Iwan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Masjid Jamé Isfahan, pemandangan iwan utara dari laman dalam

Sebahagian dari siri
Masjid

Pahýl - Mešita.png

Seni bina

Mihrab · Menara · Mimbar

Gaya seni bina

Sudan-Sahel · Iwan

Lain

Pengubahan · Qadam Rasul

Masjid di merata dunia

Afrika · Asia · Australia
Amerika Utara · Amerika Selatan
Amerika Syarikat · Eropah

Lihat juga

Islam · Muslim · Surau · Kiblat

Portal Islam

Iwan (Bahasa Parsi: إيوان eyvān) merupakan binaan kekubah atau ruangan mihrab yang besar, ia selalunya terdapat pada pintu gerbang utama masjid. Binaannya seperti tembok besar dengan 3 sisi (dua depan dan satu di belakang) serta di bahagian depannya terbuka luas sambil melengkuk tirus ke belakang dan ke atas.

Iwan merupakan mercu tanda keagungan seni bina Empayar Sasan Parsi, seterusnya dianggap sebagai sebahagian dari seni bina Islam. Peralihan seni bina ini semakin berkembang dan mencapai kemuncak semasa era pemerintahan Saljuk, apabila iwan diangkat menjadi salah satu daripada unit asas seni bina Islam. Kebiasaannya, ruangan terbuka pada bahagian tengah serta lapangan di sekitarnya digunakan bagi aktiviti umum seperti rekreasi.

Iwan juga turut digunakan dalam seni bina bangunan-bangunan awam dan kediaman.