Gunung Murud Kecil

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Gunung Murud Kecil
Titik tertinggi
Ketinggian1,615 m (5,299 ka)
Geografi
LokasiSarawak, Malaysia

Gunung Murud Kecil yang terletak di Sarawak, Malaysia mempunyai ketinggian setinggi 1,615 meter.[1] Ia terletak berhampiran dengan sempadan Indonesia.[2]

Gunung Murud Kecil mempunyai hutan Dipterokarp Bukit, hutan Dipterokarp Atas, hutan Montane, dan Hutan Ericaceous atau hutan gunung. Terdapat banyak flora di gunung ini yang mempunyai nilai perubatan. Kawasan hutan hujan di sekeliling gunung Murud Kecil masih merupakan hutan dara dan merupakan pusat aktiviti puak Penan menentang pembalakan di Ulu Barram menentang kumpulan pembalakan Samling.[3]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]