Tentera Laut Diraja British

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Tentera Laut Diraja British
(Royal Navy)
Naval Ensign of the United Kingdom.svg
Panji Tentera Laut Diraja
Aktif seawal kurun ke-16
Negara United Kingdom
Kesetiaan Ratu England (Lord High Admiral)
Jenis Tentera laut
Keanggotaan lebih kurang 31600 Anggota +6000 Marin
Sebahagian daripada Angkatan Tentera Britain
Markas/Ibu pejabat HMNB Portsmouth, HMNB Clyde, HMNB Devonport

Markas Armada, HMS Excellent

Cogan kata England menjangka setiap lelaki akan menjalankan tugasnya
Ulang tahun 21 Oktober, Hari Trafalgar
Perang/pertempuran Armada Sepanyol
Trafalgar
Perang Dunia I
Perang Dunia II
Komander
First Sea Lord Laksamana Sir Jonathan Band
Second Sea Lord Laksamana Sir Adrian Johns
Commander-in-Chief Fleet Laksamana Sir James Burnell-Nugent
Komander
ternama
Laksamana Madya Viscount Horatio Nelson, Laksamana Armada Viscount Andrew Cunningham, Laksamana Armada Earl Louis Mountbatten


Tentera Laut Diraja British (TLD) United Kingdom atau Royal Navy merupakan cabang angkatan tentera yang tertua dalam perkhidmatan tentera British (dan disebabkan ini merupakan satu cabang Perkhidmatan Kanan). Dari awal abad ke-18 sehinggalah ke pertengahan abad ke-20, TLD merupakan salah satu tentera laut terbesar dan terkuat di dunia, ia memainkan peranan penting dalam pembentukan Empayar British sebagai satu kuasa dominan abad ke-19 dan awal abad ke-20. Sewaktu Perang Dingin berlangsung, TLD ditukarkan menjadi satu tentera laut khas untuk peperangan anti-kapal selam, dan merupakan tentera laut paling aktif di Lautan Atlantik Utara. Dengan keruntuhan Kesatuan Soviet, peranan TLD pada abad ke-21 kembali kepada angkatan tentera laut khas untuk ekpedisi ketenteraan sejagat dan operasi laut lepas.

TLD merupakan pasukan tentera laut kedua terbesar dalam NATO dari segi tanan armadanya [1]. Keupayaan unjuran kuasa sejagatnya cuma kalah dengan Tentera Laut Amerika Syarikat [2]. Buat masa ini, terdapat 91 kapal berada dalam perkhidmatan Tentera Laut Diraja, termasuklah kapal induk, kapal selam, kapal penyapu ranjau dan kapal rondaan. Seterusnya terdapat pula kapal-kapal dalam Armada Auxillary.

Tentera Laut Diraja ini turut merupakan sebuah komponen berkumpulan dalam Perkhidmatan Laut, yang mana turut mengandungi Angkatan Marin Diraja British, Armada Auxiliary Diraja dan pasukan simpanan berada di bawah pimpimnan TLD. Pada November 2006 Perkhidmatan Laut mempunyai 38,710 ribu orang anggota tetap.

Peranan[sunting | sunting sumber]

Peranan Tentera Laut Diraja (TLD) ialah untuk melindungi aset-aset kepentingan dan strategik British tidak kira lingkungan domestik ataupun secara global, melaksanakan dasar pertahanan dan luar negeri Kerajaan Ratu Britain melalui latihan ketenteraan, aktiviti diplomasi dan aktivit serta agenda lain yang menyokong objektif-objektif ini. TLD juga merupakan elemen penting untuk sumbangan United Kingdom kepada NATO, dengan beberapa jumlah asetnya diletakkan kepada tugasan-tugasan NATO pada bila-bila masa. Objektif-objektif ini dicapai melalui beberapa kebolehan.

  • Pengekalan 'Nuclear Deterrent' (angkatan perang yang dilengkapi senjata nuklear) United Kingdom melalui polisi 'Continuous at Sea Deterrence ("Pertahanan Laut Berterusan")
  • Penghantaran pasukan Komando UK
  • Sumbangan aset terhadap Join Force Harrier (Angkatan Gabungan Harrier)
  • Sumbangan aset terhadap Kawalan Gabungan Helikopter
  • Pengekalan komitmen terhadap Kawalan Patrol; Pasukan Tugas Patrol Atlantik (Utara), Pasukan Tugas Patrol Atlantik (Selatan), Pasukan Tugas Teluk Parsi
  • Penghantaran kebolehan kapal penyapu ranjau UK kepada negara-negara bersekutu
  • Penyediaan kebolehan Hydrografi dan meterologi secara global
  • Perlindungan kawasan perikanan United Kingdom dan European Union

Pemerintahan, kawalan dan organisasi[sunting | sunting sumber]

TLD ditubuhkan dibawah Perogratif Diraja, oleh itu, ahli dibawah kendalian tentera laut ini (tidak seperti Tentera British dan Tentera Udara Diraja) tidak perlu mengangkat sumpah kesetiaan kepada monarki British. Pemimpin Tentera Laut Diraja merupakan Lord High Admiral (Lord Laksamana Tertinggi), satu posisi yang sejak tahun 1964 lagi dipegang oleh monarki British yang juga merupakan panglima keseluruhan Angkatan Tentera British.

Pemimpin profesional kepada perkhidmatan ini adalah First Sea Lord, yang merupakan seorang ahli Majlis Pertahanan United Kingdom dan Lembaga Admiralti Tentera Laut , yang mana, melaksanakan pengurusan seperti yang dibahagikan oleh Majlis Pertahanan. Lembaga Tentera Laut, sebuah jawatan kuasa kecil Admiralti Tentera Laut, bertanggung jawab terhadap pengurusan Perkhidmatan Tentera Laut. Semua jawatan kuasa ini adalah berdasarkan Kementerian Pertahanan United Kingdom. Bangunan pejabat utamanya terletak di London, di mana First Sea Lord disokong oleh Jabatan Staff Tentera Laut.

Pemerintahan penuh terhadap semua unit armada yang boleh dikerahkan, termasukla Marin Diraja dan Armada Auxiliary, adalah tugas Commander-in-Chief Fleet (CINCFLEET) (Komander Panglima Armada), dengan satu pusat pemerintahan di pangkalan HMS Excellent di Portsmouth dan sebuah Pusat Kawalan Operasi di Northwood, Middlesex, yang berada di Ibupejabat Tetap Gabungan dan sebuah Pusat Kawalan Wilayah NATO, Pemerintah Komponen Maritim Bersekutu Northwood (PKMBN), (English: Allied Maritime Component Command Northwood, (AMCNN)), CINCFLEET juga merupakan Komander PKMBN.

CINCFLEET turut disokong oleh:

  • Second Sea Lord, yang berpangkalan di HMS Excellent, Pegawai Pemerintah di Perkhidmatan Tentera Laut. Dan juga seorang Laksamana Muda Angkatan Udara Armada.
  • Timbalan Panglima Pemerinthan, berpangkalan di HMS Excellent, yang memerintah Ibu Pejabat.
  • Komander Operasi, berpangkalan di Northwood, bertanggung jawab dalam kawalan operasi aset-aset TLD. Juga merupakan seorang Laksamana Muda dan Komander Angkatan Kapal Selam Tentera Bersekutu Utara NATO.
  • Komander Angkatan Maritim UK, pasukan yang boleh dikerah untuk Staff Peperangan Maritim, Pasukan Petugas UK, Pasukan Petugas Amfibi UK, dan Pemerintah Komponen Maritim UK.
  • Komander Pasukan Amfibi UK / Komandan General Marin Diraja British

Senarai Aset[sunting | sunting sumber]

Ini merupakan senarai kapal-kapal perang dan kapal-kapal lain yang berkhidmat dalam Tentera Laut Diraja pada waktu ini.

Dalam keseluruhan 91 kapal perang yang aktif 2 merupakan kapal pengangkut pesawat, 3 kapal amfibi, 25 kapal armada pengiring (17 Frigat dan 8 Pembinasa) dan 13 kapal selam berkuasa nuklear (9 SSNs dan 4SSBNs). Ini tidak meliputi senarai kapal dalam Armada Auksilari ataupun simpanan.

Kapal Pengangkut Pesawat Kelas Invincible (2)[sunting | sunting sumber]

  • HMS Illustrious (R06)
  • HMS Ark Royal (R07) (Kapal flagship)

Kapal Pembinasa Kelas Type 45 (6)[sunting | sunting sumber]

  • HMS Daring (D32) (dilancar 1 Februari 2006, belum ditauliah)
  • HMS Dauntless (D33) (dilancar 23 Januari 2007, belum ditauliah)
  • HMS Diamond (D34) (dilancar 27 November 2007, belum ditauliah)
  • HMS Dragon (D35) (dalam pembinaan)
  • HMS Defender (D36) (dalam pembinaan)
  • HMS Duncan (D37) (dalam pembinaan)

Kapal Pembinasa Kelas Type 42 (8)[sunting | sunting sumber]

  • HMS Exeter (D89)
  • HMS Southampton (D90)
  • HMS Nottingham (D91)
  • HMS Liverpool (D92)
  • HMS Manchester (D95)
  • HMS Gloucester (D96)
  • HMS Edinburgh (D97)
  • HMS York (D98)

Kapal Frigat Kelas Type 23 (13)[sunting | sunting sumber]

  • HMS Argyll (F231)
  • HMS Lancaster (F229)
  • HMS Iron Duke (F234)
  • HMS Monmouth (F235)
  • HMS Montrose (F236)
  • HMS Westminster (F237)
  • HMS Northumberland (F238)
  • HMS Richmond (F239)
  • HMS Somerset (F82)
  • HMS Sutherland (F81)
  • HMS Kent (F78)
  • HMS Portland (F79)
  • HMS St Albans (F83)

Kapal Frigat Kelas Type 22 (4)[sunting | sunting sumber]

  • HMS Cornwall (F99)
  • HMS Cumberland (F85)
  • HMS Campbeltown (F86)
  • HMS Chatham (F87)

Pasukan Pendarat Amfibi[sunting | sunting sumber]

Landing Platform Helicopter (LPH) Kelas Ocean (1)[sunting | sunting sumber]

  • HMS Ocean (L12)

Landing Platform Docks (LPD) Kelas Albion (2)[sunting | sunting sumber]

  • HMS Albion (L14)
  • HMS Bulwark (L15)

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. "Chapter II: REGIONAL OVERVIEW AND CONTRIBUTIONS OF KEY ALLIES: Contributions of Selected NATO Allies". Allied Contributions to the Common Defense: A Report to the United States Congress by the Secretary of Defense. United States Department of Defense. Mac 2001. http://www.defenselink.mil/pubs/allied_contrib2001/Allied2001-Chap2.html. Capaian 2006-10-14. 
  2. "Sea Vision UK". Why is the maritime sector so important?. Sea Vision UK. 2006. http://www.seavisionuk.org/maritime_sector.htm. Capaian 2006-11-16. 

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

Flag of the United Kingdom.svg Angkatan Tentera British
Tentera Darat British Tentera Darat BritishTentera Laut Diraja Tentera Laut DirajaTentera Udara Diraja Tentera Udara Diraja