Gerhana matahari 22 Julai 2009

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Gerhana matahari 22 Julai 2009
Solar eclipse animate (2009-Jul-22).gif
Gerhana matahari pada 22 Julai, 2009
Jenis gerhana
Gama 0.0696
Magnitud 1.0799
Saros 136 (37 daripada 71)
Gerhana maksimum
Tempoh 398 s (6 min 38.8 s)
Lokasi Lautan Pasifik
Koordinat 24°12′36″N 144°06′24″E / 24.21000°U 144.10667°T / 24.21000; 144.10667
Lebar lingkaran maksimum 258.4 km
Masa (UTC)
Gerhana separa 23:58:18 (21 Julai 2009)
Gerhana penuh 00:51:16
Gerhana pusat 00:54:31
Gerhana terbesar 02:35:21

Gerhana matahari 2009 berlaku pada 22 Julai 2009 jam 8.23 pagi hingga 9.48 pagi waktu Malaysia. Gerhana matahari separa ini hanya 17.8 peratus sahaja kawasan permukaan Matahari akan ditutupi oleh bulan . Gerhana matahari penuh berlaku di India, China dan lain-lain.

Fenomena astronomi ini akan dapat disaksikan oleh penduduk Bumi di mana laluan gerhana itu meliputi hampir separuh kawasan Bumi.Bayangan umbra bulan (bahagian bayang yang sangat gelap) akan mula memasuki laluannya di India dan seterusnya akan melalui Nepal, Bangladesh, Bhutan, Myanmar dan China .Laluan gerhana itu melepasi benua Asia, ia akan melalui Pulau Ryukyu di Jepun dan melalui Lautan Pasifik dengan masa maksimum semasa gerhana penuh mencapai 6 minit 39 saat.

Penduduk Malaysia akan dapat menikmati Gerhana Matahari Separa pada 15 Januari 2010, 9 Mac 2016 dan 26 Disember 2019.Ketika itu, fenomena gerhana matahari penuh, yang merupakan gerhana matahari terpanjang di abad ini.

Ekspedisi Gerhana Matahari[sunting | sunting sumber]

Ketua Unit Penyelidikan Sains Angkasa (UPSA) ANGKASA, Mhd Fairos Asillam menyatakan Utara Semenanjung Malaysia merupakan kawasan yang terbaik untuk mencerap gerhana matahari separa itu.Tiga pegawai Angkasa akan membuat penyelidikan ,mengambil data dan imej gerhana (fotografi dan videografi) semasa berlakunya fenomena gerhana matahari itu di Jinshan, Shanghai, China. Ini kerana cuaca dan litupan awan di China lebih baik berbanding dengan kawasan lain.

Ekspedisi Gerhana di China ni turut disertaikan pasukan dari Universiti Malaya, Universiti Sains Malaysia, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Persatuan Falak Syarie Malaysia, Stargazer Scientific dan Falak Online.[1]

Kesan gerhana kepada haiwan[sunting | sunting sumber]

Pada 22 Julai 2009, penduduk India dapat menyaksikan fenomena gerhana matahari yang pertama pada abad ke-21. Gerhana matahari akan merentasi India pada 22 Julai ini, selama kira-kira enam minit dan 39 saat (antara 5.30 pagi dan 7.30 pagi) dan akan dapat dilihat dengan jelas di bandar raya seperti Bhopal, Patna dan Varanasi.

Saintis India sibuk mengkaji kesan fenomena itu terhadap haiwan dan hidupan marin.Taman Negara Van Vihar di Bhopal di Madhya Pradesh, pakar zoologi menganalisis tindak balas haiwan apabila berlakunya gerhana matahari. 41 haiwan maging berlainan dipilih sebagai bahan ujikaji.Penjaga zoo memantau kelakuan singa, harimau, harimau bintang, ular, buaya dan burung.

Pakar biologi dari Universiti Veer Marmad South Gujarat akan menyelidik kesan gerhana itu terhadap hidupan akuatik. Dr Mohini Gadhia, ketua Jabatan Biologi Akuatik mengetuai pasukan tersebut. Kelakuan kelakuan ikan emas, ikan kap dan udang akan diambil datanya. Ini termasuklah corak pernafasan, renangan, perubahan pada warna (badan) atau perubahan fisiologi.[2]

Siaran langsung[sunting | sunting sumber]

Siaran langsung Gerhana Matahari Penuh melalui :

Rujukan[sunting | sunting sumber]