Wahyu

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Sebahagian daripada siri berkaitan
Allah-green.svg
Islam

Rukun Iman

Allah • Kitab • Malaikat • Nabi
Hari Akhirat • Qada dan Qadar

Rukun Islam

Syahadah • Solat • Puasa
Zakat • Haji

Kota Suci

Makkah • Madinah
Baitulmuqaddis

Hari Raya

Aidilfitri • Aidiladha

Hukum

Al-Quran • Sunnah • Hadis

Sejarah

Garis Masa Sejarah Islam
Khulafa al-Rasyidin
Khalifah • Khilafah

Tokoh Islam

Nabi Muhammad s.a.w
Ahlul Bait • Sahabat Nabi

Mazhab

Ahli Sunah Waljamaah
Hanafi • Syafie
Maliki • Hanbali

Budaya Dan Masyarakat

Akademik • Haiwan • Seni
Takwim • Kanak-kanak
Demografi • Perayaan
Masjid • Dakwah • Falsafah
Sains • Wanita • Politik

Lihat juga

Kritikan • Islamofobia
Glosari

Portal Islam


Perkataan "Wahyu" adalah berasal dari kata dalam bahasa Arab yang berasal daripada perkataan "awha" bermaksud; inspirasi daripada orang lain atau arahan seseorang. Secara umumnya,Wahyu ialah perintah atau kata-kata Allah (كلام الله) SWT yang disampaikan kepada para rasul-Nya.

Nabi Muhammad sebagai salah seorang rasul (pesuruh) Allah Taala juga menerima wahyu yang disampaikan melalui perantaraan malaikat Jibril. Wahyu pertama yang diterima oleh Nabi Muhammad SAW ialah Surah Al-‘Alaq (سورة العلق) ayat 1-5:

أقرأ باسم ربك الذي خلق . خلق الإنسان من علق . اقرأ وربك الأكرم . الذي علم بالقلم . علم الإنسان مالم يعلم

Cara penurunan Wahyu[sunting | sunting sumber]

Terdapat beberapa cara wahyu diturunkan iaitu:
Seperti dengungan loceng.

  1. Malaikat menyerupai seorang lelaki dan bercakap.
  2. Secara terus daripada Allah.
  3. Mimpi yang benar.

Aisyah meriwayatkan bahawa:

أَنَّ الْحَارِثَ بْنَ هِشَامٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ سَأَل رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، فَقَالَ: يَا رَسُولَ اللَّهِ، كَيْفَ يَأْتِيكَ الْوَحْيُ ؟ فَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: "أَحْيَانًا يَأْتِينِي مِثْلَ صَلْصَلَةِ الْجَرَسِ، وَهُوَ أَشَدُّهُ عَلَيَّ فَيُفْصَمُ عَنِّي، وَقَدْ وَعَيْتُ عَنْهُ مَا قَالَ، وَأَحْيَانًا يَتَمَثَّلُ لِي الْمَلَكُ رَجُلًا فَيُكَلِّمُنِي فَأَعِي مَا يَقُول". قَالَتْ عَائِشَةُ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهَا: وَلَقَدْ رَأَيْتُهُ يَنْزِلُ عَلَيْهِ الْوَحْيُ فِي الْيَوْمِ الشَّدِيدِ الْبَرْدِ فَيَفْصِمُ عَنْهُ، وَإِنَّ جَبِينَهُ لَيَتَفَصَّدُ عَرَقًا.

Al-Haris bin Hisyam telah bertanya kepada Rasula Llah, dan dia berkata: Ya Rasula Llah, bagaimana wahyu mendatangi kamu?. Maka berkata Rasulu Llah: «Kadangkala ia mendatangi saya seperti dengungan loceng, dan ia adalah yang paling berat ke atas saya, maka ia pun terputus daripada saya, dan saya telah ingat daripadanya apa yang dia katakan. Dan kadangkala satu mala’ikat menyerupakan untuk saya sebagai seorang lelaki, maka dia berkata-kata kepada saya, dan saya ingat apa yang dia katakan». Berkata `A’isyah: Dan sesungguhnya saya telah melihatnya, turun ke atasnya wahyu, pada suatu hari yang sangat sejuk, maka ia pun putus daripadanya, dan sesungguhnya dahinya benar-benar mengalirkan peluh. [Al-Bukhariy/ 2]

Perkataan Wahyu dalam Al-Qur'an[sunting | sunting sumber]

Perkataan Arab wahyu berasal dari Awha,dan bermaksud inspirasi dari orang lain atau arahan seseorang.

Di bawah adalah contoh Awha dalam Quran:

  • Perintah untuk lebah

وَأَوْحَى رَبُّكَ إِلَى النَّحْلِ أَنِ اتَّخِذِي مِنَ الْجِبَالِ بُيُوتًا وَمِنَ الشَّجَرِ وَمِمَّا يَعْرِشُونَ

Dan Tuhan kamu telah mewahyukan (memerintahkan) kepada lebah agar kamu mengambil daripada gunung sebagai rumah, dan daripada pokok dan daripada apa yang mereka bina (Surah An-Nahl: 68)

  • Perintah kepada bumi

وَأَخْرَجَتِ الْأَرْضُ أَثْقَالَهَا. وَقَالَ الْإِنْسَانُ مَا لَهَا. يَوْمَئِذٍ تُحَدِّثُ أَخْبَارَهَا. بِأَنَّ رَبَّكَ أَوْحَى لَهَا

Dan bumi mengeluarkan muatannya. Dan manusia berkata, "Kenapa dengannya?". Pada hari itu, ia menceritakan perkhabarannya. Bahawa Tuhan kamu telah mewahyukan (memerintahkan) kepadanya.(Surah Az-Zalzalah: 2-5)

  • Perintah kepada langit

فَقَضَاهُنَّ سَبْعَ سَمَاوَاتٍ فِي يَوْمَيْنِ وَأَوْحَى فِي كُلِّ سَمَاء أَمْرَهَا

Maka Dia telah menjadikannya tujuh langit dalam dua hari dan Dia telah mewahyukan pada tiap-tiap langit urusannya. (Surah Fussilat: 12)

  • Perintah kepada Ibu Musa dalam bentuk inspirasi atau ilham dari Allah

وَأَوْحَيْنَا إِلَى أُمِّ مُوسَى أَنْ أَرْضِعِيهِ فَإِذَا خِفْتِ عَلَيْهِ فَأَلْقِيهِ فِي الْيَمِّ وَلَا تَخَافِي وَلَا تَحْزَنِي إِنَّا رَادُّوهُ إِلَيْكِ وَجَاعِلُوهُ مِنَ الْمُرْسَلِينَ

Dan Kami ilhamkan kepada ibu Musa: Susukanlah dia; dalam pada itu, jika engkau takutkan sesuatu bahaya mengenainya (dari angkara Firaun), maka (letakkanlah dia di dalam peti dan) lepaskanlah dia ke laut dan janganlah engkau merasa bimbang dan jangan pula berdukacita; sesungguhnya Kami akan mengembalikannya kepadamu, dan Kami akan melantiknya menjadi salah seorang dari Rasul-rasul Kami. (Surah Al-Qasas: 7)

  • Perintah secara terus dari Allah

إِذْ يُوحِي رَبُّكَ إِلَى الْمَلآئِكَةِ أَنِّي مَعَكُمْ فَثَبِّتُواْ الَّذِينَ آمَنُواْ سَأُلْقِي فِي قُلُوبِ الَّذِينَ كَفَرُواْ الرَّعْبَ فَاضْرِبُواْ فَوْقَ الأَعْنَاقِ وَاضْرِبُواْ مِنْهُمْ كُلَّ بَنَانٍ

Ingatlah), ketika Tuhanmu mewahyukan kepada para malaikat: "Sesungguhnya Aku bersama kamu, maka teguhkanlah (pendirian) orang-orang yang telah beriman". Kelak akan Aku jatuhkan rasa ketakutan kedalam hati orang-orang kafir, (Surah Al-Anfaal: 12)

Terdapat juga perkataan Awha (inspirasi) dalam Quran yang menunjukkan kepada Iblis.Namun,perkataan membisik lebih sesuai bagi menunjukkan inpirasi jahat dari Iblis.

وَكَذَلِكَ جَعَلْنَا لِكُلِّ نِبِيٍّ عَدُوًّا شَيَاطِينَ الإِنسِ وَالْجِنِّ يُوحِي بَعْضُهُمْ إِلَى بَعْضٍ زُخْرُفَ الْقَوْلِ غُرُورًا وَلَوْ شَاء رَبُّكَ مَا فَعَلُوهُ فَذَرْهُمْ وَمَا يَفْتَرُونَ

Dan demikianlah Kami jadikan bagi tiap-tiap nabi itu musuh, yaitu setan-setan (dari jenis)manusia dan (dari jenis) jin, sebahagian mereka membisikkan kepada sebahagian yang lain perkataan-perkataan yang indah-indah untuk menipu(manusia).(Surah Al-An'aam:12)



Wiki letter w.svg

 Rencana ini merupakan rencana tunas. Anda boleh membantu Wikipedia dengan mengembangkannya.