Grup Teater Lab (G-TeL) Universiti Malaysia Sabah

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Grup Teater Lab Universiti Malaysia Sabah (G-TeL), telah diilhamkan oleh Dr. Andika Aziz Hussin, Pensyarah Teater dari Program Pengajian Seni Kreatif, Sekolah Pengajian Seni, Universiti Malaysia Sabah. G-TeL telah ditubuhkan pada tahun 1997 dan kebanyakan ahlinya terdiri daripada pelajar dan alumni Sekolah Pengajian Seni, UMS serta pelajar daripada sekolah yang lain yang terdapat di UMS.

G-TeL terbahagi kepada dua bahagian iaitu bahagian pengurusan dan bahagian kreatif. Kelab ini telah menjadi landasan kepada kerja-kerja praktikal khasnya kepada pelajar yang memfokus atau meminati bidang produksi teater.

G-TeL dinaungi oleh Naib Canselor UMS iaitu Kol. Prof. Datuk Dr. Kamaruzaman Hj. Ampon dan Penasihat serta Pembimbing G-TeL terdiri daripada Dr. Andika Aziz Hussin sendiri.

Aktiviti[sunting | sunting sumber]

G-TeL merupakan kumpulan kesenian teraktif dan telah bergiat mengharumkan nama Sekolah Pengajian Seni dan Universiti Malaysia Sabah. Sepanjang penubuhan G-TeL, Ia telah terlibat dalam beberapa siri Pekan Teater dan Festival Teater (Pekan Teater ditukar kepada Festival Teater pada tahun 2001) baik di peringkat IPT, peringkat negeri Sabah mahupun peringkat Kebangsaan, seperti yang tersenarai dibawah:

1) Tahun 1998 skrip “PATUNG-PATUNG” peringkat negeri,

2) Tahun 1999 skrip “SASAU” peringkat negeri - mendapat anugerah pelakon lelaki terbaik - Rozdan Mazalan

3) Tahun 2000 skrip “AJONG” Naib Johan peringkat negeri - mendapat anugerah teknikal terbaik, pelakon wanita terbaik - Suria Mohd.Yunus

4) Tahun 2001 skrip “NUR” – Johan peringkat negeri dan layak ke peringkat Kebangsaan, mendapat tempat ketiga di kebangsaan dan anugerah pelakon wanita terbaik negeri dan kebangsaan - Tasia Arlina Ismail, anugerah teknikal terbaik negeri, pelakon lelaki terbaik negeri - Isa Romtie

5) Tahun 2001 skrip “MAYAT” – Ke Festival Teater MAKUM

6) Tahun 2002 skrip “MACALZONE” – Johan peringkat negeri dan layak ke peringkat Kebangsaan, mendapat anugerah pelakon wanita terbaik - Norlila Alan dan anugerah pelakon pembantu wanita terbaik - Stella Nasip

7) Tahun 2005 skrip “BENDA SULIT” – Ke Festival Teater MAKUM – mendapat tempat ketiga,

8) Tahun 2006 skrip “REKAAN UTAMA” – Ke Festival Teater MAKUM – mendapat anugerah pelakon harapan - Ruwaida

9) Tahun 2007 skrip “SYAJAR” – Johan peringkat negeri – mendapat anugerah pelakon wanita utama Terbaik - Aspariah Asad, anugerah pelakon wanita harapan - Tasia Arlina Ismail dan anugerah pelakon lelaki harapan terbaik - Suhaimi Arsid, Anugerah Sinografi terbaik dan pengarah terbaik. Johan Festival Teater MAKUM buat kali pertama dalam sejarah penubuhan G-TeL – memenangi Anugerah Arahan/Adaptasi Terbaik, Anugerah Teknik Persembahan Terbaik, Anugerah Tatarias dan Busana Terbaik, Anugerah Cahaya dan Audio Terbaik

10) Tahun 2009 skrip “TERRA ROSA” – Naib Johan peringkat negeri – menang anugerah pelakon wanita utama terbaik - Alinah Osman dan anugerah pelakon pembantu wanita terbaik - Mazrona Kalinggalan. Sekarang G-TeL masih menanti keputusan untuk layak ke Peringkat Kebangsaan yang bakal diadakan pada pertengahan tahun 2010 nanti.

11) pada tahun 2010 skrip "KONFRANTASI 13" - Naib Johan Festival Dekon MAKUM 2010, memenangi anungerah Dekonis terbaik - Saiful Riza Saberi dan tempat ketiga naskah terbaik - Tasia Arlina Ismail.

12)pada tahun 2011 Skrip "CHEONGSAM UNTUK YING" - Tempat Ke Tiga Festival Dekon MAKUM dan Skrip Naskah Kedua Terbaik - Tasia Arlina Ismail.

pada Diseber 2010, G-Tel berjaya menganjurkan "Siri Jelajah Dekon" Ke Singapura dan Kuala Lumpur sebagai usaha memperkenalkan DEKON kepada khalayak umum.

perkembangan terbaru UMS sedang menanti untuk berentap semula dalam FESTIVAL TEATER MAKUM yang sering tertunda dan ditunda oleh penganjur.


Pada tahun 2008, G-TeL telah menerima anugerah Saron Wangsa Perdana sempena anugerah MAKUM 2008 anjuran Majlis Kebudayaan Universiti-Universiti Malaysia (MAKUM) kerana berjaya menggondol anugerah terbanyak dalam salah satu acara anjuran MAKUM (Festival Teater MAKUM).

Selain daripada mengikuti pertandingan teater, G-TeL juga terlibat dengan pertandingan DEKON yang mana Universiti Malaysia Sabah merupakan tuan rumah tetap bagi pertandingan tersebut, terlibat dengan persembahan-persembahan Puisidra dan lain-lain persembahan baik di dalam mahupun luar UMS. Kini G-TEL mengorak langkah dengan terlibat dalam kerja-kerja kebajikan dan kemasyarakatan seperti mengadakan teater terapi bersama pelajar pemulihan akhlak dan lain-lain. Kejayaan G-TeL dalam persembahan teater dan persembahan pentas yang lain dapat diukur dalam masa yang begitu cepat dan sungguh memberangsangkan. G-TEL telah berjaya melahirkan pengarah dan pelakon-pelakon terbaik baik di peringkat IPTA, peringkat negeri mahupun di peringkat kebangsaan. Kebanyakan daripada pelajar lepasan teater Sekolah Pengajian Seni telah pun berkerja dalam pelbagai sektor seperti JKKN, Astro, FINAS, TV3, RTM dan lain-lain.[perlu rujukan]