Gua Hira

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Koordinat: 21°27′27.20″N 39°51′33.90″E / 21.4575556°U 39.8594167°T / 21.4575556; 39.8594167

Pintu masuk Gua Hira'

Gua Hira (Bahasa Arab: غار حراء‎, Ġār Ḥirāʾ) ialah sebuah gua yang terletak kira-kira 2 bt (3.2 km) dari Makkah, di atas sebuah gunung bernama Jabal al-Nour di wilayah Hijaz di Arab Saudi. Gua itu sendiri berukuran 12 ka (3.7 m) panjang dan 5 kaki 3 in (1.60 m) lebar.[1] Tinggi gua itu ialah 270 m (890 ka) dan boleh didaki dengan kira-kira 600 anak tangga.[2] Letaknya pada tebing menanjak yang agak curam walaupun Gunung Nur tidaklah terlalu tinggi. Namun begitu, pendakian menuju ke Gua Hira melalui jalan lereng-lereng Bukit Nur yang kering dan berbatu, setiap orang haruslah memiliki kekuatan fizikal dan mental yang kuat.

Gua ini terkenal sebagai tempat di mana Nabi Muhammad s.a.w. menerima wahyu yang pertama daripada Allah melalui Malaikat Jibril.[1] Gua Hira adalah tempat Nabi Muhammad SAW selalu menyendiri dan bermunajat selain bertahannuth dan bertaqarrub kepada Allah SWT selama tiga tahun. Baginda juga selalu ke situ bagi menghindari masyarakat Arab Jahiliyah yang pada saat itu masih belum beriman kepada Allah dan sering melakukan maksiat dan dosa-dosa besar.[3]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. 1.0 1.1 In the Cave of Hira’[pautan putus]
  2. Akhmad Kusaeni (28 Oktober 2011). "Tersungkur di Gua Hira". ANTARA News. Diperoleh pada 12 Mac 2014. 
  3. Safi-ur-Rahman al-Mubarkpuri (1995). "In The Shade of the Message and Prophethood". Ar-Raheeq Al-Makhtum (kulit keras) (dalam bahasa Inggeris). Riyadh: Maktaba Dar-us-Salam. ms. 67. 

Pautan luar[sunting | sunting sumber]