Gerbang

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Gerbang atau lengkungan adalah suatu binaan terbuka dan melengkung yang diatasnya beratapkan dengan paduan binaan yang biasanya adalah batuan. Lengkungan gerbang boleh jadi dalam bentuk ala bulatan, bujur ataupun tajam diatas seperti piramid. Namun, gerbang ataupun lengkungan tidaklah padat binaannya, binaan gerbang biasanya bertiang dua di tepi dan ruang tengahnya terbuka luas dan membolehkan udara bergerak bebas dari muka ke muka. Gerbang-gerbang pada hari dibina menggunakan lebihan batuan-batuan kecil atau bongkah batu-bata yang digunakan dalam membuat bangunan. Gerbang dicipta bagi mendapat suatu pemandangan yang menarik dan damai. Batu yang terdapat dipuncak tertinggi diatas sesuatu gerbang dikenali sebagai "batu kunci" atau "keystone", ini bagi memastikan batuan yang menjadi bahan asas dalam pembuatan gerbang tidak terjatuh. Gerbang atau lengkungan boleh diletakkan diatas jalan raya, bawah jambatan, pintu masuk utama atau di tingkap-tingkap. Di Malaysia, gerbang yang paling popular akan struktur binaan dan nilai warisannya adalah Kota Darul Ehsan.

Gerbang agak berbeza sedikit dengan Iwan kerana Iwan mempunyai binaan tembok tertutup dibahagian dalamnya.

Gerbang semulajadi[sunting | sunting sumber]

Gerbang Laut merupakan salah satu contoh gerbang semulajadi yang berada di kawasan pinggir laut yang berteluk atau bertanjung, gerbang ini terjadi berikutantindak balas pasang surut ombak laut yang membadai di kawasan penggir laut yang mempunyai tanjung. Secara teknikalnya, ombak akan menyebab berlakunya hakisan keatas batuan lembut, apabila hakisan makin bertambah, maka tetanjung mudah membentuk beberapa gua, lama kelamaan dinding gua yang telah dibadai oleh ombak akan runtuh dan seterusnya membentuk gerbang laut. Keadaan badaian ini akan terus berlaku dan mungkin menyebabkan tiang gerbang laut akan runtuh, maka terbentuklah batuan tunggal dan seterusnya batuan sisa.

Gerbang lembut, adalah bentuk gerbang semulajadi yang terdapat di Moab, Utah

Lain-lain gerbang[sunting | sunting sumber]

Gerbang buta adalah gerbang yang diisi dengan batuan atau bahan penyumbat yang tidak boleh menjadi tetingkap, pintu mahupun tempat laluan. Gerbang buta biasanya wujud pada bangunan yang telah mengalami pembaikan dan perubahan bentuk yang melibatkan pecahan bahagian mahupun tambahan bahagian seperti blok-blok dinding.

Kubah pula adalah lengkungan yang dikelilingi dengan bahan litupan sebesar 360 darjah pada paksi vertikal.