Kayu ria

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Unsur kayu ria: 1. Kayu 2. Asas 3. Picu 4. Butang tambahan 5. Suis tembak automatik 6. Pendikit 7. Suis sudut pandangan 8. Cawan sedut

Kayu ria, juga dikenali sebagai kayu bedik merupakan tambahan perkakasan komputer atau peranti kayu kendali tangan kegunaan umum yang berputar pada satu hujung dan menghantar perutusan mengenai sudutnya dalam dua atau tiga dimensi pada komputer.

Kayu ria sering kali digunakan bagi mengendalikan permainan video, dan biasanya mempunyai satu atau lebih butang tekan yang kedudukannya boleh dibaca komputer. Istilah kayu ria menjadi sebati dengan kawalan permainan yang boleh disambungkan kepada komputer kerana komputer mengiktiraf input ini sebagai "input kayu ria".

Selain bagi kawalan komputer, kayu ria turut digunakan bagi mengawal mesin seperti lif, kren, lori, kerusi roda bermotor dan sebahagian mesin potong rumput putar setempat. Kini kayu ria mini telah digunakan sebagai peranti mengendali perkakasan eletronik lebih kecil seperti telefon bimbit.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]