Goyang Upin & Ipin (lagu)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
"Goyang Upin & Ipin"
Single oleh Upin & Ipin
Dilancarkan pada3 Ogos 2020
Dirakamkan pada2020
FormatMuat turun digital, media penstriman
GenreDangdut
Panjang3:32
SyarikatLes' Copaque Production
PenulisAhmad Zakri Tomirin, Arif Asyraf Munap
"Goyang Upin & Ipin" di YouTube
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

"Goyang Upin & Ipin" ialah lagu yang dinyanyikan oleh Asyiela Putri, pelakon suara Upin & Ipin. Lagu ini dicipta oleh Ahmad Zakri Tomirin, Arif Asyraf Munap dan dikeluarkan pada 3 Ogos 2020 oleh Les' Copaque Production melalui YouTube,[1] Spotify,[2] iTunes,[3] Deezer[4] dan JOOX.[5]

Muzik Video[sunting | sunting sumber]

Video muzik rasmi lagu ini telah dikeluarkan pada 3 Ogos 2020 melalui saluran YouTube syarikat animasi tersebut, Les' Copaque Production. Lagu ini kini telah memperoleh jumlah tontonan di YouTube sebanyak 221 juta dalam tempoh setahun, iaitu tarikh lagu ini dikeluarkan di YouTube.

Kritikan[sunting | sunting sumber]

Umum sedia maklum bahawa animasi Upin & Ipin ini memang khusus untuk tontonan kanak-kanak, jadi ramai netizen menzahirkan rasa kurang senang di ruangan komen Twitter rasmi Les’ Copaque[6] dengan aksi gelek yang bagi mereka akan memberikan pengaruh negatif kepada minda kanak-kanak.

Dalam pada itu ada juga netizen yang kurang senang apabila terlihat aksi watak Kak Ros dan Cikgu Melati bergelek sakan.

Malah ada juga yang kecam kerana ia seolah-olah mengetengahkan budaya luar berbanding budaya dalam Malaysia sendiri.

Rujukan[sunting | sunting sumber]