inggeris) NASA's Solar System Simulator
- (Inggeris) NASA/JPL Solar System main page
- (Inggeris) The Nine Planets – Comprehensive Solar System site by Bill Arnett
- (Inggeris) SPACE.com: All About the Solar System
- (Inggeris) Illustration of the distance between planets
- (Inggeris) Illustration comparing the sizes of the planets with each other, the sun, and other stars
- (Inggeris) Solar System Live (an interactive orrery)
- (Inggeris) Solar System Viewer (animation)
- (Inggeris) Planetary Science Research Discoveries Educational journal with articles about Solar System bodies
|
||||||||
|
|||||||||||||||||