Guardian Tales

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Guardian Tales
PembangunKong Studio
PenerbitKakao Games
SiriGuardian Tales
PlatformAndroid
iOS
Nintendo Switch Sunting ini di Wikidata
PelepasanAndroid, iOS
24 Februari 2020 (Korea Selatan)
28 Julai 2020 (Seluruh dunia)
GenreRPG, hack and slash, aksi-pengembaraan
ModPemain tunggal, multipemain

Guardian Tales adalah permainan video RPG hack and slash aksi-pengembaraan 2020 yang dibangunkan oleh Kong Studio dan diterbitkan oleh Kakao Games. Permainan ini dikeluarkan pada 24 Februari 2020 di Korea Selatan untuk IOS dan Android dan kemudian pada 28 Julai untuk seluaruh dunia.

Permainan ini menceritakan tentang Guardian Knight, seorang kesatria diraja untuk Kanterbury Kingdom (Kerajaan Kanterbury) yang baru direkrut. Selepas selesai latihan pertama sebagai Guardian, Guardian Knight berdepan dengan segerombolan musuh makhluk jahat bernama "Invader" yang ingin menguasai dunia. Guardian Tales rata-rata mendapat pujian positif oleh pengkritik dan pemain kerana kreativiti serta mengembalikan nostalgia JRPG klasik.

Tatamain[sunting | sunting sumber]

Pemain mengawal Guardian Knight (atau 'hero' lain dalam peringkat selanjutnya jika mahu) dalam perspektif atas-bawah. Permainan ini menampilkan kawalan kayu ria di bahagian kanan dan kiri bawah pada skrin. Pemain harus melawan beberapa musuh jika mereka ingin ke babak seterusnya dalam permainan, menggunakan segala taktik dari berlari hingga mengumpan musuh ke kawasan yang diiginkan namun pemain akan 'terkunci' dalam sesuatu kawasan jika pertempuran masih belum selesai. Pemain juga akan dapat membuka "Hero" (Wira) baru sepanjang kemajuan permainan, disamping memperoleh senjata baru ketika dalam sesuatu dengan membuka peti atau menjumpai lokasi tersembuyi. Pemain pada mulanya berkemah di sebuah hutan untuk proses rehat dan rawat selepas tamat sesebuah peringkat, namun selepas menyelesaikan bab 1, pemain bertapak di "Heavenhold", sebuah tanah terbang yang dikendalikan oleh Innkeeper Loraine di tempat penginapannya. Pemain juga boleh Summon (Panggil) Hero dengan menggunakan Gem (Permata) untuk setiap percubaan. Pemain juga boleh menyertai Guild bersama pemain lain, yang akan membuka mod "Raid" (Serangan) yang menyasarkan 4 bos, masing-masing ada jatuhan item, exp, atau emas yang berguna.

Selepas membuka Heavehold, pemain juga ditampilkan dengan mod permainan lain seperti "Colosseum" dan "Arena". Dua cabaran berkenaan akan mempertemukan pemain dengan pemain lain dalam pertempuran. Di mod Colosseum pemain akan mempertaruhkan 4 Hero untuk melawan 4 Hero lawan, perlawanan berlangsung secara automatik tetapi pemain dapat mengatur kedudukan mereka sebelum berlawan, manakala di Arena, pemain akan mengawal hanya satu Hero dari bertiga dan akan berentap dengan Hero lawan secara langsung dalam talian, jika Hero berkenaan tewas, pemain akan digantikan dengan Hero kedua dan ketiga hingga Hero terakhir tewas. Dalam mod terbaru Kama-Zone, pemain beraksi sama seperti di Colosseum, namun akan naik ikut tingkat demi tingkat hingga ke peringkat bos.

Plot[sunting | sunting sumber]

Guardian Knight (pemain boleh menamakan wataknya) ialah seorang perwira/wirawti di Kanterbury yang baru sahaja menyertai pasukan Guardian Kerajaan Kanterbury. Guardian yang baru sahaja selesai latihan bersama anggota lain dimaklumkan bahawa mereka telah diserang. Dipimpin oleh Captain Eva, Guardian Knight dan lain-lain bergegas ke pintu hadapan istana dalam pertahanan menetang serangan makhluk "Invader". Namun ketika mereka menangkis serangan Invader, sebuah berbola api gergasi jatuh mengenai mereka menyebabkan Guardian Knight terpelanting jatuh namun diselamatkan oleh seseorang yang tidak dikenali. Dengan pintu hadapan istana dipecahkan, segerombolan makhluk jahat Invader datang dan menyerang ibu kota Kerajaan berkenaan. Guardian Knight berjaya melawan barisan serangan Invader, menyelamatkan rakannya Bob dan Linda serta bertemu semula dengan Captain Eva. Mereka berdua kemudian bergegas ke Istana Utama namun dihalangi oleh gergasi besar "Minotaur". Knight dan Eva berjaya mengalahkannya dan kembali ke dalam Istana untuk bertemu dengan Little Princess dan Cammie. Dengan Cammie selesai memindahkan rakyat ke tempat selamat menggunakan kuasanya. Mereka berempat mula berangkat untuk keluar tapi diserang oleh "Dark Magician" yang mengetuai serangan Invader. Mereka terselamat kerana Little Princess menggunakan kuasanya untuk 'memperlahankan' Dark Magician yang memberi ruang dan waktu untuk Cammie menggunakan magik terbangnya. Dalam serangan itu, Guardian Knight, Captain Eva, Bob, Linda, Little Princess dan Cammie terselamat. Namun Cammie serta Captain Eva didapati telah hilang semasa mereka diserang oleh "Dark Magician" ketika melarikan diri di udara. Guardian Knight dan Little Princess pula terjatuh di persisir Kanterbury berdekatan kawasan hutan. Selepas bangkit dari pengsan, Guardian Knight mendapati Little Princess dikejar oleh sekumpulan Goblin yang ingin menculiknya. Pengembaraan bermula dalam usaha mereka untuk melarikan diri sambil mencari jalan untuk membebaskan Kanterbury dari cengkaman Invader.

Penerimaan[sunting | sunting sumber]

Zach Guida dari Hardcore Droid berkata "Permainan ini berfungsi dengan sangat baik dalam menggabungkan watak JRPG, kelucuan, dan elemen cerita dengan permainan penjara bawah tanah".[1] Catherine Ng Dellosa dari Pocket Gamer berpendapat "Secara keseluruhan, Guardian Tales memerlukan perhatian penuh anda, dan bukan sesuatu yang santai yang boleh anda mainkan setiap kali anda perlu berehat sebentar.", memberikan permainan ini 4.5 dari 5 bintang secara keseluruhan.[2] Refluxxy dari GamerBraves menyatakan bahawa "Permainan yang terdapat dalam Guardian Tales sangat mengingatkan permainan RPG lama seperti siri klasik GameBoy Legend of Zelda dalam erti di mana anda melawan musuh serta menyelesaikan teka-teki untuk maju di peringkat."[3]

Permainan ini juga dinyatakan sebagai faktor pendorong peningkatan pendapatan Kakao, dengan alasan bahawa pandemik COVID-19 menjadikan perkhidmatan dalam talian menjadi semakin lazim.[4] Guardian Tales mempunyai lebih daripada 3 juta pemain di seluruh dunia pada bulan November 2020.[5]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Guardian Tales Review". Hardcore Droid (dalam bahasa Inggeris). 15 Ogos 2020. Dicapai pada 1 Disember 2020.
  2. ^ "Guardian Tales review - "A whirlwind of nostalgia in a quirky RPG package"". Pocket Gamer (dalam bahasa Inggeris). 5 Ogos 2020. Dicapai pada 1 Disember 2020.
  3. ^ "Guardian Tales Review – A Tale Worth Playing!". GamerBraves (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 1 Disember 2020.
  4. ^ Kim, Jaewon (5 November 2020). "Kakao's Q3 profit doubles as pandemic drives online demand". Nikkei Asia (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 3 Disember 2020. Kakao Games posted robust earnings in the third quarter, with its operating profit soaring 177.7% to 21.2 billion won from a year ago. Its revenue jumped 54.2% to 150.5 billion won during the same period thanks to popularity of its mobile game "Guardian Tales," released in July. (Kakao Games mencatatkan pendapatan yang kukuh pada suku ketiga, dengan keuntungan operasinya meningkat 177.7% kepada 21.2 bilion won dari tahun lalu. Pendapatannya melonjak 54.2% menjadi 150.5 bilion won dalam tempoh yang sama berkat populariti permainan mudah alihnya "Guardian Tales," yang dikeluarkan pada Julai)
  5. ^ "Kakao Games sees profit jump up 697 percent in Q3 after IPO". Korea JoongAng Daily (dalam bahasa Inggeris). 4 November 2020. Dicapai pada 3 Disember 2020. “Kakao Games’ first Guardian Tales accumulated 3 million players globally and came in third place in terms of sales in Taiwan and Hong Kong,” said Cho Kye-hyun, co-CEO of Kakao Games, during a conference call. ("Guardian Tales pertama Kakao Games mengumpulkan 3 juta pemain di seluruh dunia dan berada di tempat ketiga dari segi penjualan di Taiwan dan Hong Kong," kata Cho Kye-hyun, CEO-bersama Kakao Games, dalam panggilan persidangan.)

Pautan luar[sunting | sunting sumber]