HMS Lancaster (F229)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
HMS Lancaster
Kerjaya RN Ensign
Kelas : Kelas Type 23 Duke
Nombor Pennant : F229
Limbungan Pembina : Yarrow Shipbuilders, Clyde
Tarikh Dilancarkan : Mei 24, 1990
Tarikh Ditauliahkan : Mei 1, 1992 Mei 1, 1992
Berat  : 4,000 tonnes
Panjang : 133 meter
Lebar : 16 meter
Kelajuan  : 28 knot
Komplemen  : 187 (17-22 orang pegawai, 55 orang bentara, 110 pelaut ditambah 27 TOPMAST), dan 2 orang awam.
Perkakasan  : 2 buah enjin turbin Rolls Royce Spey SM1A; 4 buah janakuasa diesel Paxman 1.3 MW and 2 buah motor penujah elektrik GEC 1.5 MW.
Persenjataan : Sistem pelancar menegak Sea Wolf VLS misil pertahanan udara jarak dekat close-range air defence missile system; misil antikapal Harpoon; 1 laras meriam 4.5inci Mk untuk tembakan permukaan dan bantuan tembakan; 1 pucuk meriam 30mm pertahanan dekat; mesingan 7.62mm GPMG dan torpedo antikapal selam Stingray.
Helikopter  : 1 buah helikopter EH101 Merlin dengan torpedo antikapal selam Stingray dan bom and bom dalam (depth charge)
Kelengkapan Deria : Type 996 radar jarak jauh; 911 target pengesan; 1007/8 radar pandu arah; 2031 sonar towed array; 2050 sonar dome haluan
Peranan : frigat pelbagai guna tetapi dilengkapkan untuk peranan antikapal selam. Boleh memberikan bantuan tembakan kepada pasukan darat di pantai, mencari dan menyelamat, bantuan bencana.
Maskot : “Sunny”, burung nuri African Grey
Pada awal 2009, HMS Lancaster baru pulang daripada tugasan enam bulan di Teluk Parsi

HMS Lancaster (F229) adalah sebuah kapal frigat dari jenis frigat Type 23 Tentera Laut Diraja British. HMS Lancaster adalah kapal keempat daripada frigat kelas DUKE kapal-kapal frigat pelbagai guna yang digunakan oleh Tentera Laut Diraja British.

Pada mulanya, HMS Lancaster diperuntukkan nombor pennant F232, tetapi tentera Laut menyedari bahawa borang nombor 232 adalah nombor borang yang digunakan untuk melaporkan kejadian kapal-kapal tentera laut yang terkandas. Dengan demikian, kapal ini diberikan nombor pennant baru.

Kapal ini dibina oleh Yarrow Shipbuilders (kini BAe Systems di Sungai Clyde (limbungan sama yang telah membina kapal KD Jebat dan KD Lekiu untuk Tentera Laut Diraja Malaysia. Kapal ini dilancarkan oleh Ratu Elizabeth II dalam bulan Mei 2000 dan ditauliahkan dalam tahun 2002. Jata kapal ini menggunakan Bunga Mawar Merah Lancaster (Lancastrian Red Rose). Kapal ini berpangkalan di Portsmouth.

F 229 HMS Lancaster adalah kapal keenam menggunakan nama ini. Selepas ditauliahkan, HMS Lancaster ditugaskan sebagai kapal pengawal di Hindia Barat dan Kepulauan Falkland. Selepas pengerahan tersebut, HMS Lancaster ditugaskan sebagai sumbangan united Kingdom kepada Pasukan Laut Sedia Atlantik (Standing Naval Force Atlantic) menjadikannya kapal frigat Type 23 yang pertama ditugaskan. Selepas diberikan kelengkapan semua di Devonport, Lancaster ditugaskan ke Teluk Arab untuk Operasi Resinate (Armilla) dalam tahun 2001. Selepas selesai tugas di Teluk Arab, Lancaster dihantar semula ke [Kepulauan Falkland]].

Pautan luar[sunting | sunting sumber]